اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, December 21, 2014

Pemuda PKR tetap protes walaupun dijamin minyak turun harga.

 



Sunday, December 21, 2014.

Pemuda PKR tetap protes walaupun dijamin minyak turun harga.

Protes Turun di Dataran Merdeka pada ambang tahun baru lepas. Pemuda PKR masih menjalankan protes turunkan harga minyak pada ambang tahun baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Disember, 2014.

Protes Turun di Dataran Merdeka pada ambang tahun baru lepas. Pemuda PKR masih menjalankan protes turunkan harga minyak pada ambang tahun baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Disember, 2014.

Pemuda PKR akan tetap melaksanakan protes "Tuntut Harga Minyak RM1.90" di Dataran Merdeka pada malam ambang sambutan tahun baru meskipun Putrajaya memberi jaminan harga minyak RON95 akan turun di bawah paras RM2 penghujung tahun ini.

Pengarah Strategi Pemuda PKR, Akmal Nasir dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amad Maslan itu secara syak wasangka dan penuh berhati-hati.

"Pertama, kenyataan beliau hanya dibuat selepas mendapat tekanan daripada gerakan bersama NGO, aktivis, parti-parti politik dan mahasiswa untuk mengumpulkan 10,000 orang di Dataran Merdeka pada 31 Disember 2014 bagi menuntut Harga Minyak RM1.90.

"Kenyataan beliau seolah-olah dibuat hanya untuk meredakan kemarahan rakyat daripada berhimpun secara aman," katanya, melalui kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, hari ini.

Akmal berkata, seperti mana pendedahan PKR sebelum ini, rakyat terpaksa menanggung cukai minyak berjumlah RM274 juta bagi tempoh 1 November 2014 hingga 15 Disember 2014.

"Jika kerajaan Barisan Nasional (BN) benar-benar ikhlas ingin menurunkan harga minyak sepatutnya tidak perlu tunggu sehingga 31 Disember 2014 kerana trend harga minyak dunia terus jatuh dari semasa ke semasa," katanya.

Akmal turut memaklumkan, tindakan mereka mengedar risalah di Stadium Bukit Jalil sempena perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Thailand malam ini menerima reaksi negatif pelbagai pihak.

"Namun kami mengambil maklum cadangan untuk edar risalah di Stadium Bukit Jalil hari ini mendapat pelbagai reaksi daripada penyokong bola sepak negara.

"Bagi mengelak provokasi atau kejadian yang tidak diingini, kami menangguhkan hasrat tersebut. Kami akan tetap hadir ke stadium untuk memberikan sokongan penuh buat pasukan Harimau Malaya," katanya, merujuk kepada pasukan kebangsaan itu.

"Kami bersama-sama aktivis NGO, parti-parti politik dan mahasiwa akan terus memperhebatkan kempen dan mengajak rakyat bersama-sama ke Dataran Merdeka pada 31 Disember 2014.

“AMK (Angkatan Muda Keadilan) tidak akan berganjak untuk memperjuangkan kebajikan rakyat dan memastikan hak rakyat untuk harga minyak RM1.90 dicapai." – 20 Disember, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemuda-pkr-tetap-protes-walaupun-dijamin-minyak-turun-harga#sthash.bxmY4jyz.dpuf Protes Turun di Dataran Merdeka pada ambang tahun baru lepas. Pemuda PKR masih menjalankan protes turunkan harga minyak pada ambang tahun baru ini. –  

Protes Turun di Dataran Merdeka pada ambang tahun baru lepas. Pemuda PKR masih menjalankan protes turunkan harga minyak pada ambang tahun baru ini. 

“Tun M Yang Pengemis Terdesak, Bukan Melayu”

 


 
Sunday, December 21, 2014 

“Tun M pengemis terdesak, bukan Melayu” Dec 21, 2014 

TRP Bagi Zairil, kumpulan yang berdepan risiko kehilangan kuasa adalah UMNO, khususnya selepas prestasi buruk mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13, tahun lepas. 

KUALA LUMPUR, 21 Disember: 

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari meluahkan rasa sedihnya, apabila seorang pemimpin terhormat seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, merendahkan diri sehingga menggambarkan senario yang bukan sahaja mustahil, bahkan penuh tipu muslihat. 

Dia berkata demikian, susulan laporan media yang memetik bekas Perdana Menteri itu sebagai berkata, masyarakat Melayu sudah hilang dominasi dan telah diremehkan sehingga menjadi ‘pengemis’ kepada orang Cina. Dr Mahathir dilaporkan sebagai berkata: 

“Sekarang UMNO, PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan PAS perlu meminta sokongan daripada DAP untuk memenangi pilihan raya umum. Apabila kita menjadi pengemis, kita tidak lagi mempunyai kuasa.

” Zairil sebaliknya berpendapat, orang Melayu sebenarnya berada di kemuncak dalam semua aspek. “Daripada segi politik, setiap jawatan penting kerajaan, daripada Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan, 12 daripada 13 Menteri Besar terdiri daripada orang Melayu. 

“Dominasi Melayu juga sangat jelas dalam institusi-institusi negara, seperti badan kehakiman, pasukan polis, perkhidmatan awam dan tentera. “Jika itu tidak mencukupi, Melayu juga membentuk majoriti penduduk Malaysia, selain mencatatkan kadar kesuburan yang satu setengah kali lebih daripada orang Cina. 

