اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, July 26, 2014

BEKAS KETUA HAKIM BANGANG


Apakah Bekas Ketua Hakim Negara Tidak 
Terlatih untuk 
Membuat Keputusan Berdasarkan 
Maklumat Sahih Dan 
Mengelak Spekulasi Liar Tanpa Asas?
Saya ingin merujuk kepada kenyataan Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad yang membuat kenyataan bahawa mantan Mufti Pulau Pinang memberitahunya adalah susah mendapat peruntukan untuk aktiviti agama Islam di Pulau Pinang, kerana pemimpin agama lain juga menuntut hak yang sama.

80 TENTERA ZIONIS TERBUNUH, BENJAMIN NETANYAHU & EHUD BARAK SEDANG BERSEMBUNYI DI TEBING BARAT !!!!

 

Al-Qassam : “Kami Berhasil Tewaskan 80 Tentara Zionis Israel”



Beritapalestina.com - Brigade Izz al-Din al-Qassam, sayap tentera Hamas di Gaza, menyatakan pihaknya berjaya menewaskan 80 tentera dan keselamatan Israel. Di samping itu, melontarkan 1957 roket ke arah wilayah yang diduduki Israel sejak awal pencerobohan Israel di Jalur Gaza 19 hari terakhir. 

Isu Khalid: Kenyataan Presiden PAS Tidak Rasmi -Mohamad Sabu

 



Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan sokongan secara terbuka supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal menjadi menteri besar Selangor tidak mencerminkan pendirian rasmi sebaliknya hanya pandangan peribadinya sahaja, kata Mohamad Sabu seperti lapor The Malaysiakini.

AWAS ! GETAH RAMBUT BUATAN CHINA DIPERBUAT DARI KONDOM TERBUANG

 AWAS ! GETAH RAMBUT BUATAN CHINA DIPERBUAT DARI KONDOM TERBUANG

Written By canang on Sabtu, 26 Julai 2014 | 7/26/2014 10:45:00 PTG



Perkongsian untuk kaun wanita yang gemar membeli getah rambut. Dinasihatkan berhati hati kerana segelintir getah rambut diperbuat dari kondom terpakai . Bayangkan sahaja benda yang " jijik " berada di atas kepala. 

Agenda Zionis akan berakhir.Rejim Zionis masih lagi terpinga-pinga

 

Written By canang on Sabtu, 26 Julai 2014 | 7/26/2014 10:34:00 PTG



Agenda Zionis akan berakhir.
Sejarah yang baru....
Rejim Zionis masih lagi terpinga-pinga akan kenapa mereka masih gagal untuk menewaskan Gaza, wilayah kecil sekangkang kera yang terkepung.

Kerana Sikap US, Israel Menjadi Lebih Kurang Ajar!

 

Untuk membunuh ular, potong kepalanya terlebih dahulu!

Rejim Zionis bedil 30 rumah awam
BH - 2014/07/26 - 06:15:55 AM
Seorang lelaki Palestin membawa seorang kanak-kanak perempuan yang cedera akibat bedilan Israel di sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menjadi tempat perlindungan penduduk Palestin. - Foto Reuters

Pemimpin jihad Islam terbunuh, angka kematian Palestin cecah 828

BANDARAYA GAZA: Korban keganasan Israel di Gaza mencapai angka 828 semalam, ketika Washington menekan rejim Zionis itu dan pergerakan Hamas supaya bersetuju dengan gencatan senjata kemanusiaan selama seminggu dan mencapai penyelesaian mengenai perjanjian jangka panjang.

"Kami terkejut dengan kerjasama yang diberikan puak pemisah"

 

Bernama |Kemas kini:Julai 26, 2014
(Diterbitkan pada: Julai 26, 2014 16:25 MYT)
"Kami terkejut dengan kerjasama yang diberikan puak pemisah"
Pegawai penyiasat yang menerima kotak hitam pesawat MH17, Mejar Muhammad Mustafa Omar tiba dari Kiev, Ukraine selepas menjalankan tugas untuk pesawat MH17 yang terhempas 17 Julai lepas. - Foto Bernama
SEPANG: Penerima kotak hitam MH17, Mejar Muhamad Mustafa Omar tidak menyangka kedatangan pasukan penyiasat khas Malaysia ke timur Ukraine diterima baik oleh anggota puak pemisah.

"Kami pun terkejut dengan kerjasama yang diberikan pihak pemisah, mereka menanti kedatangan kami untuk meneruskan proses rundingan," katanya yang ditemui di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) hari ini.

Mejar Muhamad Mustafa merupakan antara 65 anggota pasukan penyiasat khas Malaysia yang pulang ke tanah air pada kira-kira pukul 10.52 pagi ini setelah berada di Ukraine selama lapan hari untuk mengumpul bahan bukti, mencari kotak hitam dan membawa pulang mayat mangsa terlibat.

Pasai apa Khalid bayaq RM1.63 bilion kepada Tan Sri Rosli Ismail kalau dah tahu syarikat2nya hampir bankrap...

