Syed Ali Alhabshee, ketua bahagian Umno Baru Cheras Umno mencabar pimpinan Pakatan R
Cabaran
   Syed Ali ialah contoh terbaik salah satu amalan Umno Baru, di dalam  
 mengalih pandangan umum. Beliau cuba memanipulasi rakyat dan mengalih  
 pandangan daripada berita sensasi, yang menyebabkan Umno Baru mendapat 
  pandangan negatif.
Strategi Umno Baru ini diperlukan bagi membolehkan mereka mendapat ruang dan mengawal kerosakan. Lebih mustahak, bagi mengelak berita dan publisiti negatif.
Syed Ali hadir apabila skandal 1MDB terbongkar serta keluarga Najib dihambat kewujudan penuh kemewahan.
Amat
  tidak wajar Syed Ali mendakwa Pua melakukan serangan peribadi ke atas 
 bapa Najib. Mengapa ketua Umno Baru Cheras itu tidak membuka minda  
sambil membaca media alternatif atau akhbar New York Times, berbanding  
hanya mentelaah Utusan Malaysia?.
NYT
  membongkar kisah “warisan harta” keluarga Najib sambil memperincikan  
gaya hidup mewah keluarga Perdana Menteri dan anak tirinya, yang  
mengecap glamor di Hollywood. Masalah Najib semakin meruncing apabila  
empat adik-beradiknya mengeluarkan kenyataan kehidupan sederhana bapa  
mereka, perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein.
Jadi Najiblah yang menyebabkan nama keluarganya tercalar, bersama-sama Wanita Pertama Malaysia Rosmah Mansor.
Syed
  Ali gagal menyedari bahawa PM itu hidup serba mewah, walaupun hanya  
mendapat gaji RM23,000 sebulan. Ramai yang cuba menerapkan nasihat  
Wanita Pertama tentang berjimat cermat, dengan menabung sejak remaja,  
sehingga mereka juga mampu membeli intan berlian bernilai jutaan  
ringgit. Walaupun hanya kakitangan junior HSBC London, anak tiri Najib  
mampu membeli apartmen jutaan dolar di New York dan Hollywood. Setiap  
beg tangan Hermès-Birkin yang dimiliki Wanita Pertama pula sama nilai  
dengan pendapatan setahun rakyat Malaysia.
Dengan
  memanipulasi rakyat dan menyebabkan kita menilai aset pemimpin Pakatan
  Rakyat, Umno Baru sedang mengawal kemusnahan. Bukannya Syed Ali tidak 
 sedar implikasi kekayaan yang tidak dapat dijelaskan. Beliau sedar dan 
 seperti Umno Baru, takut kesannya kepada Najib dan kerajaannya.
Najib
  dan Wanita Pertama dan pemimpin Umno mengingatkan rakyat agar berjimat
  cermat, tetapi mereka melaram ke sini dan sana sambil membeli belah.
Setiausaha
  politik DAP Teoh Beng Hock mati secara misteri selepas ditemubual  
pegawai SPRM, bagi menjawab dakwaan korupsi selepas pembelian bendera.  
Jumlah keseluruhannya RM2,400. Kematian pegawai kastam Ahmad Sarbarni  
juga masih belum diselesaikan. Katanya beliau mahu mendedahkan amalan  
rasuah di kalangan pegawai kastam.
Hidup
  mereka diperiksa selok belok. Namun kekayaan PM dan Wanita Pertama  
tidak dipersoal Syed Ali. SPRM pula berlengah dan bersikap seperti  
pegawai Maharaja Ming yang dikembiri.-http://bm.theantdaily.com/
 Posted on Sunday, March 08 @ 12:30:16 MYT by paktam
No comments:
Post a Comment