اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Friday, April 11, 2014

Krisis Air di Selangor pun salah Anwar Ibrahim jugak??

 



Inilah Malaysia.. apa saja malapetaka yang melanda negara kerana lemahnya pentadbiran dan penguatkuasaan agensi-agensi Kerajaan semuanya dipersalahkan Anwar Ibrahim.

Lahad Datu diceroboh salahkan Anwar Ibrahim, MH370 hilang nak salahkan Anwar Ibrahim juga dan terbaru krisis air di Selangor juga nak disalahkan Anwar Ibrahim..

Lagi pesawat yang tak dikenali dipintas dua jet pejuang F-16

 



Ni kat negara jiran kita.. yang menceroboh hanyalah sebuah pesawat Cessna yang dipandu oleh seorang warga asing yang tidak dikenali..

Tapi demi menjaga kedaulatan ruang udara mereka, mereka tak peduli asal ceroboh saja terus dipintas dah diarahkan mendarat..

Tapi negara kita ni?.. Pesawat komersial yang begitu besar yang dikatakan tidak dikenali pada awalnya.. boleh dibiarkan melintas Semenanjung dengan bersahaja...

Sedihnya!!! (Gambar) Pelakon Veteran, Sidek Hussein Sudah 11 Hari Ditahan Di Wad HKL, Butir Percakapan Tidak Jelas.. Jom Terjah!!


    Sidek HussienSidek Hussien
PADA penghujung tahun lalu, pelakon veteran, Sidek Hussein pernah memberitahu, bahawa kesakitan yang dialaminya itu kian parah.

Namun, hasrat melakukan pembedahan untuk membuang bengkak di pipi kanannya itu terpaksa dilupakan atas nasihat doktor pakar.

AWAS BAHAYA BARU! MAFIA RUSSIA, KERAJAAN CHINA DAN SPY AMERIKA SEDANG MEMBACA EMAIL ANDA!

 


Dulu kita pernah dikejutkan dengan berita kononnya kerajaann mengitip rakyatnya sendiri dengn menggunakan Finspy, sebuah software yang boleh dibeli di pasaran. Kerajaan Malaysia dan Singapura menafikannya (Baca di sini dan di sini). Kitapun lega.

Semalam keluar lagi berita yang menakutkan. Sejenis virus sedang bermaharajalela mengintip email kita dan mencuri data peribadi kita seperti nombor telefon bimbit, nombor kad credit, nombor akaun bank dan lain-lain yang mungkin terlibat dalam transaksi dan komunikasi yang kita lakukan melalui email!

DUA KENYATAAN YANG JAUH BERBEZA .

 


WANITA LOMPAT KELUAR KERETA ELAK DICULIK





                                           
KOTA  KINABALU: Seorang kerani wanita berusia 22 tahun menempuh detik cemas apabila diculik dua lelaki yang melarikan kenderaannya di Plaza Juta Likas, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa berusia 22 tahun  yang bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan, dekat sini, bagaimanapun terselamat apabila berjaya melarikan diri dengan melompat keluar  daripada kenderaan di satu lokasi, berhampiran Alam Mesra, di sini.
Difahamkan sebelum kejadian, mangsa meletakkan kereta jenis Perodua  Myvi miliknya di parkir Plaza Juta, Likas untuk pergi ke pejabatnya di kawasan berkenan.
Bagaimanapun ketika keluar daripada kenderaannya, dia telah  dihampiri dua lelaki tidak dikenali yang bertindak menolak masuknya ke tempat duduk belakang, sebelum melarikan kereta bersama mangsa.

Macai Sudah Mula.. Membuat Seranggan Pada Rafizi..

 

Written By canang on Jumaat, 11 April 2014 | 4/11/2014 04:59:00 PTG



Macai Sudah Mula.. Membuat Seranggan Pada Rafizi..

KUALA LUMPUR 9 April - Pengarah Strategi Keadilan Rafizi Ramli perlu ditahan dan disiasat oleh pihak berkuasa berikutan kenyataan menghasut yang mendatangkan kebencian dan penghinaan terhadap badan kehakiman negara.

Lantik Peguam Shafee Wakili Kerajaan.. Peguam Negara Makan Gaji Buta?

 

Photo: Lantik Peguam Shafee Wakili Kerajaan.. Peguam Negara Makan Gaji Buta?