 


Photo: http://rafiziramli.com/2014/07/penjelasan-isu-penstrukturan-air-selangor/

Kebelakangan ini, ada beberapa tuduhan liar yang dilemparkan terhadap saya dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim kononnya kami terlibat cuba campur tangan dalam rundingan air untuk mendapat bayaran komisen dari pemegang konsesi SPLASH. Tuduhan-tuduhan liar ini ada menyebut jumlah yang besar kononnya melibatkan berpuluh-puluh juta.

Saya tidak menjawab sebarang tuduhan sebegini sebelum ini sebagai menghormati mandat Pakatan Rakyat yang diberikan kepada saya yang menjadi salah seorang Panel Penstrukturan Air yang mewakili PR dan menyelia Kerajaan Selangor dalam hal ini. Saya masih berharap sebelum ini supaya sebarang perbezaan pendapat mengenai kaedah proses penstrukturan air sewajarnya dibincangkan bersama bukan melalui media.

Walau bagaimana pun, oleh kerana tuduhan liar itu melampaui batas dan menjejaskan imej saya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan KEADILAN, saya telah berbincang dengan beberapa pimpinan kanan KEADILAN dan PR sama ada tuduhan-tuduhan ini wajar dijawab secara umum. Saya dinasihati supaya memberi penerangan untuk membolehkan orang ramai tahu keadaan sebenar.

Bersama-sama ini saya sertakan nota penerangan mengenai penstrukturan industri air Selangor yang saya tulis dan bentangkan kepada pimpinan KEADILAN (dan beberapa pimpinan DAP dan PAS) pada akhir Februari 2014 iaitu seminggu selepas Kerajaan Negeri menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Kerajaan Pusat.

Kebimbangan yang saya lahirkan dalam bulan Februari 2014 telah menjadi kenyataan iaitu:

1) Kerajaan Pusat engkar dengan kata-kata dan enggan melaksanakan janji mereka menggunakan akta untuk menyempurnakan penstrukturan semula

2) Tarif air di Selangor akan naik mendadak dalam tahun yang dekat dengan pilihanraya umum

3) Kroni kuat Umno iaitu Tan Sri Rozalli Ismail akan menerima harga tawaran Kerajaan Selangor kerana ia lumayan dan jauh mengatasi nilai sebenar syarikatnya

4) Pemegang konsesi Loji Sg Selangor (yang merupakan loji terbesar yang membekalkan kepada hampir 60% pengguna) iaitu SPLASH akan menolak kerana harga tawaran awal dipotong oleh Kerajaan Selangor untuk jumlah itu dibayar kepada Tan Sri Rozalli Ismail

5) Projek Langat 2 diteruskan dan kontrak diberikan kepada kroni-kroni Umno sedangkan bayarannya nanti ditanggung oleh rakyat Selangor

6) Masalah bekalan air di Selangor berterusan hingga menimbulkan kemarahan rakyat terhadap Pakatan Rakyat

7) Selepas hampir 6 bulan, sehingga kini penstrukturan air tidak nampak ada kemajuan di Selangor. Pelbagai kontroversi dan pertanyaan terus timbul seperti yang saya akan terangkan selepas ini.

Perbezaan pendapat saya yang paling besar dengan Kerajaan Selangor mengenai penstrukturan air ialah keputusan untuk membayar pampasan keuntungan (disebut “equity portion”) kepada Tan Sri Rozalli Ismail (melalui Syabas dan Puncak Niaga) sebanyak RM1.6 bilion sedangkan nilai kedua-dua syarikat itu adalah hampir muflis. Setelah bertahun-tahun rakyat Selangor sengsara dengan masalah air yang sebahagian besarnya berpunca dari kelemahan Syabas dan Puncak Niaga, Tan Sri Rozalli Ismail menerima ganjaran yang cukup besar yang akan ditanggung oleh rakyat Selangor.

Bagi saya, keputusan itu tidak ada bezanya dengan keputusan Barisan Nasional menghapuskan hutang Tan Sri Tajuddin Ramli sebanyak RM600 juta atau campur tangan Tun Mahathir dulu agar syarikat perkapalan milik anaknya Mirzan Mahathir diberi pampasan lebih tinggi oleh PETRONAS sedangkan nilaian semasanya jauh lebih rendah.

Nota yang saya sertakan ditulis selepas mesyuarat di antara Tan Sri Khalid Ibrahim dan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk beliau menjelaskan keputusan dan tindakan Kerajaan Selangor dalam isu air ini.

Saya berlapang dada di dalam bulan Ramadhan ini dengan fitnah sebegini dan beranggapan ia adalah asam garam kehidupan seorang penjawat awam. Saya tidak akan mengambil tindakan saman ke atas mereka yang galak menyebarkan fitnah ini kerana saya yakin dosa yang mereka tanggung melebihi apa-apa tekanan tindakan undang-undang yang boleh saya ambil. Saya maafkan semua yang menyebarkan fitnah ini dan menasihati mereka bertaubat dan berhenti menyebarkannya setelah saya menjelaskan dengan fakta seperti di dalam nota.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Ikuti penerangan berfakta dan latar belakang penstrukturan air di http://rafiziramli.com/2014/07/penjelasan-isu-penstrukturan-air-selangor/
Penjelasan Isu Penstrukturan Air Selangor...

