Walaupun Krisis Dewan Undangan (Dun) Terengganu dikatakan telah selesai,
dengan Kembalinya Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Umno
MENJILAT LUDAH-LUDAH mereka dengan berbagai Gaya dan Cara. Namun ada
Penganalisa Politik berkata bahawa Krisis Dun Terngganu adalah Permulaan
kepada Krisis-krisis yang akan Mendatang.
Benar atau pun Tidak Benar apa yang dikatakan oleh Penganalisa Politik
tersebut adalah, ianya hanya Benar jika ada lagi Krisis berlaku dan
Tidak Benar jika Dun Terengganu tidak Bergolak sehingga lah ke Piliha
Raya Umum Ke-14 (PRU14). Walau apa pun Menariknya sepanjang tak sampai
48 Jam Krisis Dun ialah berbagai Rekod Dunia telah Tercipta.
Itu lah yang Menarik nya beb... bila sesuatu perkara melibatkan satu
Bangsa yang bernama Umno, bukan nya mudah dan adalah sesuatu yang Agak
Mustahil ianya dapat dilakukan oleh Bangsa lain selain dari Bangsa Umno.
Hanya mengambil dalam masa kurang dari 48 Jam namun Bangsa Umno telah
Berjaya Mencipta berbagai Rekod Dunia sewaktu Krisis Dun.
Antaranya ialah Kerajaan Umno/Bn Negeri Terengganu tidak RUNTUH walaupun
Kedudukan Kerusi Dun yang dimiliki oleh Umno sama banyak dengan yang
dimiliki oleh Pembangkang, namun Umno mendapat Tambahan Kerusi Dun iaitu
Dun Speaker. Mungkin benar yang Speaker ada mempunyai Satu Undi semasa
sesuatu Pengundian sedang dijalankan.
Lojik nya ialah Speaker adalah seperti Pengerusi sesuatu Masyuarat dan
tak secara langsung ia adalah dikira Ahli dalam sesuatu Masyuarat,
tetapi itu adalah semasa Dun Bersidang dan bila sesuatu Undian
dijalankan. Tapi apakah dalam soal Pembentukan sesuatu Kerajaan maka
Speaker juga dikira sebagai mewakil Dun iaitu Dun Speaker.
Jika Benar atau Tidak Benar disinilah Rekod Dunia telah Tercipta apabila
Kerajaan Umno/Bn tidak Runtuh walaupun Kerusi yang dimiliki Umno/Bn
sama banyak dengan Kerusi yang dimiliki Pembangkang. Belum tentu lagi
Bangsa lain dalam Dunia selain dari Bangsa Umno dapat Mempertahankan
Kerajaan jika berkeadaan Genting sebegitu.
Kemudian ianya di ikuti satu lagi Rekod Dunia telah Tercipta melalui
Adun Bukit Besi YB Roslee Daud yang menjadi Adun Bebas Paling Singkat
Waktunya iaitu Tak Sampai pun dalam masa 12 Jam, satu masa yang cukup
Singkat dan belum pernah terjadi bukan hanya di Negara Malaysia malahan
di mana-mana Negara pun di dalam Dunia... Syabas.
Ianya juga dikatakan sebagai Rekod Lawak Gila Babi yang belum pernah
dicipta dalam Dunia kerana tindakan beliau Keluar Umno hanya berpunca
dari Perasaan Terkejut Beruk dengan perubahan Menteri Besar Negeri
Terengganu. Bukan mudah untuk beliau keluar Umno dan meninggal
Perjuangan Agama, Bangsa dan Negara jika tidak kerana beliau Terkejut
Beruk.
Manakala Rekod Dunia yang Paling Hebat Dicipta semasa Krisis Dun sudah
tentu lah datang nya dari seorang yang cukup NELLANG iaitu Dato' Seri
Ahmad Said, kerana dengan Nellang lah beliau telah Keluar Umno hanya
beralasan Kenduri Kahwin Anak beliau dan dengan Nellang juga lah beliau
Kembali kepada Umno kerana Cintakan Umno... kah kah kah !.
hemmmmm..... nasib baiklah
krisis dun terengganu hanya berjalan tak sampai pun 48 jam... gua ingat
kalau ia nya berlarutan mungkin lagi banyak rekod akan dicipta oleh
bangsa umno... kah kah kah... A B U.
No comments:
Post a Comment