اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, February 12, 2013

Ujian dan Cabaran Hidup



Ujian dari Allah merupakan kekuatan iman dan hati seseorang yang diuji dengan dugaan dan musibah.Apakah kita akan menyalahkan takdir dengan dugaan dan musibah yg menimpa atau redha dgn qada' dan qadar Allah. Tetapi ada juga yang diuji imannya dgn kesenangan, Allah menguji iman kita dengan memberi kesenangan hidup didunia mungkin dengan harta yg melimpah atau dengan pangkat yg besar. Kadang² kita lupa nikmat² yang Allah beri itu hanyalah sementara dan ianya juga ujian buat kita tanpa kita sedar. Firman Allah :

"Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali."
(QS al-Anbiya:35).


Allah Taala mendidik hambaNya dengan menurunkan pelbagai ujian. Ujian sebagai “tester” sejauh manakah penilaian dan pemahaman hamba dalam soal pergantungan dan pengharapan. Alhamdulillah, ku bersyukur pada Allah biar ujian itu pahit tetapi yang lebih memahat di dalam jiwa, apabila Allah Taala serta dengan tiba-tiba menggantikannya dengan perkara yang lebih baik. Terkadang kita hamba disaat lemah, banyak percubaan yang mengundang, tertewas juga kadangnya. supaya kita mendapat hikmah di sebalik Ujian hidup ini.

1- Memiliki hati yang lebih kuat, sebab kesulitan akan menguatkan hati kita.

2- Sedar dengan segala kekurangan dan kesalahan sehingga kita bertaubat dan dosa kita diampuni.

3- Bebas dari bersifat ujub, kesulitan adalah teguran yang lebih mematangkan kita.

4- Supaya kita tidak lalai dan sentiasa ingat kepada Allah SWT.

5- Kesulitan atau kesusahan adalah latihan dari Allah SWT untuk kita memahami hakikat kesabaran


Ceria dan mendungnya kehidupan adalah warna-warni hidup. Tak enak ubi yang direbus tanpa garam yang masin, tak enaklah pelam muda yang masam tanpa kicap dan gula. Selepas diberi ujian, barulah terasa enaknya ujian. Mesrakanlah dengan ucapan alhamdulillah, walaupun duit dikocek sudah kehabisan, sedangkan begitu ramai yang dipenuhkan koceknya meninggalkan Tuhan.


“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)”
(Al-Baqarah :214)



Allah tidak pernahkan jauh, meninggalkan hambaNya seorang meraba-raba penyelesaian akan ujian yang dihadapi. Jawapan dan tarbiyyah Allah sangat eksklusif bagi hamba-hambaNya. Setiap orang diajarkan tarbiyyah berbeza, bahkan jawapannya juga berbeza. Proses kehidupan membentuk manusia lebih baik, memperbaiki diri menjadi yang terbaik.


Kita seharusnya mencedok kisah silam, sejarah yang terbukti. Ketabahan umat Islam zaman lampau terutama tika zaman Rasulullah S.A.W. Bagaimana keperitan, penderitaan yang di alami hinggakan kesan ujian tersebut mengobrak emosi, menjengah sampai menggoyahkan iman. Bukan itu saja, nyawa menjadi taruhan supaya boleh merobek teguh iman dalam sanubari. Hebatnya para sahabat Nabi S.A.W, bukan kecil-kecil iman mereka.


“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”
(Al-Baqarah :155)


Sesungguhnya salah satu tanda kematangan ialah keupayaan kita tidak menolak hakikat bahawa kita tidak dapat melindungi diri sendiri daripada segala kemungkinan. Salah satu lagi tanda kematangan ialah kita tidak lari daripada kenyataan dan masalah diri bahawa kita tidak mampu untuk sentiasa bertindak tenang dan tabah pada setiap masa.

Mengapa? Berdasarkan makna sebenar sensitiviti dan empati ialah terdedah kepada keperitan, kesunyian, tidak berupaya dan lemah. Semakin diri kita sensitif, kita akan semakin kurang berasa tenang.

