اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, April 3, 2013

YAB TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR


DYMM Sultan Selangor Perkenan Upacara Pembubaran Dewan Negeri Selangor Esok


Saya telah mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Istana Alam Shah pada 1.30pm tadi untuk memaklumkan kepada baginda bahawa Parlimen telah pun dibubarkan oleh YAB Perdana Menteri berkuatkuasa hari ini.

Setelah berbincang mengenai status Dewan Negeri Selangor, Tuanku Sultan telah berkenan untuk mengadakan satu upacara pembubaran Dewan Negeri Selangor esok 4 April 2013 di Balai Rong Seri, Istana Alam Shah Klang pada jam 2.30 petang.

Acara pembubaran ini akan juga disaksikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor serta Ahli Majlis Dewan Di Raja.

YAB TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
--------------------------------------------------------------------------------
Pada malamni rabu 3/4/13 Ceramah Pertama lepas bubar parlimen. Di Taman Melewar.

Amanat Penting PRU13
"Tipu PRU-Turun Jalanraya"
- hj mat sabu, pj wilayah, hishamuddin rais, maria chin


-bomohsiam-

Live di radio Suara Rakyat FM malam ini 03/04/2013 ..minta sebarkan

FACEBOOK

TWITER

Zello Live conversation : Suara Rakyat


HOW TO LISTEN RADIO SUARA RAKYAT FM?


Quick Listen Link:

TUNEIN RADIO On MOBILE DEVICE

Supported Mobile Devices
iPhone / iPad
Android
Palm
BlackBerry
Samsung Bada
Windows Phone

 ,,nur shuana,,

Tiba-tiba aje aku rasa syok entah kenapa!!1

Aku tidak letih bercakap pasal politik sejak PRU-12 pada 2008 dulu sehinggalah sekarang, isu politik menjadi antara isu paling hangat diperbincangkan di mana-mana saja.

Untuk tenangkan jiwa hari ini aku ronda2 sehinggalah tadi dalam pukul 11 lebih, Najib umumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini dan menasihatkan semua Dewan Undangan Negeri melakukan perkara sama di negeri masing-masing agar PRU-13 dapat berjalan serentak.

Aku tengah bawa kereta ketika pengumuman dibuat tadi dan sepanjang jalan aku tersenyum rasa syok entah kenapa. Aku bayangkan satu kelazatan apabila Najib umumkan peristiwa bersejarah ini. Tak pernah dalam sepanjang aku hidup, aku ternanti-nantikan pilihanraya umum sehebat ini.

Selepas habis Najib berucap yang diselangi dengan kempen merayu agar rakyat kekalkan kerajaan persekutuan BN yang ada sekarang, aku terus wasaap AJK SRFM allahhuaknar x3,allahhuakbar x10,,allahhuakbar x100 'ini kalilah...ubah'.itu ayat yang aku terima dari rakan2 seperjuanganku srfm, Aku hanya jawab..yyyeessss insyaAllah. Insyallah'.

Aku tersenyum besar bila Najib iltizam agar berlaku berubahan atau pertukaran kerajaan, jika ada, biarlah secara aman. Itu ikrar Najib dengan disertai anggukan para pengikutnya dibelakang.


Zaman kerajaan memerintah dianggap serba tahu telah berakhir. Kalau dulu orang sebut jika BN letak katak puru sebagai calon di mana-mana kawasan mereka tetap akan menang, kini semunya dah berlalu. Rakyat dah mula ambil semula hak mereka agar tidak dijadikan seekor lembu yang diikat hidungnya.


Aku bekerja untuk rakyat, demi negara agar kita dapat wujudkan satu sistem pilihanraya yang telus. Semua ini perlu dilakukan agar kewujudan kita dan sisitem yang ada adalah sesuatu yang berbaloi untuk diperjuangkan.


ayyuuuhhhhh,,,,banguuunnn....tegakkan keadilan hancurkan kebatilan