اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, May 21, 2014

UMNO dimaki setiap hari, kenapa hairan? – Anak Mami Di Perantauan


samseng2

anakmamidiperantauan

Kecoh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini, segerombolan manusia menggegar-gegar pagar besi bangunan itu, meraung-raung mahu masuk ke dalam. Sebelum itu, gerombolan ini sudah bikin demonstrasi di luar Dewan, di jalanraya – aktiviti yang mereka sendiri selalunya tidak suka kalau dibuat penyokong Pakatan.

PRK Teluk Intan: Samseng UMNO buat kacau, halau calon DAP


_DSC0455

TELUK INTAN, 21 MEI: Kempen calon DAP Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud di tapak pasar malam Perumahan Awam Kampung Padang Tembak, petang tadi, kecoh apabila dua pemuda dipercayai upahan BN membuat kacau dengan menghalau dan menghamburkan kata-kata kesat pada beliau dan pimpinan DAP.

POLIS WAJAR BERTINDAK TERHADAP PENCEROBOH DEWAN YANG MULIA - [ VIDEO PENCEROBOHAN ]

Pautan kekal imej terbenam



Pautan kekal imej terbenam

Mengapa Dyana Sofya jadi ancaman kepada UMNO?

 



Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan sepatutnya diadakan untuk merebut kerusi Parlimen tetapi kini menjadi medan pertempuran antara Dyana Sofya Mohd Daud dengan Umno apabila pencalonannya di atas tiket DAP dipertikaikan.

Kemunculan Dyana mencetuskan kebimbangan beberapa pemimpin Umno, daripada Tun Dr Mahathir Mohamad sehinggalah Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil – kedua-duanya mempertikaikan penyertaan orang baru dalam politik itu kerana tidak menyertai Umno.

Najib Mungkin Batal Turun Berkempen Di PRK Teluk Intan Jika Baca Artikel Ini..

 


MP DAP Datuk Mohamad Ariff Sabri Abdul Aziz berkata golongan pemimpin Umno tidak layak menggelarkan golongan Melayu yang menyertai DAP sebagai pengkhianat.
Beliau memberi alasan, perbuatan pengkhianatan itu sendiri merupakan tindakan yang sinonim dengan Umno, yang digelarkan sebagai "bapa pengkhianat".
MP Raub itu berkata, golongan yang mengkritik DAP itu juga berfikiran cetek apabila membangkitkan mengenai keanggotaan orang Melayu dalam parti tersebut.
"Inilah pemikiran orang Melayu peringkat kampung. Bila tiada Melayu dalam DAP, dia kata DAP parti rasis. Tapi dia tidak beri Melayu masuk DAP.

Bekas Pegawai Kanan Polis Dedah Tembelang Shafee Abdullah

 


PETALING JAYA: Tan Sri Mohamad Shafee Abdullah sepatutnya telah disingkirkan daripada menjadi Ketua Pasukan Pendakwaan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu sebaik sahaja Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mengeluarkan perintah untuk menyiasat (OTI) pada 3 Januari lalu.
Menurut bekas pegawai kanan polis, Datuk Mat Zain Ibrahim, Shafee boleh dianggap sebagai berada dalam siasatan polis kerana disyakki telah membuat kenyataan palsu dalam affidavit yang beliau ikrarkan, semenjak 3 Januari 2014 iaitu tarikh OTI dikeluarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya.

Panas!! Pegawai SPR Kantoi Cuba Menipu Borang 14 PRK Teluk Intan?

 

Pada aku 2 laporan berita tu jelas menunjukkan belum apa-apa lagi dah ada Pegawai SPR yang cuba beraksi macam 'si anjing Umno BN' cuba menipu Borang 14 untuk mengalahkan Dyana Sofya calon DAP PRK Teluk Intan.
Jelas sangat, takkan la Howard Lee Adun DAP Pasir Pinji berani nak keluarkan statement macam tu kalau memang pegawai SPR yang berkenaan tak kata macam tu. Sangat tak logik kalau dia mereka-reka cerita tu.

Disebabkan Dyana Dan Yammy, Umno Ubah Perlembagaannya?