Sekiranya kita menjalani hidup ini tanpa ada masalah, tanpa berasa sukar dan sekiranya kesalahan- kesalahan yang kita lakukan tidak membibitkan rasa bersalah di dalam diri, ia bukanlah ciri kematangan.

Orang yang tidak sensitif - boleh tidur lena kerana mereka tidak mempunyai kegusaran yang besar atau tidak berasa bersalah sekiranya kelakuan mereka membawa kesusahan atau kesedihan kepada orang lain. 


Kita selalu merungut, menyalahkan yang lain padahal pada masa yang sama kita sudah ditewaskan oleh emosi yang memercik, SYAITAN yang membisik, hati membentak dan ragut dijentik. Aduh, sayangnya emosi itu menjadi alasan ketidak siumannya kita. Bagaimana mahu mengubatinya? Mencari penjuru lalu menangis sudahkah selesai?

Seharusnya kita sendiri harus memandu sendiri. Mulakan dari gear mula, mencari titik permulaan tersebut yang terkandung di dalam jiwa. Muhasabah diri, menimbang-tara peribadi, kau akan menemui rapuhnya hatimu dalam mencintaiNya, kesetiaanmu tidak setulus cintaNya, saat itu tangisanmu sangat berguna.

Selepas tangis, pasti kamu akan mulai bangkit. Allah akan mengisi lompang-lompang pertanyaanmu, satu jawapan sudah cukup untuk kamu. Tiada diskriminasi, kamu miskin kamu kaya, kamu pangkat kamu biasa. Asalkan kamu dekat, dan Allah Taala lebih dekat.

Taman menjadi subur kembali dengan adanya hujan Allah menurunkan, layulah jika hanya ada cahaya mentari saja. Begitu juga hati, dengan adanya tangis Allah menyuburkan jiwa semula, terbitnya pula pelangi yang indah.

“Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
“(Surah At-Thalaaq :3)


Seperti sebuah sajak Hilal Asyraf :


Kadang susah biar kita bijak bersyukur,


kerana manusia itu sering melupai,


kadang sakit biar kita beringat,


kerana manusia itu sering meninggi diri,


kadang dosa itu biar kita sedar,


kerana manusia itu sering bongkak dalam kalbunya nanti.


Cabaran itu juga daripada Tuhan,


tidakkah kita memerhatikannya dengan mata hati?


{Cabaran dan halangan itu dari Allah, menghias untuk kamu menjadi tinggi, mulia disisi Dia}

dan Ingat jangan sesekali kita melarikan diri dari masalah dan hadapilah dengan tenang.

Hokage Kazakage Ranger Puteh

Pemimpin Umno Sabah & mantan Ketua Pemuda Umno Negeri sertai KEADILAN


SABAH 11 Feb: Beberapa tokoh pemimpin Umno Sabah termasuk mantan Ketua Pemuda Umno Negeri isytihar sertai KEADILAN di majlis yang dihadiri Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut berbuat demikian, mantan Ketua Penerangan Umno Tuaran dan bekas Setiausaha Akhbar Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor.

Kemasukan itu sempena lawatan Anwar ke Sabah pada sambutan Tahun Baru Cina.

Pengisytiharan itu dibuat pada Majlis Makan Malam Perayaan Tahun Baru Cina anjuran KEADILAN Sabah di Restoran Putera Ballroom, Kota Kinabalu, malam tadi yang dihadiri lebih 1,500 orang.

Selepas itu, Anwar berdialog bersama anak muda dan profesional di Hotel Megah D Aru, Tanjung Aru dalam forum bertajuk Kembalikan Autonomi Sabah.

Panelis lain adalah Pengerusi KEADILAN Sabah, Tamrin Jaini, Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Aziz Bari dan peguam rakyat, Ansari Abdullah.

Terdahulu, pada sebelah petang, Anwar menyampaikan ceramah perdana di Kampung Panginatan, Ranau.

