اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, April 21, 2014

Kes Liwat II, Pertikai Hujah Mahkamah Rayuan : N Surendran Tidak Gentar Dengan Laporan Polis Yang Dibuat Oleh NGO Pro Umno

 



Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata laporan polis yang dibuat NGO Pro-Umno tidak mengubah pendiriannya mempersoalkan kredibiliti badan kehakiman negara terhadap kes Fitnah II Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Walau berjuta-juta laporan polis dibuat, saya tetap dengan pendirian saya dan kita ada hak untuk kritik mahkamah dan saya akan secara lantang kritik seperti yang saya lakukan ini.

“Mereka jahil dan tidak faham bahawa kita ada hak untuk mengkritik kehakiman,” kata Surendran ketika dihubungi Keadilandaily.

Beliau berkata demikian merujuk tindakan Pemuda Umno Bahagian Tanjong, Pulau Pinang Gerakan Rakyat Marhaen (Geram) yang membuat laporan polis terhadap Surendran.

Laporan polis dibuat hari terhadap Surednran kerana dikatakan mengeluarkan kenyataan yang mempertikai kredibiliti sistem kehakiman negara.

19 April lalu, Surendran dalam kenyataan berkata, penghakiman Mahkamah Rayuan berhubung pencemaran bukti dalam kes Liwat II terhadap Anwar ‘bercanggah dengan common sense (sesuatu yang diterima akal).

Surendran berkata, kesimpulan yang diputus tiga hakim bertentangan dengan semua prinsip undang-undang berkaitan rantaian bukti, dan bercanggah dengan semua ‘common sense’.

Justeru, beliau menggesa pihak Polis tidak membuang masa dengan menyiasat kes yang remeh-temeh yang sebenarnya tidak perlu disiasat.

“Ini angkara Umno untuk menakut-nakutkan. Standard dia (Umno) ambil kumpulan NGO kecil seperti ini, suruh buat laporan polis yang tak masuk akal.

“Buat laporan polis berpuluh-puluh. Polis terpaksa siasat sebab laporan dah banyak dibuat, jadi terpaksa jalankan tugas mereka.

“Saya nak bagi amaran, Polis perlu profesional dalam menilai kes. Jangan siasat kes yang remeh seperti ini,” tegasnya.


geram
GERAM membuat laporan polis di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur
         GERAM buat laporan polis terhadap Surendran, gesa polis ambil tindakan

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan iaitu Gerakan Rakyat Marhaen (GERAM) hari ini mendesak pihak polis mengambil tindakan segera ke atas Naib Presiden PKR, N. Surendran kerana mempertikaikan hujah penghakiman Mahkamah Rayuan terhadap kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden GERAM, Norafiq Mohd Nor menyifatkan tindakan Surendran itu sebagai sesuatu yang tidak wajar dan jelas menghina keputusan Mahkamah Rayuan.

"Saya selaku Presiden GERAM melihat tindakan N. Surendran itu seolah-olah menghasut rakyat untuk mempersoalkan kredibiliti sistem kehakiman di negara ini," katanya selepas membuat laporan polis terhadap Surendran di Balai Polis Setapak, pada Isnin.

Laporan polis turut dibuat di seluruh negara di setiap negeri pada waktu yang sama iaitu 11.30 pagi, kecuali Sabah dan Sarawak pada 2.30 petang, dan Melaka, 1 petang.

Norafiq turut merujuk kepada satu kes penghinaan mahkamah yang  dibuat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Presiden PERKASA, Ibrahim Ali dan penulis rencana dalam laman web PERKASA, Zainuddin Salleh yang didakwa mempertikaikan keputusan penghakiman kes saman fitnah oleh Anwar terhadap Utusan Melayu.

Katanya Anwar mendakwa Ibrahim dan Zainudin Salleh menghina mahkamah kerana menyerang hakim kes tersebut, Datuk VT Singham, yang menyebabkan Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM20,000, manakala Zainuddin pula dikenakan hukuman penjara empat minggu.

"Kita boleh lihat disini bagaimana Anwar Ibrahim mempergunakan undang-undang untuk menghukum rakyat marhain yang mempersoalkan keputusan mahkamah tapi dalam masa yang sama apabila Naib Presiden PKR, N. Surendran dan Rafizi Ramli melakukan perkara yang serupa, ia seolah-olah menjadi halal pula bagi mereka," ujar Norafiq.

Berikut merupakan lokasi-lokasi balai dan masa untuk setiap negeri :-

Kuala Lumpur, Balai Polis Setapak. 11.30 pagi

Pulau Pinang , Balai Polis Lebuh Pantai, Georgetown, Daerah Timur Laut. 11.30 pagi

Kedah, Balai Polis Guar Chempedak, 11.30 pagi

Perlis, Balai Polis Kangar. 11.30 pagi

Perak, Balai Polis Daerah Batu Gajah. 11.30 pagi

Kelantan, IPK Kota Baru. 11.30 pagi

Terengganu, IPD Polis Kuala Terengganu. 11.30 pagi

Pahang , IPD Polis Kuantan. 11.30 pagi

Johor, Balai Polis JB Central. 11.30 pagi

Melaka, IPK Polis Melaka Tengah Bukit Beruang. 1 petang

Negeri Sembilan, Balai Polis Seremban 2, 11.30 pagi

Selangor, Balai Polis Kuala Selangor. 11.30 pagi

Sabah, Balai Polis Kota Kinabalu. 2.30 petang

Sarawak IPD Kuching jam 2.30 petang

Pada 18 April lalu, Surendran telah mempertikaikan Penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan kes Liwat II terhadap Anwar Ibrahim sambil menyifatkan penghakiman tersebut sebagai 'defensif dan tidak boleh dipertahankan'.

Beliau merujuk penghakiman bertulis bertarikh 11 April oleh Mahkamah Rayuan yang mengkritik keputusan membenarkan kenyataan Anwar dari kandang, tetapi menerima bukti dikemukakan peguam Saiful Azlan Bukhari dan mendakwa pembelaan Anwar tidak berwibawa.

astro awani

No comments:

Post a Comment