اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Friday, April 3, 2015

Khalid patut tahu kenapa Azmin batal perjanjian air dengan Pusat


 
 

SUSUPAN TENGAHARI 


Bekas MB Selangor Abdul Khalid Ibrahim yang gagal mendapat sokongan di Dewan Undangan Negeri untuk terus tercegak di kerusi MB, kemudian terpaksa berundur dalam keadaan malu mengkritik penggantinya Mohamed Azmin Ali yang disifatkan telah gagal menyelesaikan isu air di negeri itu.

Khalid Ibrahim terkenang kerusi..

Khalid mengingatkan Azmin jangan mempolitikkan isu air dan telah membuat keputusan yang mengelirukan dan songsang.


Kritikan Khalid itu apabila Azmin telah membatalkan perjanjian air di antara kerajaan Selangor dengan kerajaan Persekutuan yang ditanda tangani oleh Khalid semasa menjadi MB pada September 2014. Implikasi pembatalan itu menyebabkan projek ampangan Langat 2 yang dijangka siap tahun 2017 tergendala.

Azmin bertindak membatalkan perjanjian itu atas alasan untuk menyelamatkan khazanah (tanah) kerajaan Selangor yang "terompak" menerusi perjanjian itu.

Ekoran keputusan berani dan kompeten, Azmin, Khalid yang terlibat menanda tangani perjanjian itu berasa malu kerana kelemahannya ke atas perjanjian itu terdedah. Azmin tidak akan membatalkan kalau perjanjian itu tidak berat sebelah dan kalau ianya menguntungkan kerajaan Selangor. Sebagai MB Azmin perlu mempunyai tanggungjawab atas apa yang berlaku.

Kerana malu dengan kelamahan itulah Khalid mengkritik Azmin dan memberi bayangan agar Azmin ditukar dan satu pentadbiran baru dibentuk seandainya isu isu air gagal diselesaikan.

Azmin mempunyai alasan kemas kenapa beliau membatalkan perjanjian air di antara kerajaan Selangor dengan Putrajaya itu. Alasan besar ialah kerana kerajaan Persekutuan telah melanggar terma yang ditetapkan.

Salah satu kesilapan perjanjian itu ialah menyerahkan tanah yang digunakan untuk pemasangan paip kepada kerajaan Persekutuan. Sedangkan mengikut Azmin, perjanjian itu sepatutnya hanya setakat memberi laluan pemasangan (guna) sahaja dan bukan memiliki tanah yang bernilai ribuan juta ringgit.

Kalau Khalid memerhati dan tidak ada niat serong terhadap Azmin, beliau tidak akan tergamak untuk mempertikaikan keputusan Azmin itu, jauh sekaliu menyifatkan ia satu permainan politik. Paling bagus baginya menyokong kerana tindakan Azmin itu menebus kesalahannya kepada rakyat Selangor dengan perjanjian tersebut.

Sebagai orang yang bertanggungjawab menanda tangani perjanjian itu dan juga melihat dan menyemak isi kandungannya Khalid sepatutnya memahami kenapa Azmin membatal perjanjian itu dan bukannya mengkritik kebaikan yang hendak dilakukan MB itu.

Khalid tidak payah atau pun menuduh bukan-bukan kepada Azmin, sebaliknya melihat balik apakah perjanjian yang dibuat tanpa dimaklum secara tuntas kepada Exco itu bagus (kemas) untuk mengawal harata benda Selangoir itu tidak. Apakah Khalid tidak terfikir yang kerajaan Selangor megalami kerugian nilai tanah kerana mengharap keuntungan lain?

Apakah tujuan Khalid mengkritik Azmin itu kerana beliau masih ada niat untuk menduduki semula kerusi MB Selangor. Boleh jadi? Ini kerana menjadi tabiat orang politik apabila ia sudah pernah berada ditempat sedap, ia terkenang-kenang segala keindahan itu.

Kalau benar begitu Khalid boleh memulakan rancangan untuk merampas semula kerusi MB Selangor itu berpakatlah dengan para pegawainya yang dibayar imbuhan sampai jutaan ringgit itu. [wm.kl.11:38 am 03/04/15]


Posted by mso.im.

No comments:

Post a Comment