Kumpulan
aktivis media bebas melancarkan kempen maya setiakwan bersama wartawan
RTM dan Bernama TV (BTV) yang menghadapi masalah pembayaran gaji mulai
malam ini.
Kempen Gerakan Media
Marah (GERAMM) itu akan dijalankan jam 9 malam ini dan 12 tengah hari
esok supaya mendapat perhatian mesyuarat kabinet yang dipengerusikan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Justeru, GERAMM ingin menyeru semua penggiat media untuk turut menyokong kempen 'Solidariti Media
Untuk Media' bagi menunjukkan solidariti dan keprihatinan terhadap nasib dan kebajikan rakan-rakan media terbabit serta memperkasakan organisasi media berkenaan untuk jangka masa panjang.
“GERAMM turut menegaskan pendirian kami bahawa apa-apa langkah yang diambil atas nama ‘memperkasakan organisasi media’ haruslah menyokong peranan penggiat media dan berlandaskan prinsip-prinsip asas kebebasan media,” menurut kenyataannya.
Masalah kewangan dikatakan punca pembayaran gaji sempurna tidak dapat dibuat kepada wartawan BTV dan kakitangan kontrak RTM.
Pekerja BTV dilapor gagal membayar gaji penuh bermula Januari. Manakala lebih 100 kakitangan kontrak RTM mengadu tidak dibayar gaji dan ditamatkan khidmat sejak Disember tahun lalu.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

No comments:
Post a Comment