اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Friday, March 1, 2013

1 MAR 2013 ,, Pencerobohan Di Lahad Datu Tamat


Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina, Raul Hernandez dilaporkan berkata pencerobohan pengikut sultan Sulu di Sabah telah tamat. ABS-CBNnews memetik Hernandez berkata bahawa pihak berkuasa Malaysia, khususnya pasukan polis, sedang memburu kumpulan tersebut. Menurutnya, dua anggota polis Malaysia terbunuh dan seorang lagi cedera selepas kenderaan mereka ditembak oleh kumpulan tersebut.ABS-CBNnews memetik Hernandez sebagai berkata duta telah memaklumkan bahawa pencerobohan itu telah tamat. 

Hernandez berkata, jabatan halehwal luar (DFA) sedang mengesahkan laporan dari pengikut Sultan Jamalul Kiram bahawa 10 pengikut Azzimudie terbunuh dan empat yang lain cedera. "Apa yang kita tahu dari duta Malaysia ialah 10 pengikut Azzimudie menyerah diri dan pemilik rumah tempat Azzimudie tinggal telah terbunuh.

Di pihak berkuasa Malaysia, dua orang terbunuh dan seorang cedera selepas kenderaan polis Malaysia ditembak oleh kumpulan tersebut," demikian menurt kenyataan Hernandez. Laporan itu juga menyebut bahawa dua pengikut Azzimudie telah melarikan diri ke arah laut, menurut Duta Malaysia. Manila juga telah meminta kebenaran untuk membolehkan kapal Tentera Laut Filipina, AT-296 BRP Tagbanua, ke Lahad Datu untuk membolehkan kakitangan perubatan Filipina merawat mereka yang cedera dan membawa pulang baki anggota kumpulan itu ke kampung dan keluarga masing-masing. Sementara itu, akhbar The Star melaporkan polis di Lahad Datu berkata mereka tidak menerima sebarang arahan untuk menguatkuasakan perintah darurat.

Ketua Polis Daerah Semporna Timbalan Supt Firdaus Francis Abdullah berkata mereka semua bersiap sedia, bersama-sama dengan pasukan keselamatan lain. "Kami masih belum menerima apa-apa perintah darurat dari pihak berkuasa atasan," kata Firdaus, sambil menambah bahawa langkah berjaga-jaga adalah perlu dan rakyat perlu bertenang. "Ramai yang bimbang masalah itu akan merebak ke Semporna, tetapi sebenarnya tidak perlu bimbang di sini sebagai lelaki bersenjata Sulu telah dikepung di Lahad Datu," katanya. Pihak polis juga menasihatkan orang ramai untuk tinggal di dalam rumah dan jangan mendengar khabar angin.

sumber:
Kami Sokong Tokguru

,,, ULASAN NS,,,

Tragedi Lahad Datu tidak lebih kurang plotnya berbanding insisden Sauk dan Memali yang pernah terjadi, menjelang beberapa siri pilihanraya yang kelihatan tidak memihak kepada pemerintah.
Lahad Datu : Banyak fakta tersembunyi disembunyikan UMNO!Al-Fatihah utk pejuang negara yang telah terkorban. Moga ganjarannya Jannah. Ameen.. TERLEBIH DAHULU, SAYA PERLUKAN BUKTI GAMBAR ETC. PEJUANG2 NEGARA TERKORBAN,DAN KEJADIAN PERTEMPURAN JIKA ADA.

Rakyat sedar sebarang percubaan untuk menakut-nakutkan rakyat, dan dalam kes ini jelas sentimen ketakutan itu cuba dicetuskan kepada masyarakat Sabah, diambang mereka kelihatan begitu bersedia bagi menamatkan badi pemerintahan Barisan Nasional yang jelas tidak mampu sama sekali membawa arus perubahan ke negeri di bawah bayu itu.

 Saya doakan kpd semua pasukan keselamatan, Tentera di Lahad Datu dan semua penduduk Sabah semoga Allah swt melindungi kita semua.
 Sekarang rakyat tidak  percaya apa pun. yang rakyat nak tngok ialah UMNO BN tumbang dalam PRU13 .FULL STOP

Takziah kpd semua Keluarga mangsa yg terkorban di lahad datu - al-fatihah

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA



KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

1 MAC 2013

INSIDEN LAHAD DATU: KENAPA KERAJAAN AMBIL MUDAH ISU KESELAMATAN NEGARA?