Ketibaan Anwar disambut meriah oleh penduduk dengan laungan ‘Ini kalilah!’.

Tamrin, Datuk Seri Lajim Ukin, Datuk Seri Wilfred Bumburing, Senator Maijol Mahap dan Christina Liew turut berceramah.

Diikuti Forum Perdana Suara Anak Sabah (Suasa) di Restoran Pelancongan, Keningau.

Sambutan Tahun Baru Cina diteruskan Anwar ke Sarawak pada hari ini.

Program dimulakan dengan ceramah Anwar ‘Solusi Baram’ di Beluru Bazaar, Beluru, Bakong.

7.00 malam ini, Anwar bersama pemimpin Pakatan Rakyat meneruskan program Makan Malam Gong Xi Fa Cai di Restoran Cina Mega Hotel, Miri.

Acara diakhiri dengan Ceramah Perdana Gong Xi Fa Cai di Waterfront Commercial Centre, Miri bermula jam 8.00 malam.

Selain Anwar, penceramah dibarisi, Pengerusi KEADILAN Sarawak, Baru Bian, Ali Biju, See Chee How dan Dr Michael Teo Yu Keng. ~keadilandaily
Edit By Hokage Kazakage Ranger Puteh

Sunday, February 10, 2013

Perjalanan Team SRFM


Pengorbanan adalah suatu amalan mulia pada sudut pandang Tuhan mahupun insan. Tidak kiralah dari sudut harta, perasaan, atau yang paling tinggi nyawa. Manuskrip sejarah kejayaan coretan orang terdahulu adalah dengan manifestasi pengorbanan dalam kehidupan insan. Namun, apakah erti pengorbanan yang sebenar yang perlu kita fahami? Bagaimanapula contoh pengorbanan umat yang terdahulu dalam membangunkan agama-Nya?KEHIDUPAN adalah suatu PERJUANGAN.Dan yang pastinya utk berjuang mestilah memerlukan PENGORBANAN.Bila bercakap mengenai pengorbanan,banyak lagi perkara yg kita boleh dihuraikan.Pengorbanan dari segi harta,tenaga,masa dan sebagainya.
















Rasulullah s.a.w. sendiri pada masa mudanya mengorbankan masa keremajaanya demi untuk berdikari tanpa menyusahkan bapa saudaranya dengan mengembala kambing dan membawa barang dagangan Saidatina Khadijah untuk diniagakan. Lihat pula anak remaja, Saidina Ali terlibat dalam perjuangan dan pengorbanan terhadap menegakkan risalah kebenaran. Beliau sanggup menjadi galang ganti di tempat tidur Rasulullah s.a.w. sewaktu Nabi memulakan misi hijrah bersama Abu Bakr.

Dalam medan peperangan Usamah 
Bin Zaid pemuda yang tiada tandingan. Dengan kecekapan dalam pimpinan dan ketajaman strategi peperangan beliau diangkat menjadi panglima perang meski dalam usia muda belumpun cukup 20-an. Teliti pula zaman terkemudian, kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh memimpin bala tentera yang ramai hingga berjaya menerobos tembok kota Constantinople dalam pada usia yang juga muda. Pastinya, perkara yang sama bagi kejayaan tokoh-tokoh ini adalah pengorbanan jiwa mereka untuk bersedia bagi membina peribadi yang boleh menjadi satu nilai contoh pada manusia seterusnya.
Justeru, menghidupkan jiwa pengorbanan dalam diri adalah suatu tuntutan kerana manusia dicipta bukan untuk berseronok dan berehat semata-mata tetapi melakukan ibadah yang mencakupi ruang lingkup yang mendalam maksudnya. Realiti hidup mewah, selesa dan cukup dengan apa yang ada merupakan satu bentuk jajahan minda yang boleh menjadikan remaja alpa dengan sensitiviti keadaan,batasan pergaulan dan hiburan serta gaya hidup.


