KUALA
LUMPUR 23 APRIL: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
menjemput orang ramai menghadiri ke majlis solat hajat dan bacaan yasin
di kediaman beliau di Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur
Majlis yang bermula jam 7.15 petang esok diadakan
bagi memohon perlindungan dan mempermudahkan urusan keluarga Datuk Seri
Anwar Ibrahim yang kini berhadapan pertuduhan fitnah oleh kerajaan Umno
BN terhadapnya.
Sebelum ini, Mahkamah Rayuan pada 7 Mac menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar Ibrahim.
Penghakiman tersebut penuh kontroversi dengan prosedur pincang
antaranya permohonan mendapatkan nota perubatan ditolak, tarikh
perbicaraan dipercepat, penghakiman tergesa-gesa.
Paling jelas pelantikan peguam yang banyak mewakili Umno di
mahkamah, Shafee Abdullah. Umum mengetahui kes ini merupakan konspirasi
politik peringkat tertinggi Umno-BN untuk menjatuhkan Anwar.
Justeru anggota KEADILAN, penyokong Pakatan Rakyat dan orang ramai
yang menolak kezaliman dan mahu keadilan ditegakkan dialu-alukan hadir
ke majlis ini.
kd
Jamaah jangan lupa memohon kepada Yang Masa Berkuasa supaya diturunkan bala dan musibah terhadap mereka yang zalim dan tidak adil dalam pembicaraan kes rayuan sdr Anwar.
ReplyDelete