Adakah peguam Umno Shafee senjata baru upahan Putrajaya, soal peguam dan bekas hakim

Peguam dan bekas hakim mempersoalkan mengapa peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dilantik mewakili Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam kes sivil antara agensi tersebut dengan DAP berhubung pemilihan dalaman parti tersebut.

Kebimbangan disuarakan sama ada Shafee menjadi “senjata upahan” baru Putrajaya untuk menundukkan individu atau pertubuhan yang melawan kerajaan.

Mereka mempersoalkan langkah tersebut, memandangkan Pejabat Peguam Negara sebagai penasihat perundangan persekutuan yang sepatutnya dilantik mewakili RoS.

Malah kata mereka, secara tradisinya Pejabat Peguam Negara sepatutnya mewakili RoS dan ini menimbulkan kehairanan apabila mereka dikecualikan kali ini.

Peguam DAP, Gobind Singh Deo berkata mengetahui mengenai pelantikan Shafee semasa semakan kehakiman permohonan pengurusan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu.

Gobind berkata seorang peguam rendah daripada firma undang-undang Shafee memberitahu pendaftar mahkamah RoS menghubungi peguam kanan tersebut untuk mendapatkan khidmat beliau.
  
DAP, parti pembangkang utama Malaysia mencabar RoS kerana tidak mengiiktiraf senarai Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) selepas pemilihan terbaru pada September lalu.

Pemilihan kedua parti itu diadakan sembilan bulan kemudiaan, susulan arahan daripada RoS supaya mengadakan pemilihan semula.

Hakim bersara berkata Pejabat Peguam Negara memiliki peguam terbaik seperti Amarjeet Singh, Alice Loke dan Narkunavathi Sundareson untuk mengendalikan kes sivil.

"Saya masih tidak dapat lihat mengapa mereka tidak mampu mengendalikan hal tersebut melainkan ia pertarungan politik antara DAP dan Barisan Nasional," kata bekas hakim tersebut yang enggan mendedahkan identitinya.

Beliau menyifatkan langkah tersebut menyebabkan kemampuan Pejabat Peguam Negara menjadi pertikaian.

Bekas Pengerusi Majlis Peguam Ragunath Kesavan berkata, dalam undang-undang menyatakan hanya peguam persekutuan mewakili agensi kerajaan dalam pertikaian sivil.

Beliau berkata dalam kes jenayah, Peguam Negara yang juga pendakwa raya, mewakili negara memandangkan ia melibatkan kepentingan awam.

"Bagaimanapun, Kanun Keseksaan Jenayah memberi kuasa kepada pendakwa raya untuk mengeluarkan fiat bagi peguam untuk mengendalikan kes-kes jenayah bagi pihak negara ini," katanya.

Contoh terbaru adalah pelantikan Shafee sebagai Timbalan Pendakwa Raya untuk menerajui pasukan pendakwaan yang akhirnya berjaya membatalkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kes liwat.

Ragunath bagaimanapun, mempersoalkan pelantikan Shafee dalam pertikaian sivil.

Peguam kanan Karpal Singh berkata Akta Prosiding Kerajaan 1956 memperuntukkan pengekalan seseorang peguam oleh Peguam Negara untuk mewakili pegawai Persekutuan dalam prosiding sivil.

"Bagaimanapun, peruntukan tersebut hanya boleh dituntut dalam kes-kes berkecuali, di mana tiada kepakaran dalam Pejabat Peguam Negara," kata bekas pengerusi kebangsaan DAP dan ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.

Peguam Datuk N Sivananthan mempersoalkan mengapa wang pembayar cukai digunakan untuk membayar peguam peribadi, walhal terdapat peguam dalam Pejabat Peguam Negara.

"Dalam apa jua keadaan, seseorang peguam yang dilantik harus mendapat persetujuan Peguam Negara," kata beliau, sambil menambah yuran guaman yang dibayar kepada Shafee mesti didedahkan.

Sivananthan mempersoalkan sama ada Pejabat Peguam Negara juga akan memberikan kes jenayah dan sivil untuk dikendalikan peguam selepas trend terbaru melantik Shafee ini.

"Satu contoh yang tidak baik ditunjukkan," katanya.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen berkata Pejabat Peguam Negara memiliki sumber yang banyak dan tiada sebab untuk mendapatkan bantuan peguam luar.