Kebelakangan ini, ada beberapa tuduhan liar yang dilemparkan terhadap saya dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim kononnya kami terlibat cuba campur tangan dalam rundingan air untuk mendapat bayaran komisen dari pemegang konsesi SPLASH. Tuduhan-tuduhan liar ini ada menyebut jumlah yang besar kononnya melibatkan berpuluh-puluh juta.

NEGARA BERSEDIH DUKA DENGAN MALAPETAKA MH17 DAN TRAGEDI KEHILANGAN MH370, TAPI PENASIHAT MAS BERSERONOK DI MELBOURNE, AUSTRALIA.

 




Walaupun hampir semua rakyat Malaysia menyambut Hari Raya tahun ini dengan cara sederhana berikutan tumpang bersedih dengan tragedi pesawat MAS MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine dan kerajaan juga membatalkan banyak majlis-majlis rumah terbuka sebagai tanda turut bersimpati, tetapi Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah yang merupakan Penasihat MAS seolah-olah tidak terkesan apa-apa dengannya.

HADIAH AIDIL FITRI UNTUK RAKYAT JOHOR YANG MENYOKONG UMNO SELAMA INI ...TOL BARU KOMPLEKS KASTAM, IMIGRESEN DAN KUARANTIN (CIQ) NAIK HAMPIR 500% MULAI 1HB OGOS 2014.





Bertuah amat sangat rakyat Johor apabila sentiasa setia memberikan sokongan padu kepada UMNO/BN setiap PRU.

Berita ini sudah pasti akan disambut dengan penuh kegembiraan dan rasa bersyukur serta berterima kasih terutamanya para macai UMNO.

BUKTI ! AMERIKA PUN TAKUT DENGAN PELURU BERPANDU Briged al Qassam !!!

 






‪#‎GazaUnderAttack‬ | Israel Rayu Amerika Benarkan Kapal Terbang Mereka Mendarat di Israel

Kenyataan Hadi mengenai MB Selangor bukan kenyataan rasmi PAS

 



Sokongan mengejutkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor menggoyahkan Pakatan Rakyat (PR) dan berisiko memecahkan gabungan itu, kata sumber dalaman.

Sesetengah pemimpin PAS melahirkan rasa terkejut mereka, tetapi masih belum ada pendirian rasmi dari PKR dan DAP berhubung kenyataan Hadi kecuali yang ianya bercanggah dengan keputusan PR pada Rabu yang bersetuju supaya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil alih jawatan itu.

Astro pertahan tindakannya serah kontrak kepada syarikat Israel

 Astro pertahan tindakannya serah kontrak kepada syarikat Israel

 

Sehari dua yang lalu Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Dr Asyraf Wajdi menerusi akaun Facebook beliau mendedahkan bahawa syarikat televisyen satelit swasta Astro telah menganugerahkan satu kontrak lumayan kepada sebuah syarikat Israel, Amdocs.

Cemburu Dan Menantu Punca Hadi Awang Pilih Khalid Ibrahim Sebagai MB Selangor



“Hadi cemburu dengan Anwar kerana Anwar lebih diiktiraf sebagai pemimpin Islam dari Malaysia oleh masyarakat antarabangsa kerana kefahaman dalam politik antarabangsa dan kemahiran berbahasa Inggeris.

“Sebab itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, beberapa pemimpin PAS bertemu Ku Li untuk tawar jawatan perdana menteri jika Pakatan menang,” katanya merujuk kepada pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Foto Letupan Bom Di Betong - Polis Nasihat Jangan Pergi Ke Sana


 


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, meminta orang ramai supaya mengelakkan diri daripada menuju ke wilayah Betong, dalam masa terdekat, berikutan insiden pengeboman di sana, petang tadi.

Katanya, keadaan di Betong, Thailand, yang terletak bersempadan dengan Pangkalan Hulu, Perak, pada masa ini adalah amat merbahaya dan tidak menentu.

Hadi Awang Memang Ingin Lihat Pakatan Selangor Hancur ??

 


Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution mendakwa PAS menyatakan komitmen yang berbeza dengan kenyataan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu kedudukan menteri besar Selangor.

Saifuddin mendakwa, wakil PAS serta wakil parti Pakatan Rakyat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan, Rabu lalu, telahpun menerima usul agar Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim di jawatan tersebut.

BERHALA TERTINGGI DI DUNIA - DUBAI


   - By canang

 
Aiii...malam ni aku xnak cerita pasal adobe atau pun tentang cinta tetapi malam ni aku nak tunjukkan sesuatu kat korang.
 
Mybe korang boleh lihat dengan jelas sekarang tentang kedatangan hari kiamat.Takut bila kita menghitung semua tanda2x hari kiamat yang makin hampir, salah satunya manusia berlumba2x membina bangunan y tinggi2x serta mengejar kemodenan dengan pantas.