اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, January 18, 2015

Bekas CEO TEKUN Kantoi Rasuah - Media Arus Perdana 'Cover' Identiti Suspek - Inila Individu YG Kata Duit TEKUN Hanya Untuk Ahli UMNO Sahaja.

Baru2 neh bekas CEO TEKUN NASIONAL telah ditahan reman selama 7 hari atas satu siasatan rasuah yang membabitkan jumlah dari 20,000 sehingga ke 70,000 sebulan.


Bagaimana dia mengambil rasuah?

Dia mengambil rasuah dengan meminta dari syarikat yang bertanggungjawab mengutip hutang dari peminjam-peminjam.

Ini apa yang dilaporkan serba sedikit.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) diperintah direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya mulai hari ini hingga 22 Januari ini bagi membantu siasatan berhubung kes meminta suapan ketika berkhidmat di bawah agensi kerajaan itu.

Perintah tahanan reman terhadap tertuduh berusia 60 tahun itu dikeluarkan Majistret Tuan Lukman Hakim Abu Bakar Sedik.

Tertuduh dipercayai menerima suapan berjumlah RM20,000 sehingga RM70,000 pada setiap bulan bermula 2011 sehingga tahun lalu, iaitu ketika menyandang tugas berkenaan. Lelaki itu dipercayai meminta habuan daripada syarikat yang dipertanggungjawabkan TEKUN untuk mengutip hutang yang dipinjam oleh peniaga dari industri kecil dan sederhana.

So. Atas sebab apa syarikat yang bertanggungjawab kutip hutang dari peminjam perlu membayar sejumlah wang tertentu kepada dia? 

Apa yang membuatkan bekas CEO TEKUN mampu mempengaruhi syarikat yang bertanggungjawab kutip hutang untuk memberikan rasuah kepadanya.

Pernah fikir?

1. Adakah kerana mereka2 yang dilantik untuk kutip hutang ini ialah dipilih atas dasar kronisma dan nepotisme?

2. Berapa banyak komisen yang mereka terima setiap kali kutip hutang dari peminjam?

3. Peminjam bukan sahaja perlu tanggung kos pinjaman pokok bahkan perlu juga selitkan riba dan kini sedikit 'faedah' untuk mereka yang diperanankan untuk mengutip hutang?

4. Adakah dengan menggunakan duit pembayar cukai yang kerajaan salur kepada TEKUN digunakan untuk menjana satu perniagaan supaya kerajaan turut mendapat untung melaluinya? Kerajaan dapat untung (riba), yang proses pinjaman dapat untung (kerja), yang kutip hutang pun dapat untung (faedah)?

5. Di zaman serba serbi canggih neh, sepatutnya kerajaan dah tak boleh lagi gunakan cara lapuk dan menindas peminjam kalau sungguh kau nak bantu orang2 yang sangat mengharapkan bantuan modal bagi meluaskan perniagaan masing2.

Sambung balik isu bekas CEO TEKUN yang kantoi atas pertuduhan rasuah tadinya tue.

Yang menariknya. Malaon yang kantoi ini ialah dia yang berkata pinjaman TEKUN hanya layak untuk ahli UMNO semata-mata. Isu berkenaan menjadi kontroversi kerana bekas CEO TEKUN mengeluarkan kenyataan ini ketika dia tertinggal otak dia dalam stor.



Dan kau semua boleh fikir. Kalau dia boleh terima wang komisen selama 3 tahun pada setiap bulan sehingga jumlahnya boleh mencecah kepada 70,000 ringgit sebulan pasai apa dia nak menjadi jujur dengan tambahan dana sebanyak 700 juta yang disediakan oleh kerajaan kepada TEKUN?

Orang yang menerima rasuah ialah orang yang tidak jujur.

Dan kalau kau semua baca laporan akhbar berkenaan bekas CEO TEKUN yang kantoi atas siasatan mengambil rasuah oleh SPRM, kau akan nampak baik SINAR, baik UTUSAN, baik Berita Harian baik manam-mana media arus perdana sekalipun dorang TIDAK SIARKAN ;

- Nama penuh individu yang ditahan atas pertuduhan rasuah

- Wajah suspek

Kenapa diCOVERnya identiti individu tersebut?

Nampak? Nampak?

Cuma ada satu portal online yang melaporkan hal berkenaan dengan gambar yang dikaburkan.


Berserta dengan sedikit CLUE.
Menurut siasatan awal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lelaki yang pernah memegang jawatan tinggi dalam Bahagian UMNO Jelutong Pulau Pinang berusia 60 tahun itu ditahan pukul 9.30 malam tadi di Kelab Shah Alam.

Rujukan : sini.

Aku sekarang tengah fikir. Apakah agaknya kaedah yang digunakan bagi membolehkan syarikat pengutip hutang membayar rasuah kepada bekas CEO TEKUN?

Adakah dengan mengalihkan 'beban' tersebut ke atas bahu peminjam?

Adakah pemalsuan dokumen berlaku disitu?

Adakah sebenarnya peminjam yang tanpa sedar telah terdorong untuk bayar lebih bagi mengcover 'rasuah' kepada bekas CEO TEKUN?

Peminjam2 sepatutnya aware dengan perkembangan yang terbaru neh. Ke memang kebanyakkan dari peminjam tue geng2 UMNO? Kalau ya memang aku tak heran la kenapa dorang bodoh piang.


KAH KAH KAH


Ameno World

No comments:

Post a Comment