"Ia menimbulkan persoalan mengenai kepakaran khas yang dimiliki Shafee, tetapi tidak dimiliki Pejabat Peguam Negara," katanya.

Paulsen berkata orang ramai tidak boleh disalahkan untuk menganggap sumber awam dan agensi tertentu digunakan untuk menghapuskan mereka yang dilihat sebagai penentang.

"Pelantikan Shafee dalam kes RoS dilihat daripada perspektif negatif," katanya.

Usaha The Malaysian Insider untuk mendapatkan maklum balas daripada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Pengarah RoS, Mohammad Razin Abdullah menemui kegagalan. – tmi
 
Posted by Jeebond BLM Adakah peguam Umno Shafee senjata baru upahan Putrajaya, soal peguam dan bekas hakim

Peguam dan bekas hakim mempersoalkan mengapa peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dilantik mewakili Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam kes sivil antara agensi tersebut dengan DAP berhubung pemilihan dalaman parti tersebut.

Bangla Yang Ditimang Dan Dibelai Umno/BN Saman Kerajaan RM3 Juta..

 

Photo: Friday, 11 April 2014.

Bangla Yang Ditimang Dan Dibelai Umno/BN Saman Kerajaan RM3 Juta..

SEORANG pekerja Bangladesh memfailkan saman ke atas kerajaan Malaysia, Jabatan Imigresen untuk RM3 juta kerana didakwa disebat ketika di dalam penjara sementara menunggu rayuan sabitan kesnya.

Pekerja itu, Alamin Sheikh Badsha Sheikh, 28 tahun, seorang pekerja binaan sebelum itu dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan tiga sebatan pada Julai tahun lalu selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan gagal menunjukkan dokumen perjalanan dan permit yang sah.

Menurut laporan The Malaysian Insider (TMI), dia ditahan pada bulan Jun tahun lalu dan didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam bulan berikutnya di mana Alamin mengaku bersalah tanpa diwakili peguam.

Selepas dia dijatuhkan hukuman, barulah majikannya tampil dengan dokumen sah untuk membuktikan sebaliknya.

Ketika menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, dia telah disebat di Penjara Pokok Sena.

Peguam Alamin kini, S Raveentharan berkata anak guamnya disebat tiga kali dengan rotan pada 9 Oktober tahun lepas hanya kira-kira 16 hari sebelum rayuan kesnya didengar di Mahkamah Tinggi.

Pada prosiding rayuan itu, Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim mengenepikan sabitan bersalah ke atasnya yang dibuat di bawah Akta Imigresen.

“Hakim pun turut terkejut apabila mengetahui bahawa anak guam saya sudah menjalani hukuman penjara dan disebat.

“Ini adalah kes yang mana sistem kehakiman dilakukan secara tergesa-gesa, adakah perlaksanaan hukuman yang terburu-buru itu sebabnya diketahui oleh pihak polis, imigresen? Adakah penyelewengan berlaku?,” kata Raveentharan dalam satu sidang media hari ini.

Beliau berkata, Alamin yang tidak diwakili peguam ketika didakwa, mengaku bersalah tanpa memahami tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Laporan TMI menyebut Alamin tidak hadir pada sidang media berkenaan kerana sedang ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Langkap, Perak sementara menunggu proses penghantaran pulang.

Menurut Raveentharan, anak guamnya akan menyaman kerajaan Malaysia atas penderitaan, turut menamakan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Pegawai Penyiasat Jabatan Imigresen, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Pulau Pinang dan Pegawai Penyiasat Polis sebagai defendan.

“Pihak kami memohon saman sebanyak RM1 juta bagi setiap sebatan,” katanya.

Dalam kenyataan tuntutan saman itu yang difailkan hari ini di Mahkamah Tinggi, Alamin juga menuntut ganti rugi umum dan ganti rugi khas untuk kesakitan, penderitaan dan juga masalah psikologi yag dialaminya.

Raveentharan berkata Alamin juga akan menjalani pemeriksaan perubatan untuk melihat kecederaan kekal yang dialami selepas disebat di penjara.

“Hukuman sebat itu mencetuskan kebimbangan dia tidak akan boleh mendapatkan zuriat pada masa akan datang,” katanya.

Selain itu, Alamin turut menuntut ganti rugi kehilangan pendapatan sebanyak RM1,300 sebulan sepanjang dipenjarakan dari Julai ke November 2013.