Remaja boleh memilih untuk terus unggul dalam cita-cita dan perjuangan hidup. Dan remaja juga boleh memilih untuk terus dibelenggu dengan jiwa santai, tiada perancangan hidup, kerdil cita-cita dan tandus dengan jiwa perjuangan. Pilihan ini sebenarnya penting kerana ia menentukan corak













hidup remaja, bangsa dan umatnya.Tahap keremajaan adalah putaran hidup yang amat sukar lagi mencabar kerana gejolak jiwa remaja bagai api yang membakar kayu menjadi bara. Dalam situasi ini remaja amat ideal dengan sesuatu perkara, ingin meniru sesuatu perbuatan yang mana dalam fikirannya baik yang boleh menonjolkan dirinya, rasa ingin mencuba yang tinggi dan mudah terpengaruh dengan rakan-rakan, memiliki jiwa perwira yang hebat malah kadang-kadang diselangi perasaan ‘memberontak’ yang membuak-buak.


Sekiranya elemen asasi ini berada dalam olahan yang negatif ia bakal merosakkan potensi remaja. Sebaliknya jika elemen ini diadun dengan nilai-nilai perjuangan dan pengorbanan yang positif, ia bakal membimbing remaja menjadi tenaga dewasa yang mempunyai potensi besar untuk maju


dan berjaya.Kepentingan jiwa pengorbanan perlu ada hubungkait dengan bagaimana remaja memusnahkan kehidupannya dalam usia umur yang awal kerana kesan jangka panjangnya ialah kehancuran bangsa dan negaranya sendiri bahkan lebih teruk melibatkan agama. Jiwa pengorbanan harus dapat mengajak remaja berfikir betapa dominannya generasi muda yang berkredebiliti, memiliki daya juang yang tinggi, pentingkan ilmu pengetahuan, tidak mudah terhanyut dengan arus hidup yang membinasakan,serta berupaya membezakan baik-buruk dan halal-haram.


Hari ini perjuangan kita sebagai anak muda adalah untuk melihat tanahair tercinta ini bebas dari kemelut rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang semakin menular ke setiap urat nadi pemerintahan Negara. Laporan Ketua Audit Negara telah mendedahkan ketirisan yang menjelekkan. Dari pembelian binocular sehinggalah kepada skandal Lembu NFC, telah mendatangkan bencana yang merugikan keadaan kewangan Negara yang masih lagi terbelit dengan defisit.

 
kemunafikan Pemerintah hari ini yang berlakon seolah-olah bersimpati dengan rakyat Palestin tetapi dalam masa yang sama menutup mata terhadap keputusan Jemaah Menteri pada tahun 1996 yang membenarkan perhubungan ekonomi dengan Rejim Zionis Israel. Lantas, ia menjadikan kita umat Islam Malaysia turut mempunyai “saham” menghalalkan tindakan rejim Zionis menyembelih nyawa saudara Palestin.Perjuangan ini bukan hanya sekadar ungkapan retorika semata-mata, tetapi harus disertai dengan tindakan afirmatif. Apakah jiwa dan iman umat Islam Malaysia hari ini terlalu lemah atau sudah mati sehingga tidak merasa apa-apa, walaupun Negara hari ini berada dalam keadaan yang penuh dengan fasad? Anak muda harus berani untuk mengambil tindakan yang sewajarnya walaupun belum pernah mengambil tindakan sedemikian sebelum ini. Keinginan untuk berubah perlu lahir daripada kesedaran naluri hati kita. Kita tidak boleh menunggu sehingga mendapat arahan, baru ingin bertindak. Fasad pada pemikiran ummah tidak boleh lagi dibenarkan berleluasa.

Semoga segala usaha perjuangan kita diberkati Allah.



"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya." (Surah Aj-Hajj ayat 37)

 

"Bertawakkallah kepada Allah yang telah menentukan kehendak-Nya, percayalah kepada kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya. Dialah yang memerintah aku membawa kamu ke sini dan Dialah yang akan melindungi mu dan menyertaimu di tempat yang sunyi ini. Sesungguh kalau bukan perintah dan wahyunya, tidak sesekali aku tergamak meninggalkan kamu di sini seorang diri bersama puteraku yang sangat ku cintai ini. Percayalah wahai Hajar bahwa Allah Yang Maha Kuasa tidak akan melantarkan kamu berdua tanpa perlindungan-Nya. Rahmat dan barakah-Nya akan tetap turun di atas kamu untuk selamanya, insya-Allah."