 


Pilihanraya kecil Teluk Intan yang menyaksikan DAP mencalonkan Dyana Sofya, anak seorang bekas pemimpin serta masih ahli UMNO membuatkan parti itu bagaikan terkena renjatan letrik. 
Ramai pemimpinnya terkejut, melatah, cuba menunjuk pandai dan tidak kurang ada yang cuba berlagak "macho" seperti seorang lelaki budiman yang dahagakan perhatian.
Ada pemimpin muda yang pantas cuba menyelar calon DAP itu sebagai tidak mengenang budi UMNO dan ada pula yang memintanya mendesak MCA yang memiliki Universiti Tunku Abdul Rahman agar turut mengamalkan dasar terbuka.

VIDEO - Kecoh: Wartawan, jurugambar berebut ambil gambar panda

 


Kita perlu lebih ramai Dyana Sofya dalam politik, kata Marina Mahathir

 - OLEH MD IZWAN


 
Datin Paduka Marina Mahathir puji calon DAP di Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud seorang wanita muda yang bijak dan layak diberi peluang dalam politik. Gambar fail The Malaysian Insider.
Datin Paduka Marina Mahathir puji calon DAP di Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud seorang wanita muda yang bijak dan layak diberi peluang dalam politik.  Datin Paduka Marina Mahathir enggan dikaitkan dengan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud tetapi mempersoalkan kegagalan Barisan Nasional (BN) melahirkan calon wanita muda.






Anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri, 
 Tun Dr Mahathir Mohamad itu berkata, beliau menyokong mana-mana calon wanita muda yang bertanding.

Empat anggota PKR dipecat

Empat anggota PKR dipecat

SALMIYAH HARUN



KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat keputusan memecat empat anggota parti itu manakala sebelas orang lagi digantung keanggotaan.

Menurut Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong, keputusan itu dibuat setelah meneliti beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota sepanjang berlangsungnya pemilihan parti itu.

Kes-kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Biropolitik bertarikh 20hb Mei 2014, yang dipengerusikan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan dihadiri Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Tan Sri Abdul Khalid  Ibrahim serta anggota-anggota Biropolitik yang lain.

'Lagak ngeri' calon Bebas tidak salahi peraturan, kata SPR

BERNAMA 



GEORGE TOWN: Tindakan calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohamad Zan mencetuskan kekecohan di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang semalam tidak melanggar peraturan dalam Akta Pilihan Raya 1954.
  
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh menyifatkan tindakan calon Bebas itu sebagai sebahagian daripada caranya berkempen dan tidak melakukan sebarang pelanggaran undang-undang.
  
Ditanya sama ada SPR akan menarik pencalonan Abu Backer Sidek dalam pilihan raya kecil itu, Abdul Ghani berkata: "Setakat ini kami tidak menarik pencalonannya...sebab dia dah bayar deposit, sebaik dah jadi calon, calon itu tidak boleh tarik diri".
  

Mahfuz menang rayuan kes fitnah Berita Harian


HARAKAHDAILY


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara menolak rayuan akhbar Berita Harian kepada Datuk Mahfuz Omar berkait satu artikel fitnah yang disiar akhbar itu.

Keputusan itu sekaligus mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang diberikan pada 19 Ogos 2009 yang memerintahkan akhbar itu membayar gantirugi RM150,000 kepada Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Dalam keputusan petang tadi Hakim Datuk Hishamuddin Mohd Yunus yang mengetuai panel tiga hakim menyatakan, bahawa Mahkamah sebulat suara berpendapat tiada merit rayuan Berita Harian dan tiada kesilapan ke atas keputusan hakim Mahkamah Tinggi, Dato Mohd Yazid Mustafa .

Pecah masuk Dun cemar kemuliaan dewan - Speaker

SALMIYAH HARUN





KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang menggesa pihak polis menyiasat segera insiden pecah masuk oleh sekumpulan perusuh ke dalam sidang dewan hari ini.

Ini kerana katanya, bagi memastikan keselamatan perjalanan sidang DUN akan terus terpelihara.