اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, June 7, 2014

TERKINI - CEO MASKargo LETAK JAWATAN

 


KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif MASkargo Sdn. Bhd. (MASKargo), Mohd. Yunus Idris meletak jawatan hari ini.

MASKargo dalam satu kenyataan media memberitahu, peletakan jawatan itu berkuatkuasa pada 10 Jun ini.

“Mohd. Yunus telah meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MASKargo. Hari terakhir beliau dalam syarikat adalah pada 10 Jun ini,” kata kenyataan itu hari ini.

" Gambar Nga Kor Ming Wakil DAP Melawat Tuan Guru Haji Hadi Di Turki "

 



DAP telah menghantar utusan khas menziarahi Presiden PAS Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang di Medipol Universitasi, Hastanesi, Istanbul di Turki sebagai tanda keprihatinan serta menyampaikan salam rakyat di tanah air semoga beliau cepat sembuh. 

Mendorong rakyat tidak hormati raja - Dr M

 


KUALA LUMPUR  - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad  berpendapat, penglibatan institusi beraja dalam pentadbiran kerajaan negeri dikhuatiri mendorong kepada perasaan tidak menghormati institusi itu dalam kalangan rakyat.

Beliau berkata, walaupun secara umumnya masyarakat Melayu setia bersama institusi beraja, tetapi apabila keupayaan untuk mempertahankan institusi itu terhakis, mereka mungkin meninggalkan adat berkenaan.

Cadangan undang-undang harta tidak sah jika Sultan Johor masuk pentadbiran negeri - pakar

 


Kesahihan Rang Undang-undang bagi Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor, jika diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN), boleh dicabar di mahkamah kerana ia akan menjadikan Sultan Johor sebahagian daripada eksekutif kerajaan, kata peguam Perlembagaan.

Mereka berkata, sistem tadbir urus seperti di Malaysia iaitu raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen, di mana kedudukan para ketua negeri berada di atas.

Menteri akui GST ke atas petrol, diesel belum diputus


BERNAMA 


PUTRAJAYA: Kerajaan belum memutuskan sama ada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dikenakan ke atas pembelian petrol dan diesel, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata kemungkinan perkara itu akan diputuskan apabila kerajaan mengumumkan mekanisma baharu rasionalisasi subsidi bahan api tidak lama lagi.

Beliau berkata perkara itu itu perlu menunggu keputusan Kabinet yang juga kini sedang memperhalusi senarai 255 barangan yang mungkin dikecualikan atau dikenakan GST serta mekanisma rasionalisasi subsidi bahan api.

Petrol diesel juga dikenakan GST - Rafizi


HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Semakan keatas senarai barangan dan perkhidmatan yang dikenakan kadar cukai sifar (zero-rated) dan dikecualikan (exempt) secara jelas menunjukkan bahawa kerajaan BN  akan mengenakan GST ke atas petrol dan diesel, kata Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Menurut beliau, sehingga kini kerajaan BN masih berdiam diri dan mengelak dari menjawab soalan beliau sama ada GST akan dikenakan ke atas pembelian petrol dan diesel oleh rakyat.

“Ini sudah tentu akan menaikkan lagi harga petrol dan diesel tanpa disedari oleh rakyat seperti yang saya jelaskan dalam kenyataan akhbar sebelum ini.
“Satu lagi siri kenaikan harga petrol dan diesel akan melonjakkan lagi inflasi dan membebankan rakyat dengan kenaikan harga barang,” ujar beliau dalam satu kenyataan media.

Panglima tentera akui wujud kelemahan dalam Esscom

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin tidak menafikan berkemungkinan wujud kelemahan dalam kawalan keselamatan di Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom).

Katanya, kelemahan itu akan dikaji dan diperbaiki khususnya dalam aspek penguatkuasaan bagi mengelak kebocoran kawalan sehingga berlakunya kejadian jenayah di kawasan itu.

"Tidak dinafikan berkemungkinan wujud kelemahan...jangan kita mengganggap tiada cabaran dalam diri kita sendiri," katanya semalam.