Saman
bukan saja boleh membuatkan kita terpaksa membayar sejumlah wang yang
banyak jika akhirnya kalah di mahkamah, bahkan juga kena memperuntukan
duit yang bukan sedikit untuk mengupah peguam.
Jika
tidak mampu membayar denda yang ditetapkan pula, kekalahan di mahkamah
mungkin juga menyebabkan kita diisytiharkan muflis dan tidak berharta
lagi. Ada juga kes yang menyebabkan mereka yang kalah terpaksa merengkok
di penjara kerananya.
Lebih
ditakuti lagi jika yang mengemukakan saman itu ialah individu
berpengaruh, dikenali ramai dan diketahui mempunyai wang yang banyak.
Kalau
Perdana Menteri yang mahu mengemukakan saman itu, lagilah berganda
ketakutan seseorang itu kerana ia bukan saja menjadikan potensi kalah
lebih terbuka luas, gantirugi yang terpaksa dibayar juga tentulah besar
jumlahnya.
Tetapi
senario ini berbeza dengan Perdana Menteri, Najib Razak. Beliau
seolah-olah langsung tidak ditakuti apabila beliau mengancam untuk
menyaman dan membawa Harakahdaily serta Pengarah Urusannya, Dr Rosli
Yaakob ke mahkamah, malah pihak lain turut tampil mencabar agar Najib
menyamannya terlebih dahulu.
Dalam
kes ancaman saman atau mahu disaman oleh Najib, sudahlah ia tidak
digeruni, bahkan bagai ditunggu-tunggu pula kerana ia dianggap peluang
terbaik untuk mendedahkan lebih banyak perkara lagi.
Ini
benar-benar merupakan situasi yang asing dan luar biasa, bukan saja di
negara kita tetapi juga di seluruh dunia sekali pun. Di Malaysia, ia
barangkali hanya berlaku kepada Najib saja.
Khamis
lalu, Najib melalui peguamnya telah mengemukakan notis tuntutan kepada
Dr Rosli dan Harakahdaily agar memohon maaf dan menarik sebuah aktikel
yang mengaitkan anak tirinya, Riza Aziz dengan dana 1MDB untuk
menerbitkan filem di Hollywood atau berhadapan dengan tuntutan saman di
mahkamah.
Najib dikatakan bertindak demikian untuk melindungi keluarganya.
Sementara
Dr Rosli dilaporkan sebelum ini berasa bangga dengan saman yang
dikemukakan oleh Najib itu, peguam Hanipa Maidin yang bakal bertindak
sebagai peguam kepada Dr Rosli, turut mengalu-alukan tindakan saman
tersebut.
Katanya,
beliau sebelum ini tidak berkesempatan untuk bertanyakan soalan dengan
Najib di Parlimen dan kesempatan untuk bertembung di mahkamah adalah
peluang terbaiknya untuk mengasak Perdana Menteri dengan pelbagai
pertanyaan.
Jadi, kita syukran jazilah, terima kasih banyak-banyaklah, katanya yang juga merupakan AJK Pas Pusat serta Ahli Parlimen Sepang.
Dalam
masa yang sama sebelum ini, apabila tersebar berita mengenai ancaman
saman kepada Dr Rosli dan Harakahdaily itu, Rafizi Ramli juga bingkas
mencabar Perdana Menteri agar menyamannya terlebih dahulu.
Jika
Dr Rosli dan Hanipa berasa bangga dan bersyukur kena saman dengan
Perdana Menteri, Rafizi pula terasa sedih dan tidak gembira kerana tidak
dibawa ke mahkamah oleh Najib.
Ini
kerana Najib juga pernah mengancam untuk menyaman Rafizi yang juga Ahli
Parlimen Pandan berkaitan isu 1MDB tetapi sehingga ini tidak diketahui
statusnya.
Ancaman
saman turut pernah dikemukakan oleh Najib kepada Ahli Parlimen Petaling
Jaya Utara, Tony Pua serta portal berita Malaysiakini.
Sama
seperti tuntutannya agar kedua-dua mereka memohon maaf dan menarik
balik atau berhadapan dengan tuntutan saman, ia juga tidak diketahui
statusnya apabila permintaan itu enggan dipatuhi hingga tarikh akhirnya.
Najib
hanya mengemukan notis tuntutan beserta dengan ancaman, tetapi apabila
ianya tidak dipedulikan, beliau juga jadi senyap dan diam tanpa
diketahui sama ada meneruskannya atau sekadar acah-acah saja.
Ia tidak ubah seperti "janji ditepati" bertukar menjadi "janji dicapati".
Begitu
juga, saman Najib terhadap Harakahdaily dan Dr Rosli ini, ia turut
tidak diketahui sama ada beliau serius atau acah-acah juga.
Jika terbukti ia hanya acah-acah saja, sekali lagilah "janji ditepati" turut bertukar menjadi "janji dicapati". (SH 02/03/2015)
No comments:
Post a Comment