“Ini bermakna orang Cina dan kaum-kaum lain semakin mengecil dari segi populasi penduduk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Daripada segi ekonomi pula, Ahli Parlimen Bukit Bendera itu berpendapat, meskipun pemilikan ekuiti Melayu pada tahun-tahun awal Dasar Ekonomi Baru mungkin dalam digit tunggal, pemilikan itu telah berkembang pesat sejak beberapa dekad lalu. 

Katanya, menurut Bank Pembangunan Asia, ekuiti yang dimiliki syarikat berkaitan kerajaan (GLC) daripada permodalan pasaran Bursa Malaysia dan penanda aras pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI), masing-masing berada pada kadar 36 peratus dan 54 peratus. Ini bermakna sebahagian besar ekonomi Malaysia dikuasai GLC yang secara umumnya dikuasai orang Melayu. 

“Dan jika semua di atas tidak mencukupi, kedudukan istimewa Melayu juga termaktub dalam perlembagaan. “Selain itu, bukan sahaja sebarang pindaan perlembagaan yang melibatkan kedudukan Melayu memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen (yang dalam erti kata lain memerlukan sokongan penuh Melayu), ia juga memerlukan kelulusan Raja-raja Melayu.

“Jaminan ini bermakna, tidak akan ada sebarang ancaman terhadap orang Melayu di negara ini. Siapa sebenarnya yang terancam?” soalnya. 

Bagi Zairil, kumpulan yang berdepan risiko kehilangan kuasa adalah UMNO, khususnya selepas prestasi buruk mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13, tahun lepas. 

“Dengan hanya memenangi 47 peratus undi popular, gabungan parti politik yang diterajui UMNO itu merupakan kerajaan tanpa mandat popular. 

“Berikutan prestasi pilihan raya yang mengecewakan, UMNO telah pun melutut dan menjadi pak turut kepada kumpulan nasionalis sayap kanan, seperti PERKASA (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) dan ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia). 

“Bukti yang paling jelas adalah tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membuat pusingan U terhadap janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan,” katanya. 

Tambahnya, akibat tidak berdaya menangkis tekanan daripada sayap kanan, dan tanpa mempunyai agenda ekonomi jelas dalam menghadapi masalah nilai ringgit yang semakin lemah, harga komoditi merosot serta prospek inflasi dan penggunaan domestik yang bakal mengecut, berikutan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015. 

Jadi, tidak menghairankan UMNO dan Dr Mahathir terpaksa menjaja ketakutan serta memilih cara terdesak untuk memulihkan sokongan yang merosot, katanya. 

Posted by mountdweller TRP Bagi Zairil, kumpulan yang berdepan risiko kehilangan kuasa adalah UMNO, khususnya selepas prestasi buruk mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13, tahun lepas. 

Isu Pakai Tudung Untuk Mohon Kerja, HAMLEYS Mintak Maaf Kepada Rosyam Nor .

 


Sebelum ini cerita panas mengenai anak gadis Rosyam Nor itu disuruh membuka tudung jika ingin bekerja di sebuh kedai di pusat membeli belah terkemuka tanah air tersebar meluas di Media Sosial.

Dengan itu pihak HAMLEYS tampil dengan permohonan maaf. Rupa-rupanya salah seorang pekerja HAMLEYS yang baru dan tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja, telah memberi maklumat yang tidak tepat. ehm selepas ini kami berharap pihak  HAMLEYS lebih peka isu - isu seperti ini. Ini kerana banyak menguris hati orang Islam di negara ini

400,000 Netbook 1Malaysia yang dijanji nak diberi dah hilang kemana wahai Pak Menteri?

 


 

Janji ditepati adalah antara ayat yang sering dicanangkan oleh Najib dalam berbagai ucapannya.. kononnya apa yang dijanjikan oehnya mahupun lain-lain pemimpin Barisan Nasional akan ditepati.. kononnyalah..

Islam Mana Yang Mereka Anut, Melayu Mana Keturunan Mereka?

 


'Islam ada hukum, Melayu ada santun' Apa macam Hakim pencen? Kalau Cina panggil Melayu dengan 'Melayu Setan' bagaimana?

Misi bantuan banjir Amal Pahang ke Rantau Panjang

KHAIRIL ABDUL RAHIM 




MARAN: Yayasan Amal Pahang menyahut seruan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff kepada aktivis dan sukarelawan agar turun bersama dengan kerahan tenaga membantu mangsa banjir di Kelantan dengan menghantar misi bantuan semalam.

Naib Pengarah Yayasan Amal Pahang Ustaz Ramli Abdul Rahman ketika ditemui sebelum berlepas berkata, beliau bersama empat yang lain dengan dua kenderaan pacuan empat roda membawa bantuan makanan dan sumbangan kewangan ke Rantau Panjang.

5 faktor liga bola sepak Thailand kian maju


HARAKAHDAILY 


Penjagaan rumput yang berkala dilakukan oleh pihak stadium bola sepak di Thailand.

MUNCULNYA kelab-kelab baru yang menggunakan cara pengurusan kelab Eropah seperti Muang Thong United, Chonburi FC dan Bangkok Glass FC adalah antara faktor yang membuat liga Thailand kian maju.

Dipetik daripada rencana yang pernah disiarkan laman web kaskus.co.id. menyatakan kehadiran mereka mendapat sambutan hangat peminat kelab dan boleh berkembang cepat dalam hal peminat mereka.

Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga


HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak sehingga 5.5 meter yang berlaku yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah (pedalaman, Pantai Barat & Kudat) dan W.P Labuan dijangka berterusan hingga Rabu, 24 Disember ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) dalam kenyataan pagi tadi menyatakan keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
Berikut kenyataan JMM.