اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Friday, April 4, 2014

Patutlah Filem Ini Di Haramkan.. Memang Biadap

 


Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan filem Hollywood, Noah, kisah berdasarkan kehidupan nabi yang dihormati oleh penganut Kristian dan umat Islam, kerana ia dikatakan ‘tidak sensitif kepada orang Islam’, lapor Sun Daily, hari ini.

Pengerusi Lembaga Penapisan Filem, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid, berkata kepada Sun Daily, keputusan yang diambil itu adalah sebagai ‘langkah berjaga-jaga’ kerana ajaran Islam tidak membenarkan imej nabi dipamerkan.

“Filem itu diharamkan kerana bagi umat Islam, kami percaya kepada Nabi Nuh dan menurut ajaran Islam, adalah salah untuk melakonkan watak seorang nabi.

“Sebarang gambaran mana-mana nabi dilarang dalam Islam,” katanya dipetik daripada akhbar itu.

Beliau berkata, lembaga itu berpendapat filem itu tidak sesuai untuk ditayangkan di Malaysia selepas mempertimbangkan fakta berdasarkan Islam dan sejarah.

Pegawai daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut menonton filem itu bersama lembaga berkenaan dan mendapati ia tidak menepati garis panduan sedia ada, kata laporan itu.

Sebelum Malaysia, negara Islam seperti Pakistan, Bahrain, Qatar, Emiriyah Arab Bersatu, Indonesia, Timur Tengah dan Afrika Utara turut mengharamkan filem Darren Aronofsky itu atas alasan yang sama.

University Al-Azhar di Mesir turut mengeluarkan fatwa terhadap filem itu, memetik larangan menggambarkan nabi, dan menggesa umat Islam tidak menonton Noah.

Satu kenyataan daripada Jawatankuasa Sarjana Tertinggi Al-Azhar berkata:”Penerbitan seumpama itu bertentangan dengan kedudukan tinggi seorang nabi dan utusan, serta memberi kesan kepada undang-undang Islam. Ia juga memprovokasi emosi umat.”

Filem fantasi diinsipirasikan daripada ajaran kitab Bible bernilai RM427 juta itu dibintangi Russel Crowe sebagai Noah bersama pelakon lain seperti Jennifer Connelly, Anthony Hopkins dan Emma Watson dan pada asasnya berkisar mengenai kisah Bahtera Noah.

Crowe dipetik berkata kepada The Telegraph, Noah bukan kisah teladan agama Kristian yang sering disampaikan kepada kanak-kanak dan ia akan mencabar pemahaman penonton mengenai Bible. Bintang dari Australia itu berkata, filem itu akan memprovokasi perbincangan tanpa mengira kepercayaan seseorang.

“Secara jujur, memandangkan terdapat rukun dalam agama Islam yang menyebabkan anda tidak boleh membuat cerita atau mempersembahkan imej mengenai nabi, sudah dijangka beberapa negara Islam akan mengharamkan filem itu,” katanya. ~tmi

No comments:

Post a Comment