Tuesday, January 27, 2015

Kini rakyat susah



PendapatOleh SELENA TAY JIRAN penulis yang berasal dari Sarawak telah merungut mengenai harga makanan di restoran di Kuala Lumpur yang semuanya telah mengalami kenaikan harga sejak 1 Januari lalu.
Beliau dan rakan setugas beliau di pejabat berpendapat bahawa kenaikan harga adalah disebabkan oleh ekonomi negara yang sedang berada dalam keadaan yang agak parah kerana penurunan nilai mata wang ringgit.







Pemimpin-pemimpin yang bermasalah besar, mangsanya rakyat



Artikel
Oleh Aspan Alias
 
Pemuda UMNO meminta peperangan siber di antara puak Dr Mahathir dan Daim yang berlawanan dengan puak Najib perlu diselesaikan dengan baik. Begitulah kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin. Beliau membuat kenyataan selepas mesyuarat Pergerakan Pemuda itu di PWTC semalam. Apa pun kenyataan Ketua Pemuda itu hanya satu ‘poitical statement’ yang simplistik yang tidak boleh membawa apa-apa ‘consequence’ yang positif. Pemuda masih berpolitiking seperti biasa sahaja dan elok diabaikan sahaja.

Kawal Dan Lihat Peranti Yang Mengakses Akaun Google Anda



 
TeknologiAkaun Google boleh dikatakan kini digunakan oleh ramai pengguna untuk menyimpan pelbagai data-data peribadi mereka. Perkara ini sekaligus membuatkan anda mungkin memerlukan lebih kawalan terhadap peranti-peranti yang mempunyai akses untuknya.
Google sedia menawarkan sebuah fungsi khusus untuk anda melihat peranti dengan akses ke akaun Google anda sebelum ini, dan kini Google memudahkan lagi proses berkenaan.

Rosmah, kedi dan Obama



Penulis TamuOleh Hishamuddin Rais

Pada 12 Januari yang lalu agensi berita Bernama melaporkan nasihat daripada Rosmah M
ansor. Nasihat ini muncul dalam program Permata. Nasihat ini diberi kepada anak-anak dan ibu bapa agar menabung dan menyimpan duit dari zaman kanak-kanak. Bila saya terbaca berita saya tidak tahu sama ada saya perlu ketawa atau perlu terberak.

Akhirnya untuk berlaku adil, saya terberak sambil ketawa. Saya lakukan kerana Rosmah baru saja selesai dispekulasikan menggunakan pesawat rasmi kerajaan merayau dan bercanda-canda keseorangan tanpa Najib.

Rotan: Ramai Cikgu dijangka masuk penjara selepas ini



Sabtu lalu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dilaporkan berkata, merotan kanak-kanak bakal menjadi satu kesalahan jenayah jika rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan, diluluskan.

Gadis Yang Pertahankan Isu Peluk Artis K-Pop Ini Kakitangan RTM Rupa-Rupanya

 
Sewaktu kecoh cerita isu wanita bertudung dipeluk Kpop tu.., ramai lah orang yang muncul nak memberi pendapat masing-masing.. Ada pendapat yang boleh terima pakai tu ok la jugak.. Tapi bila dah pendapat yang macam pelik je bunyinya mesti akan kena hentam teruk..

Siapa lagi kalau bukan video seorang wanita yang memberi pendapat yang sangat merepek di laman sosial tu.., dah menjadi viral dan dapat kutukan hebat dari ramai orang.. Apa yang lebih menarik..