Written By canang on Isnin, 19 Mei 2014 | 5/19/2014 08:06:00 PTG
Mail Online melaporkan, hoverbike yang diberi nama Aero-X itu membolehkan pengguna memecut pada kelajuan 72 kilometer sejam sewaktu berada pada ketinggian 3.6 meter dari atas tanah.
Malah, Aero-X dilaporkan sudah boleh ditempah pada harga AS$85,000 (RM274,119) dengan penghantaran dibuat pada 2017, sekali gus membolehkan peminat filem Star Wars menikmati pemanduan dari udara.
Syarikat Aerofex menyatakan, hoverbike dengan dua tempat duduk itu boleh digunakan bagi pelbagai tujuan seperti dalam misi mencari dan menyelamat, pengawasan sempadan, operasi kemanusiaan dan perladangan.
Aero-X dilaporkan boleh terbang selama satu jam setengah dan berukuran 4.5 meter panjang serta dua meter lebar dengan ketinggian 1.25 meter dan berat 365 kilogram.
Dibina dengan menggunakan gentian karbon, Aero-X yang pernah dipandu uji di Gurun Mojave, California, mempunyai dua rotor yang menghadap tanah sekali gus membolehkannya terbang.
Aero-X yang bertindak balas kepada pergerakan pemandu dan keseimbangan semula jadi, berlepas secara menegak dan mendarat tanpa memerlukan landasan.
Model hoverbike itu juga dilengkapi beberapa ciri keselamatan termasuk beg udara dan besi penghadang.
No comments:
Post a Comment