Wednesday, April 23, 2014

Ini “contoh pembohongan Umno” dan fitnah “macai” yang ketandusan idea.- Anwar



PKR menafikan menganjurkan majlis 'tahlil' ekoran kematian pemimpin DAP Karpal Sigh di rumah Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

Penafian itu dibuat ekoran penyebaran meluas poster di Internet yang mempromosikan acara yang didakwa anjuran penyokong ketua pembangkang, Kelab Anwar Ibrahim (AIC).


Menjawab soalan di Twitter, Anwar (gambar) menyifatkannya sebagai “contoh pembohongan Umno” dan fitnah “macai” yang ketandusan idea.

Poster itu antaranya mengundang orang ramai ke acara dinamakan "Majlis Tahlil Syuhadah Karpal" pada waktu Maghrib esok di kediaman Anwar di Segambut, Kuala Lumpur.

Dalam versi lain yang turut diedar, acara itu dinamakan "Majlis Kesyukuran Mendian Karpal".

Kandungan lain maklumat dalam poster itu sama kedua-duanya, malah menggunakan reka bentuk serupa.

Ia turut memuatkan potret Karpal dengan latar belakang Anwar sedang berdoa.

Sementara itu AIC juga menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai fitnah.

Menulis dalam Facebooknya, kumpulan itu sebaliknya menjelaskan, majlis di rumah Anwar esok sebenarnya khusus mendoakan keselamatan dan perlindungan Allah terhadap Anwar dan keluarga.

Sumber : batuvskayu.blogspot.com/

1 comment:

  1. Kesian sungguh taraf otak bangkai The Blue Bean Army umno. Agak2 orang2 umno sendiri boleh termakan ke dengan pembohongan taraf longkang cai2 mereka ni?? Tak tahulah kalau orang2 umno yang otak mereka sama taraf dengan otak biawak yang terpanggil apabila ada bau bangkai.

    ReplyDelete