Akhir sekali, sudah menjadi sunnah orang berjuang...."Berjuang ertinya TERKORBAN".....ada 2 benda yang saya nak tekankan...Perjuangan memang tak dapat dipisahkan dengan Pengorbanan. Sama ada kita BERKORBAN atau TERKORBAN. Oleh itu kita perlu bersedia dari segi mental dan fizikal...





Dalam pada kita nak bina empayar perniagaan kita, tidak boleh lari dari 2 benda nie...masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya....kita kena sanggup untuk korbankan. Tapi kena ingat, bukan untuk tempoh masa yang lama, cukup untuk seketika sebelum kita berada di puncak kejayaan.
Jadi, kesimpulannya, saya nak tekankan, Antara IMPIAN, PERJUANGAN dan PENGORBANAN......"Ada ramai yang ingin berjaya dan mengejar impian, tapi, amat kurang yang ingin berjuang untuk mencapai apa yang diimpikan, dan terlalu sedikit jumlah yang sanggup berkorban atau terkorban demi mengejar impian mereka "



Apapun,kita hanya mampu merancang & Allah jugalah yg berhak menentukan segalanya.Mungkin ini adalah ujian daripada Allah utk melihat sejauh mana hambaNya ini bersabar dengan ketentuanNya.Dan aku percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

Pesanan buat diri ini:Teruskan perjuangan & jangan pernah berputus asa.

HIDUP ADALAH SATU PERJUANGAN

Posted by Hokage Kazakage Ranger Puteh..editor Nur shuana





Thursday, February 7, 2013

Biarkan foto ini berbicara dan izinkan ianya mengetuk pintu hati kita semua



Biarkan foto ini berbicara dan izinkan ianya mengetuk pintu hati kita semua, menyentuh rasa tanpa perlu berkata-kata. Terasa tenang melihat ayahanda beradu lena melelapkan mata barang seketika, setelah selesai Zohor dilaksana.

Sayunya Hati melihat ayahanda seorang ulamak dan juga umara boleh beradu sedemikian rupa, di gelegar lantai tempatnya, tanpa ada sebarang alas di kepala.Namun inilah sikap ayahanda, bukan dikejar kesenangan harta, namun redha ALLAH jua yang di inginkan ayahanda.

Ayahanda selalu berpesan sepatah selidah buat kami semua bahawa jawatan itu adalah AMANAH dan bukannya GHANIMAH.

Benarlah, dan saksikanlah bahawa sungguh sederhana dan mudah berkiranya insan yang tubuh bergelar badan bernama Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz B Tuan Guru Hj Nik Mat Alim.


NUR SHUANA

Wednesday, February 6, 2013

Berita Harakah Daily




1-Royalti: Husam ajak Mustapha dialog di forum terbuka  
  

KOTA BHARU: Exco kerajaan kelantan Datuk Husam Musa, mencadangkan Datuk Seri Mustapha Mohamed, mengadakan forum terbuka mempertemukan mereka berdua untuk membincangkan isu royalti negeri itu.

Menurut Husam, forum tersebut perlu dibuat di mana-mana universiti ekoran Mustapha yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, telah membohongi mahasiswa berhubung isu royalti ketika bertemu mereka sebelum ini.

Dalam forum itu kata Husam, Mustapha bebas sama ada untuk berhujah mahupun menyangkal fakta yang diutarakannya.

Husam memberitahu, sekiranya Mustapha tidak sudi berforum dengannya, beliau akan mengambil alih tugas itu untuk memohon dengan pihak universiti supaya memberi ruang untuknya, sebagaimana universiti memberi ruang pada menteri itu untuk bertemu mahasiswa.