Dia juga menuntut ganti rugi RM2,500 sehari bagi tempoh 90 hari ketika dipenjarakan.

 
Posted by Jeebond BLM. SEORANG pekerja Bangladesh memfailkan saman ke atas kerajaan Malaysia, Jabatan Imigresen untuk RM3 juta kerana didakwa disebat ketika di dalam penjara sementara menunggu rayuan sabitan kesnya.

Pekerja itu, Alamin Sheikh Badsha Sheikh, 28 tahun, seorang pekerja binaan sebelum itu dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan tiga sebatan pada Julai tahun lalu selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan gagal menunjukkan dokumen perjalanan dan permit yang sah.

5 Gambar terbaru Drummer Ukays kini jadi Mujahidin di Syria



Bagi mereka yang membesar tahun 90an, anda tentu mengetahui tentang kumpulan Ukays yang mencipta nama antara kumpulan muzik paling popular pada satu ketika.

Panas!!! Acara Yong Teck Lee menampar Zahid Hamidi akan disiarkan secara langsung?


SHAHBUDIN HUSIN

Ahmad Zahid Hamidi agar bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee menamparnya sendiri serta diberi habuan wang tunai ssbanyak RM501 dan tidak perlu bersusah payah mencari orang lain untuk melakukannya, akhirnya disambut dengan tangan terbuka oleh pemimpin dari Sabah itu.


Untuk menjadikan acara menampar itu menjadi realiti, beliau mempelawa Zahid agar datang ke Lahad Datu atau Semporna secara sendirian tanpa diiringi oleh polis atau dikawal oleh pengawal peribadinya.

Dua polis parah ditembak

 


ANGGOTA forensik memeriksa motosikal suspek.
Ampang: Dua anggota peronda polis (MPV) yang sedang menjalankan tugas pencegahan jenayah parah akibat ditembak lelaki bertatu 'Harimau' di Lembah Maju di sini, sebentar tadi.

US Nafikan Ada Pendaratan Di Diego Garcia?! #MH370 #prayformh370

 


Spekulasi kehilangan pesawat MAS MH370 sering dikaitkan dengan penglibatan Amerika Syarikat dan Diego Garcia.

Teori pesawat MH370 dikawal oleh teknologi drone, alat kawalan jarak jauh berkeupayaan tinggi AS dan diterbangkan sehingga mendarat di Lapangan Terbang Diego Garcia yang terletak berhampiran Pulau Maldives.

Kita perlukan pimpinan berakal, bukannya yang berotot besar – Aspan Alias

 

Saya hendak bercakap tentang masa depan politik dan lanskapnya mengikut pandangan saya yang cetek bagi setengah pengkritik saya, walaupun saya bukan seorang yang berjaya dalam politik seperti setengah pengkritik saya tuduh.

Mereka yang sudah beranggapan negatif terhadap orang seperti saya yang lantang bercakap dan berkata dengan komitmen yang tinggi tentang ketulusan dalam apa yang saya hendak perkatakan ini.
Bagi saya kejayaan seorang ahli politik itu ialah kejayaan mereka untuk tidak terlibat dengan kerja mungkar terhadap negara, tetapi ramai yang lain beranggapan kepada siapa yang tidak berjaya mendapat kerja dengan kerajaan melalui politik itu adalah seorang politikus yang gagal.

MH370 : Sampai bila kita nak kena putar belit pingping?

 


Jimstone, seorang wartawan bebas dan pernah bekerja dengan NASA mendedahkan mengenai komplot rampasan MH370 :

(Kisah Benar) Penindasan Anak Yatim Di Majlis Makan Malam

 


Agak terkilan membaca sebuah kisah benar tentang hakikat penindasan anak yatim semasa berlangsungnya satu majlis makan malam melibatkan orang kenamaan.


Siapa sangka sampai macam begitu sekali orang kenamaan mengherdik anak yatim ini. Jika tak mampu nak prihatin atau jaga diorang, janganlah menyusahkan diorang. Berdosa. Apa pun bacalah perkongsian yang amat menyedihkan di bawah ini:

Disember 8, 2013, kami seramai 36 orang menghadiri jemputan Majlis Makan Malam Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah di hotel Shangri-La Kuala Lumpur. Itu kali pertama untuk anak-anak kami dijamu di sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang.