اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Friday, March 1, 2013

PRU 13 pastikan umno berkubur dan pupus



Memberi BRIM itu diibaratkannya seperti memberi hampas, melukut atau sekam kepada haiwan. Tiap-tiap kali tiba waktu makannya taburlah hampas atau sekam atau padi, orang yang hendak menyembeli ayam, teriakkan, ‘Kuuuurrrrr!’ Meluruhlah ayam datang. Sebelah tangan orang melaung ‘kuuuurrrr’ itu ada pisau untuk menyembellihnya.

Kerana PRU13 ditunda, penerima BRIM 1.0 itu mula tidak ingat pemberian itu dulu, maka diadakan pula BRIM 2.0 dan disampaikan dalam masa demam pilihan raya sudah mulai rancak.

Maka nyatalah tiada lain BRIM itu adalah demi menyembelih penerimanya menjelang pilihan raya itu. Umno tidak bising dan tidak menamakannya rasuah politik kerana ia dibuat untuk memastikan BN kembali berkuasa.

Tetapi kalau calon Majlis Tertinggi menabur apa-apa saja yang boleh meraih sokongan perwakilan, maka ia bising kerana ia adalah rasuah politik, membeli perwakilan. Dr Mahathir keluar umno kerana perwakilan mesyuarat Umno Kubang Pasu mendapat habuan supaya tidak menjadikan Dr Mahathir seorang daripada perwakilan ke Perhimpunan Agung.

Dulu-dulu pengundi diumpan dengan kain batik dan kain pelekat. Zaman 1Malaysia di bawah Najib ini tidak perlu tunggu hari mengundi bersembunyi-sembunyi. Berterang-terang disiarkan di TV memberi BRIM yang boleh dikira binatang rakyat 1Malaysia.

Orang kata Tok Guru menghina rakyat tetapi Tok Guru kata, pemberian benda yang begitu rupa menyamakan manusia yang mula dengan haiwan.
sumber:shalehudin

Ulasan: Nur Shuana

Walaupun  Datuk Seri Najib Razak telah menabur gula-gula  sehingga kemanisan melebihi paras bahaya, namun beliau masih tidak yakin dengan sokongan kepada rakyat.Wahai Dato Seri Najib,lupa ke pengundi hari ini hanya makan umpan, tidak lagi makan mata kail. Malangnya nasib Najib memimpin PRU13 ketika pengundi celik maklumat dan rakyat semakin cerdik.

Najib yang memang terkenal sebagai orang yang suka menggula-gulakan rakyat dengan berbagai slogan dan janji kebendaan. Inilah tabiat beliau yang memang daripada muda sampai sekarang suka pada manisan.

Ada satu perkara penulis anggap terlalu pelik.Ada ke patut penerima brim kena sumpah taat setia pada umno/bn,Mai bab sumpah brim penulis dah emosi sangat ,Maafkan saya nak kasar sikit.Umno jangat anggap rakyat bodoh,duit brim bukan nya duit mak bapak umno.Rakyat tahu bahawa duit itu datangnya dari hasil cukai yang telah di perah di pijak lunyai keringat rakyat seumur hidupnya.Perbuatan UMNO memaksa penerima bersumpah laknat itu benar2 aku tak leh terima.PRU 13 pastikan umno berkubur dan pupus di bumi ini,jangan tinggal walau sebiji benihpun,,,ABU


No comments:

Post a Comment