2-Pakatan Rakyat Kedah ikrar sumbang 15 kerusi ke Putrajaya    

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat Kedah berikrar akan menyumbangkan 15 kerusi kawasan parlimen kepada Pakatan Rakyat dalam usaha membentuk kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, jentera ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat di negeri itu komited untuk menjadikan 15 kerusi dari negeri itu sebagai penyumbang pertama Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Menurutnya yang juga Ahli parlimen pokok sena, Pakatan Rakyat negeri ini dijangka mampu mengekalkan 11 kerusi parlimen yang dimenangi pada PRU 2008 lalu dan yakin menambah empat lagi kerusi yang kini dikuasai BN.

Pada PRU 2008 lalu, Pakatan Rakyat Kedah telah menguasai 11 daripada keseluruhan 15 kerusi parlimen di negeri itu dengan 6 kerusi dimenangi PAS, 5 PKR. Manakala BN memperoleh hanya 4 kerusi.






3-Selangor peruntuk RM70.4 juta untuk pendidikan


SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor memperuntukkan sejumlah RM70.4 juta sepanjang lima tahun ini khusus bagi bantuan pendidikan untuk rakyat negeri ini.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali berkata, sehingga 31 Disember tahun lalu, sejumlah RM32.1 juta diperuntukkan untuk Hadiah Pengajian Intitut Pengajian Tinggi.

Ianya memberi manfaat kepada seramai 32,130 anak negeri Selangor yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. 

Sebanyak RM38.3 juta pula diperuntukkan untuk Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri yang diberikan kepada 4,770 orang pelajar sejak lima tahun kebelakangan ini.







4-Deepak dakwa Najib arah Boustead beli Astacanggih


KUALA LUMPUR: Usahawan Karpet Deepak Jaikishan semalam mendedahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan individu yang bertanggungjawab mengarahkan Boustead Holding untuk mengambil alih kepentingan dalam syarikatnya, Astacanggih Sdn Bhd.

Katanya, ketika arahan dibuat Najib itu, beliau ada bersama pardana menteri itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pertemuan dengan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di Pejabat Agung PAS semalam.

Sementara itu, Mahfuz menggesa Pengerusi Boustead Holdings Berhad tampil memberikan penjelasan berhubung perkara itu.

Menurut Mahfuz, penjelasan itu penting kerana pembelian tersebut didakwa melibatkan wang Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang sepatutnya digunakan untuk kebajikan anggota tentera.

*Berita ini disunting Nazri Abdullah, Harakahdaily


Hokage Kazakage Ranger Puteh

Tuesday, February 5, 2013

Latar Belakang Dato Seri Anwar Ibrahim


 Sesi Pertemuan (3Hb 2 2013) bersama Dato Seri Anwar Ibrahim di Rim untuk Radio Suara Rakyat FM
 
 

Datuk Seri Anwar Bin Datuk Ibrahim Abdul Rahman 
lahir pada 10 Ogos 1947 adalah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu, bertindak sebagai ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia, di atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Di peringkat akar umbi, Datuk Seri Anwar merupakan penasihat Parti Keadilan Rakyat dan ketua umum Pakatan Rakyat. Semasa awal kerjaya politiknya, beliau merupakan 'anak didik' Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, tetapi kemudiannya tampil sebagai seorang pengkritik Tun Dr. Mahathir yang lantang.

