اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, February 12, 2013

RM USD 2 juta itu ditaja. Persoalan siapa taja USD 2 juta itu, untuk kepentingan apa ? Apa janji balasan regim dengan tajaan setinggi itu ?



Dilaporkan untuk menghadirkan Psy, bayaran sebanyak USD 2juta harus buat. Setelah perkara ini dibangkitkan regim cuma mampu berselindung dengan mengatakan USD 2 juta itu ditaja. Persoalan siapa taja USD2 juta itu, untuk kepentingan apa ? Apa janji balasan regim dengan tajaan setinggi itu ?

Padang dan kawasan sekitar kehadiran penonton penuh. Cuma dari segi angka media Bn mungkin terlebih propaganda dengan menyebut 100,000 orang. Ia hanya sebuah padang di sebuah kolej bukan stadium besar. Jika media kawalan regim menyatakan stadium merdeka kehadiran HKR 40 - 50 ribu takkanlah padang kolej tersebut boleh hadir 100,000 orang. Ini mengundang senyuman ramai. Namun kehadiran paling kurang dijangka dalam 35,000 orang seharusnya cukup membanggakan Bn.

Jika Najib cuba menunjukkan 'cool'nya dengan bertindak menjadi juru acara. Apabila ditanya adakah yang hadir bersedia untuk Psy, semua serentak mengatakan 'Ya'...malangnya secara berdepan apabila dia mengambil kesempatan dengan bertanya adakah bersedia untuk Bn majoriti yang hadir menjawab 'Tidak' dan tertawa.... Namun ternyata Najib orang politik tulin kerana dia cukup selamba dan meneruskan skrip bertanya beberapa kali dan terus menyerahkan pentas kepada Psy dengan bersemangat tanpa memberi respon kepada hadiran yang baru memalukan dia seperti mana dia berdiam diri tidak memberikan respon kepada Deepak

http://www.facebook.com/nurshuana/posts/335762813194494

...Nur Shuana...

Ujian dan Cabaran Hidup



Ujian dari Allah merupakan kekuatan iman dan hati seseorang yang diuji dengan dugaan dan musibah.Apakah kita akan menyalahkan takdir dengan dugaan dan musibah yg menimpa atau redha dgn qada' dan qadar Allah. Tetapi ada juga yang diuji imannya dgn kesenangan, Allah menguji iman kita dengan memberi kesenangan hidup didunia mungkin dengan harta yg melimpah atau dengan pangkat yg besar. Kadang² kita lupa nikmat² yang Allah beri itu hanyalah sementara dan ianya juga ujian buat kita tanpa kita sedar. Firman Allah :

"Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali."
(QS al-Anbiya:35).


Allah Taala mendidik hambaNya dengan menurunkan pelbagai ujian. Ujian sebagai “tester” sejauh manakah penilaian dan pemahaman hamba dalam soal pergantungan dan pengharapan. Alhamdulillah, ku bersyukur pada Allah biar ujian itu pahit tetapi yang lebih memahat di dalam jiwa, apabila Allah Taala serta dengan tiba-tiba menggantikannya dengan perkara yang lebih baik. Terkadang kita hamba disaat lemah, banyak percubaan yang mengundang, tertewas juga kadangnya. supaya kita mendapat hikmah di sebalik Ujian hidup ini.

1- Memiliki hati yang lebih kuat, sebab kesulitan akan menguatkan hati kita.

2- Sedar dengan segala kekurangan dan kesalahan sehingga kita bertaubat dan dosa kita diampuni.

3- Bebas dari bersifat ujub, kesulitan adalah teguran yang lebih mematangkan kita.

4- Supaya kita tidak lalai dan sentiasa ingat kepada Allah SWT.

5- Kesulitan atau kesusahan adalah latihan dari Allah SWT untuk kita memahami hakikat kesabaran


Ceria dan mendungnya kehidupan adalah warna-warni hidup. Tak enak ubi yang direbus tanpa garam yang masin, tak enaklah pelam muda yang masam tanpa kicap dan gula. Selepas diberi ujian, barulah terasa enaknya ujian. Mesrakanlah dengan ucapan alhamdulillah, walaupun duit dikocek sudah kehabisan, sedangkan begitu ramai yang dipenuhkan koceknya meninggalkan Tuhan.


“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)”
(Al-Baqarah :214)



Allah tidak pernahkan jauh, meninggalkan hambaNya seorang meraba-raba penyelesaian akan ujian yang dihadapi. Jawapan dan tarbiyyah Allah sangat eksklusif bagi hamba-hambaNya. Setiap orang diajarkan tarbiyyah berbeza, bahkan jawapannya juga berbeza. Proses kehidupan membentuk manusia lebih baik, memperbaiki diri menjadi yang terbaik.


Kita seharusnya mencedok kisah silam, sejarah yang terbukti. Ketabahan umat Islam zaman lampau terutama tika zaman Rasulullah S.A.W. Bagaimana keperitan, penderitaan yang di alami hinggakan kesan ujian tersebut mengobrak emosi, menjengah sampai menggoyahkan iman. Bukan itu saja, nyawa menjadi taruhan supaya boleh merobek teguh iman dalam sanubari. Hebatnya para sahabat Nabi S.A.W, bukan kecil-kecil iman mereka.


“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”
(Al-Baqarah :155)


Sesungguhnya salah satu tanda kematangan ialah keupayaan kita tidak menolak hakikat bahawa kita tidak dapat melindungi diri sendiri daripada segala kemungkinan. Salah satu lagi tanda kematangan ialah kita tidak lari daripada kenyataan dan masalah diri bahawa kita tidak mampu untuk sentiasa bertindak tenang dan tabah pada setiap masa.

