MALAYSIAKINI
Thursday, August 7, 2014
Gaza : Mujahidin Al-Qassam 13 hari terperangkap dalam terowong, akhirnya keluar dengan selamat..
Kisah ini diceritakan sendiri oleh Briged Izzuddin Al-Qassam dalam laman sesawang mereka iaitu kisah bagaimana 29 orang anggota Briged Al-Qassam yang bertempur di Khan Younis ketika perang darat bermula terperangkap dalam terowong bawah tanah.
Dan komander briged mengesyaki bahawa mereka telahpun syahid selepas terputus komunikasi dengan mereka.
Gaza: Mengapa Hamas layak diisytihar pemenang Perang Gaza 2014?
SELEPAS genap 30 hari pertempuran di Genting Gaza, Israel dan Palestin akhirnya bersepakat melakukan gencatan senjata 72 jam selepas mendapat tekanan negara antarabangsa, menyaksikan ribuan kematian serta kemusnahan teruk di bandar berkenaan.
Gencatan senjata di Genting Gaza yang memasuki hari kedua semalam, dilihat tiada tanda pencabulan serangan antara Hamas dan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berbanding lima gencatan sebelum ini.
Malaysia Nude Sports Games 2014.. turut disertai bekas Ketua Wanita Gerakan rupanya..
Seorang daripada peserta terbabit dalam pesta sukan bogel di kawasan pantai terpencil dalam kawasan Taman Negara Teluk Bahang Pulau Pinang adalah bekas ketua Wanita Gerakan Kedah.
Timbalan Presiden Gerakan Datuk Dr Cheah Soon Hai berkata, wanita itu yang pernah menjawat jawatan pemimpin sayap pergerakan itu pada 1980-an bagaimanapun kini bukan lagi ahli parti itu.
Amaran Guan Eng Kepada Tantawi Vellfire - Tarik Balik Fitnah Atau Saman

Lim menjawab komen Nasruddin semalam bahawa dia tidak dikritik mengenai projek terowong dasar laut Pulau Pinang sepertimana yang dihadapi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam isu Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).
Kekal Khalid selagi tidak disabit langgar amanah - Majlis Syura
HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang
di Kota Bharu semalam membuat keputusan bahawa Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak
disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah.
Dalam
kenyataan yang ditandantangani Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat dan juga Timbalan Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Dr
Haron Din itu menyatakan, keputusan itu dibuat berasaskan hukum syarak
dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan
individu dan parti.
Bagaimanapun kata kenyataan itu, jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mahkamah, maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan Khalid.
Bagaimanapun kata kenyataan itu, jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mahkamah, maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan Khalid.
PAS Perak sokong pertemuan 8 mata
HARAKAHDAILY
Ketua Penerangannya, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki (gambar) menyifatkan cadangan itu sebagai sangat baik dan wajar dilaksanakan bagi menyelesaikan konflik yang timbul sekaligus mengekalkan keutuhan dan keharmonian Pakatan Rakyat.
Subscribe to:
Posts (Atom)