Saturday, January 17, 2015

TS ANANDA BUKA PEKUNG SEBENAR 1MDB......

 
 
ADAKAH TS ANANDA JADI PENYELAMAT 1MDB YANG DIPERTIKAIKAN
SEHINGGA MENYEBABKAN RINGGIT JATUH MEREDUM KERANA KEGAGALAN MELUNASKAN HUTANG MENGIKUT JADUAL?

Baku Kurung: Tiada salah faham, Pengetua didakwa bohong oleh waris pelajar


"Saya boleh faham tetapi tidak boleh terima." Itu adalah kenyataan yang dibuat oleh Lawrence Jayaraj, pak cik kepada Britney Nicole, pelajar 15 tahun dari SMK Seri Mutiara di Cheras, yang di hantar balik ke rumah kerana memakai baju kurung di sekolah.

Menepis kata-kata pengetua sekolah itu, Mohd Amir Abdul Ghani, yang sebelum ini berkata perkara itu berlaku kerana masalah komunikasi dan salah tafsir, Lawrence berkata itu tidak benar.

Penahanan Paulsen dan Kerajaan Yang Paranoia — Anwar Ibrahim

PERBEZAAN pendapat dan idea awam adalah aspek yang penting di dalam sebuah demokrasi yang berkembang. Tatkala kebebasan bersuara tidak bersifat mutlak, kedaulatan undang-undang harus bersifat luhur dan setiap pihak berwajib mesti memelihara prinsip demokrasi berparlimen secara tersurat mahu tersirat. Kegagalan perkara ini dijamin, mendorong sebuah Negara menghadapi risiko yang parah.

Bapa Keliru Anak Mati Dalam Tahanan Beri Kenyataan Kepada EAIC??

  Lebih dua bulan berlalu sejak Syed Azlan Syed Mohamad Nur mati dalam tahanan polis, namun keluarganya keluarganya masih tertanya-tanya mengenai sebab kematian tersebut.

Bapanya, Syed Mohamad Nur Ali memberikan kenyataan mengenai perkara itu kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan pada hari Rabu lalu.