Beliau dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Anwar bermaksud 'bercahaya'. Ayahnya Datuk Haji Ibrahim bin Abdul Rahman adalah bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia. Manakala ibunya Che Yan Hussein adalah ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO. Semasa kecil, beliau sering dibawa ke majlis-majlis ceramah wanita.Pada tahun 1978, beliau berkahwin dengan Datin Seri Dr Wan Azizah Datuk Ismail seorang penuntut Royal College of Surgeons, Dublin, Ireland yang kemudiannya bertugas di klinik mata di Hospital Universiti, Petaling Jaya. Perkahwinannya dengan Datin Seri Azizah dikurniakan seramai 6 orang cahaya mata. Anak sulungnya, Nurul Izzah kini merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Dalam tahun 1999, beliau telah dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa. Pada tahun 2000, iaitu selama sembilan tahun kerana didakwa melakukan kesalahan di luar tabii (liwat). Walau bagaimanapun, pada tahun 2004, mahkamah, Mahkamah Persekutuan Malaysia telah mengugurkan sabitan kesalahan liwat kerana pihak pendakwa raya gagal mengemukakan bukti yang kukuh tanpa sebarang keraguan bahawa perbuatan meliwat tersebut telah berlaku. Oleh itu beliau telah dibebaskan. Pada Julai 2008, beliau telah ditahan sekali lagi atas tuduhan dakwaan bahawa beliau telah meliwat pembantu peribadinya iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Namun pada tanggal 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas kes liwat 2 yang dihadapi oleh beliau, dan melepaskan beliau sebarang pertuduhan liwat.

Pada 26 Ogos 2008, Anwar telah berjaya memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh dengan menewaskan calon BN yang juga ADUN Seberang Jaya, Arif Shah Omar Shah bersama-sama calon AKIM Hanafi Mamat seterusnya kembali ke parlimen sebagai ketua pembangkang Malaysia. Beliau telah menyatakan perlunya liberalisasi, termasuklah satu kehakiman dan media, untuk melawan rasuah endemik yang beliau mendakwa ia menjadi sebab penolakan negara menjadi status sebuah negara yang gagal.

Anwar merupakan satu-satunya warga Malaysia yang pernah tersenarai di dalam 100 orang yang dikatakan paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time iaitu pada 2008

Spesial Video dari Dato Seri Anuar Ibrahim.

Hokage Kazakage Ranger Puteh

Thursday, January 31, 2013

Harakahdaily kerjasama dengan radio Suara Rakyat FM


KUALA LUMPUR: Harakahdaily mencapai kata sepakat dengan radio internet, Suara Rakyat FM untuk bekerjasama.

Melalui kerjasama ini, Harakahdaily akan membekalkan berita untuk diperdengarkan dalam radio internet ini melalui suararakyatfm.blogspot.com.

Tiga pegawai kanan radio internet ini yang diketuai oleh Ketua Penyelarasnya, Ripin Samat datang ke pejabat Harakahdaily hari ini bagi membincangkan bentuk kerjasama yang hendak dibuat.

Selepas perbincangan dibuat, kedua-dua pihak bersetuju untuk menjalinkan kerjasama ini.

"Kami bersetuju untuk membekalkan berita Harakahdaily secara berkala setiap hari kepada radio internet ini," kata Zulkifli Sulong, Ketua Pengarang Harakahdaily.

(Zulkifli dan Ripin bertukar dokumen hari ini)

Beliau menjangkakan, berita-berita dari Harakahdaily akan mula berkumandang dalam radio internet ini mulai minggu depan.

"Untuk permulaan ini, kita jangkakan tiga slot berita sehari akan kita bekalkan iaitu tengahari, petang dan malam," katanya lagi.

Mulai minggu depan, ikon radio Suara Rakyat FM akan ada di laman Harakahdaily.

Ia membolehkan, semua pelayar Harakahdaily boleh klik ikon ini untuk mendengar radio sambil melayar berita-berita Harakahdaily.

Ripin pula melahirkan kegembiraannya dengan kerjasama yang bakal terjalin ini.

"Dengan adanya berita ini, saluran radio kami akan lebih bermutu dan memberikan manafaat besar kepada pendengar kami," katanya.

Ketika ini, radio ini berkumandang 24 jam sehari melalui laman internet, suararakyatfm.blogspot.com.

Ia juga boleh didengar melalui telefon bimbit android menerusi  Tunein Radio.

Petikkan Harakahdaily 30.1.2013: Kerjasama dan gabungan tenaga Radio Suara Rakyat FM

Hokage Kazakage Ranger Puteh