Monday, March 10, 2014
Anwar fail notis rayuan kepada Mahkamah Persekutuan
PUTRAJAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati beliau bersalah terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.
Notis rayuan itu difailkan oleh peguam, Ramkarpal Singh, yang mewakili Anwar, kira-kira jam 10.30 pagi di kaunter pendaftaran Mahkamah Persekutuan, di sini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment