Saturday, August 23, 2014

TPPA: Proses perakuan AS mencabuli kedaulatan negara amat mengejutkan





tppa

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat bimbang dengan proses yang mengejutkan yang mana Amerika Syarikat (AS) mengasak lebih banyak konsesi dari negara lain yang sedang berunding Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengannya, malah selepas teks perjanjian ditandatangani.

Perkara ini didedahkan dalam penyelidikan baharu yang dikeluarkan semalam di http://tppnocertification.org/. Proses pengekstrakan konsesi sebelah pihak ini dipanggil ‘perakuan’ (certification) dan AS menuntut agar ianya menjadi sebahagian daripada Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang pada masa ini sedang dirundingkan oleh kerajaan Malaysia dan 11 negara lain termasuk AS.

Penyudahan Issu Selangor: bersiap siaga untuk semua kebarangkalian






Hari ini, Tuanku Sultan Selangor( Sultan kepada semua rakyat) kembali ke dalam negeri. Tugasan rasmi yang pertama ialah sudah pasti menyampaikan surat perlantikan sebagai MB Selangor baru. setakat ini, yang dikemukakan oleh PR- parti yang merupakan majority dalam DUN Selangor ialah Wan Azizah. Bila , kita tidak tahu. Mungkin hari Isnin.

Di Sebalik Tragedi MH17, Tembelang BN Terbongkar?

 


SHAH ALAM: Pada saat negara bersedih selepas kembalinya jenazah mangsa MH17 semalam, seorang perwakilan Kongres PKR menyifatkan istiadat hormati jenazah mangsa MH17 terlampau istimewa jika dibandingkan dengan anggota keselamatan negara yang terkorban di Lahad Datu.
Perwakilan Perak, Mohamad Imran Abdul Hamid yang juga Ahli Parlimen Lumut berkata, ia sekali gus membuktikan isu Lahad Datu hanya 'drama' yang dirancang pihak tertentu."Bila kita lihat apabila kematian 10 orang perwira-perwira kita yang disambut dan dikebumikan secara ala kadar, ia berbeza benar berbanding dengan kematian mangsa MH17 yang diatur begitu rapi.

Sabah dan Sarawak Mahu Meninggalkan Malaysia: Seriuskah Mereka?

 

Adakah Sabah dan Sarawak betul-betul mahu meninggalkan Malaysia?
Published: 23 August 2014
Dua ahli politik Malaysia Timur cuba meredakan keinginan Sabah dan Sarawak untuk meninggalkan Malaysia, tetapi seorang ahli akademik dan pakar dalam subjek tersebut berkata, sentimen tersebut sedang menjadi satu gerakan selepas 51 tahun negara ini bersatu.

Pertemuan Dengan Peguam TSKI

 Hasil dari surat saya kepada TSKI, satu pertemuan dengan 2 peguam TSKI telah diadakan pada 4 ptg 16 Ogos 2014 di sebuah hotel di Shah Alam. Peguam TSKI adalah Sdr Derek Fernandez dan Sdr Mathew Thomas Philip. Saya hadir ke pertemuan tersebut bersama Sdr Asmuni Awi, Bendahari PAS Pusat, yang juga merupakan seorang peguam. Turut hadir ialah En Yasid, pegawai TSKI.

Pertemuan ini adalah untuk menjawab soalan yang telah saya tujukan kepada TSKI termasuk ‘penyelesaian luar mahkamah’ TSKI dengan BIMB yang keseluruhannya berjumlah lebih kurang RM 70 Juta.

Pengiktirafan besar ulama dunia kepada PAS


SALMAH MAT HUSAIN


KOTA BHARU: PAS menyifatkan pengiktirafan ulama dunia terhadap Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, sebagai pengiktirafan besar untuk perjuangan Islam parti itu.

Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, berkata perlantikan itu juga sebagai pengiktirafan yang jelas kepada parti Islam di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan ke-41 di sini hari ini.

“Kita begitu berbangga apabila Tuan Guru Presiden kita dilantik sebagai orang kedua tertinggi dalam kesatuan ulama dunia,” ujarnya.