Saya ucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari ini.

Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Dato' Sri Najib Razak dan menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan negara sewajarnya tampil menjelaskan kepada rakyat tentang peristiwa berdarah ini.

Mengapa sebegitu mudah sempadan negara dibolosi oleh sekumpulan warga asing bersenjata dan mengapakah kerajaan begitu berkompromi dalam menyelesaikan isu ini? Isu keselamatan negara tak sewajarnya dipandang remeh dan diambil mudah oleh pihak kerajaan. Rakyat perlu diberikan maklumat mengenai apa yang berlaku.

ANWAR IBRAHIM

,,,nur,,,

PRU 13 pastikan umno berkubur dan pupus



Memberi BRIM itu diibaratkannya seperti memberi hampas, melukut atau sekam kepada haiwan. Tiap-tiap kali tiba waktu makannya taburlah hampas atau sekam atau padi, orang yang hendak menyembeli ayam, teriakkan, ‘Kuuuurrrrr!’ Meluruhlah ayam datang. Sebelah tangan orang melaung ‘kuuuurrrr’ itu ada pisau untuk menyembellihnya.

Kerana PRU13 ditunda, penerima BRIM 1.0 itu mula tidak ingat pemberian itu dulu, maka diadakan pula BRIM 2.0 dan disampaikan dalam masa demam pilihan raya sudah mulai rancak.

Maka nyatalah tiada lain BRIM itu adalah demi menyembelih penerimanya menjelang pilihan raya itu. Umno tidak bising dan tidak menamakannya rasuah politik kerana ia dibuat untuk memastikan BN kembali berkuasa.

Tetapi kalau calon Majlis Tertinggi menabur apa-apa saja yang boleh meraih sokongan perwakilan, maka ia bising kerana ia adalah rasuah politik, membeli perwakilan. Dr Mahathir keluar umno kerana perwakilan mesyuarat Umno Kubang Pasu mendapat habuan supaya tidak menjadikan Dr Mahathir seorang daripada perwakilan ke Perhimpunan Agung.

Dulu-dulu pengundi diumpan dengan kain batik dan kain pelekat. Zaman 1Malaysia di bawah Najib ini tidak perlu tunggu hari mengundi bersembunyi-sembunyi. Berterang-terang disiarkan di TV memberi BRIM yang boleh dikira binatang rakyat 1Malaysia.

Orang kata Tok Guru menghina rakyat tetapi Tok Guru kata, pemberian benda yang begitu rupa menyamakan manusia yang mula dengan haiwan.
sumber:shalehudin

Ulasan: Nur Shuana

Walaupun  Datuk Seri Najib Razak telah menabur gula-gula  sehingga kemanisan melebihi paras bahaya, namun beliau masih tidak yakin dengan sokongan kepada rakyat.Wahai Dato Seri Najib,lupa ke pengundi hari ini hanya makan umpan, tidak lagi makan mata kail. Malangnya nasib Najib memimpin PRU13 ketika pengundi celik maklumat dan rakyat semakin cerdik.

Najib yang memang terkenal sebagai orang yang suka menggula-gulakan rakyat dengan berbagai slogan dan janji kebendaan. Inilah tabiat beliau yang memang daripada muda sampai sekarang suka pada manisan.

Ada satu perkara penulis anggap terlalu pelik.Ada ke patut penerima brim kena sumpah taat setia pada umno/bn,Mai bab sumpah brim penulis dah emosi sangat ,Maafkan saya nak kasar sikit.Umno jangat anggap rakyat bodoh,duit brim bukan nya duit mak bapak umno.Rakyat tahu bahawa duit itu datangnya dari hasil cukai yang telah di perah di pijak lunyai keringat rakyat seumur hidupnya.Perbuatan UMNO memaksa penerima bersumpah laknat itu benar2 aku tak leh terima.PRU 13 pastikan umno berkubur dan pupus di bumi ini,jangan tinggal walau sebiji benihpun,,,ABU