اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, April 5, 2014

DAP mohon khaskan hari terakhir Parlimen untuk bahas tragedi MH370

 

lks (3)
KUALA LUMPUR, 4 APR: Parlimen disaran untuk memperuntukkan hari terakhir persidangan kali ini untuk perbahasan khas mengenai tragedi kehilangan MH370.

Hari ini adalah hari ke-28 tragedi tersebut, namun Parlimen Malaysia masih lagi belum mencapai kata putus tentang apa-apa langkah yang boleh diambil badan kerajaan terbabit untuk menangani isu pengurusan tragedi tersebut.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang membuat saranan tersebut setelah berkali-kali mencadangkan supaya Parlimen menubuhkan sebuah jawatankuasa khas mengenai tragedi kehilangan pesawat MAS itu.

Kit Siang dalam kenyataannya hari ini menggesa Perdana Menteri Najib Razak untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Ketua Dewan Rakyat dan memperuntukkan keseluruhan hari Khamis depan supaya Parlimen dapat membahaskan perkara terbabit.

“Ahli-ahli Parlimen juga seharusnya berbincang pada hari Khamis depan sama ada Parlimen Malaysia patut memulakan siasatan parlimen antarabangsa terhadap nahas MH370,” tambah Kit Siang lagi.

Ini berikutan mangsa tragedi kehilangan MH370 turut terdiri daripada warga 14 negara lain: 153 daripadanya warga China, 38 Malaysia, 7 Indonesia, 6 Australia, 5 India, 4 Perancis, 3 Amerika, dan 2 setiap satu dari New Zealand, Ukraine, Kanada dan Iran serta seorang dari Rusia, Taiwan dan Belanda.

Sebelum ini, Ahli Parlimen DAP Seremban Anthony Loke Siew Fook turut mengusulkan supaya sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan berkenaan tragedi tersebut. Namun usul tersebut ditolak Speaker Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana tidak menepati peraturan notis 14 hari.
Memandangkan sudah tidak ada masa menjelang hari terakhir sidang Dewan Rakyat Khamis depan, Perdana Menteri yang harus bertindak segera dan bersetuju supaya satu perbahasan dijadualkan pada hari terakhir itu.

Peraturan Majlis mesyuarat Dewan Rakyat memperuntukkan melalui Aturan 27(3) bahawa “…jika Tuan Yang di-Pertua puas hati setelah diterangkan kepadanya oleh seseorang Menteri iaitu bagi faedah orang ramai sesuatu usul itu mustahak dibahaskan dengan seberapa segeranya maka memadailah dikeluarkan pemberitahu itu satu hari sahaja terlebih dahulu.”

Ini penting katanya demi menentukan apa yang boleh dilakukan oleh ahli-ahli parlimen untuk membantu mengembalikan keyakinan antarabangsa terhadap reputasi, ketelusan dan pentadbiran Malaysia.

Semalam, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah telah pun mengingatkan bahawa Parlimen akan dilihat lalai dalam melaksanakan tugas seandainya sidang ditangguhkan tanpa sebarang keputusan mengenai peranan Ahli-ahli Parlimen dalam merungkai tragedi MH370.

Misi pencarian kotak hitam pesawat tersebut kini disertai lapan negara, meliputi kawasan seluas 86,000 batu persegi, sejauh 1,000 batu Barat-Barat Laut Perth, di Australia Barat, memandangkan hanya tinggal dua hari sebelum isyarat kotak hitam tersebut lenyap.

 – Roketkini.com

No comments:

Post a Comment