KUALA LUMPUR: PAS mengalu-alukan pengumuman penurunan harga petrol dan diesel berkuatkuasa 1 Januari 2015.
"Tindakan ini amatlah perlu bahkan patut dibuat lebih awal lagi agar rakyat mendapat hak yang sewajarnya seiring dengan kejatuhan harga minyak dunia," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar.
Pada masa sama, katanya Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan ada membuat seruan agar pemilik syarikat, pengilang, pengedar dan peruncit menurunkan harga barangan.
"Adakah saranan itu benar-benar berkesan atau sekadar bersuara untuk menyedapkan hati sahaja?" tanya beliau dalam satu kenyataan
Ini kerana, katanya bermula 1 Januari juga, harga surat khabar di bawah Syarikat New Straits Times Press iaitu New Straits Times (NST), Berita Harian (BH) and Harian Metro (HM) dinaikkan 30 sen.
"Sungguh menghairankan, dalam keadaan kerajaan membuat seruan agar harga barang diturunkan tetapi pihak berkepentingan di dalam NST berbuat perkara sebaliknya," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Beliau berkata, pihak kerajaan juga sepatutnya menjadi contoh tauladan dalam menurunkan harga barang kerana terdapat harga barangan seperti gula, tepung gandum, dan minyak masak yang berada dalam senarai harga barangan kawalan kerajaan.
Tambahnya, penurunan harga barangan ini pastinya akan dapat membantu rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana dalam berhadapan kos sara hidup yang begitu tinggi sekarang.
Menurutnya, dalam keadaan menjelmanya tahun baru 2015, detik pelaksanaan GST juga kian menghampiri maka pihak kerajaan perlulah membuat persediaan dan langkah yang proaktif untuk membantu rakyat.
"Hal ini kerana pihak kerajaan sendiri sudah pun mengakui pelaksanaan GST kelak akan menjadi faktor penyumbang kepada kenaikan harga barang dan berlakunya inflasi," katanya.
- HARAKAHDAILY 2/1/2015

No comments:
Post a Comment