Mengapa? Berdasarkan makna sebenar sensitiviti dan empati ialah terdedah kepada keperitan, kesunyian, tidak berupaya dan lemah. Semakin diri kita sensitif, kita akan semakin kurang berasa tenang.

Sekiranya kita menjalani hidup ini tanpa ada masalah, tanpa berasa sukar dan sekiranya kesalahan- kesalahan yang kita lakukan tidak membibitkan rasa bersalah di dalam diri, ia bukanlah ciri kematangan.

Orang yang tidak sensitif - boleh tidur lena kerana mereka tidak mempunyai kegusaran yang besar atau tidak berasa bersalah sekiranya kelakuan mereka membawa kesusahan atau kesedihan kepada orang lain. 


Kita selalu merungut, menyalahkan yang lain padahal pada masa yang sama kita sudah ditewaskan oleh emosi yang memercik, SYAITAN yang membisik, hati membentak dan ragut dijentik. Aduh, sayangnya emosi itu menjadi alasan ketidak siumannya kita. Bagaimana mahu mengubatinya? Mencari penjuru lalu menangis sudahkah selesai?

Seharusnya kita sendiri harus memandu sendiri. Mulakan dari gear mula, mencari titik permulaan tersebut yang terkandung di dalam jiwa. Muhasabah diri, menimbang-tara peribadi, kau akan menemui rapuhnya hatimu dalam mencintaiNya, kesetiaanmu tidak setulus cintaNya, saat itu tangisanmu sangat berguna.

Selepas tangis, pasti kamu akan mulai bangkit. Allah akan mengisi lompang-lompang pertanyaanmu, satu jawapan sudah cukup untuk kamu. Tiada diskriminasi, kamu miskin kamu kaya, kamu pangkat kamu biasa. Asalkan kamu dekat, dan Allah Taala lebih dekat.

Taman menjadi subur kembali dengan adanya hujan Allah menurunkan, layulah jika hanya ada cahaya mentari saja. Begitu juga hati, dengan adanya tangis Allah menyuburkan jiwa semula, terbitnya pula pelangi yang indah.

“Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
“(Surah At-Thalaaq :3)


Seperti sebuah sajak Hilal Asyraf :


Kadang susah biar kita bijak bersyukur,


kerana manusia itu sering melupai,


kadang sakit biar kita beringat,


kerana manusia itu sering meninggi diri,


kadang dosa itu biar kita sedar,


kerana manusia itu sering bongkak dalam kalbunya nanti.


Cabaran itu juga daripada Tuhan,


tidakkah kita memerhatikannya dengan mata hati?


{Cabaran dan halangan itu dari Allah, menghias untuk kamu menjadi tinggi, mulia disisi Dia}

dan Ingat jangan sesekali kita melarikan diri dari masalah dan hadapilah dengan tenang.

Hokage Kazakage Ranger Puteh

Pemimpin Umno Sabah & mantan Ketua Pemuda Umno Negeri sertai KEADILAN


SABAH 11 Feb: Beberapa tokoh pemimpin Umno Sabah termasuk mantan Ketua Pemuda Umno Negeri isytihar sertai KEADILAN di majlis yang dihadiri Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut berbuat demikian, mantan Ketua Penerangan Umno Tuaran dan bekas Setiausaha Akhbar Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor.

Kemasukan itu sempena lawatan Anwar ke Sabah pada sambutan Tahun Baru Cina.

Pengisytiharan itu dibuat pada Majlis Makan Malam Perayaan Tahun Baru Cina anjuran KEADILAN Sabah di Restoran Putera Ballroom, Kota Kinabalu, malam tadi yang dihadiri lebih 1,500 orang.

Selepas itu, Anwar berdialog bersama anak muda dan profesional di Hotel Megah D Aru, Tanjung Aru dalam forum bertajuk Kembalikan Autonomi Sabah.

Panelis lain adalah Pengerusi KEADILAN Sabah, Tamrin Jaini, Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Aziz Bari dan peguam rakyat, Ansari Abdullah.

Terdahulu, pada sebelah petang, Anwar menyampaikan ceramah perdana di Kampung Panginatan, Ranau.

Ketibaan Anwar disambut meriah oleh penduduk dengan laungan ‘Ini kalilah!’.

Tamrin, Datuk Seri Lajim Ukin, Datuk Seri Wilfred Bumburing, Senator Maijol Mahap dan Christina Liew turut berceramah.

Diikuti Forum Perdana Suara Anak Sabah (Suasa) di Restoran Pelancongan, Keningau.

Sambutan Tahun Baru Cina diteruskan Anwar ke Sarawak pada hari ini.

Program dimulakan dengan ceramah Anwar ‘Solusi Baram’ di Beluru Bazaar, Beluru, Bakong.

7.00 malam ini, Anwar bersama pemimpin Pakatan Rakyat meneruskan program Makan Malam Gong Xi Fa Cai di Restoran Cina Mega Hotel, Miri.

Acara diakhiri dengan Ceramah Perdana Gong Xi Fa Cai di Waterfront Commercial Centre, Miri bermula jam 8.00 malam.

Selain Anwar, penceramah dibarisi, Pengerusi KEADILAN Sarawak, Baru Bian, Ali Biju, See Chee How dan Dr Michael Teo Yu Keng. ~keadilandaily
Edit By Hokage Kazakage Ranger Puteh