اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, February 24, 2013

Konvensyen Pakatan Rakyat



Alhamdulillah, Pada 25 Feb 2013 pihak Radio Suara Rakyat FM telah di jemput bersama mengikuti pelancaran manifesto ke -4 ucaptama pimpinan Pakatan Rakyat di Shah Alam, Selangor.
Insyallah Pihak kami juga akan membuat lintas langsung bagi pendengar radio suara rakyat fm dan di harap tiada kejadian yang tidak diingini berlaku ketika pelancaran itu dijalankan.
Terima Kasih kerana Terus bersiaran bersama Kami

Hokage Kazakage Ranger Puteh

Scrip Radio Suara Rakyat FM untuk Blog


Flash Player (HTML)
<div><!--VosCast.com Flash Player--></div><div><script type="text/javascript" src="http://cdn.voscast.com/player/?key=0b238d74ff48f325962155049fe0bacb"></script></div><div><!--End Player-->

Playlist Files (HTML)


<!--VosCast.com Playlist Files-->
<script type="text/javascript" src="http://cdn.voscast.com/resources/?key=0b238d74ff48f325962155049fe0bacb&c=playlist"></script>
<!--End Playlist Files-->


Direct Links: 
Windows Media PlayerQuickTimeRealPlayerWinamp 
Right-click, "Copy
Link...", for URL

Sila Masukkan Script ini di Blog/WEB anda terima kasih

Hokage Kazakage Ranger Puteh

UMNO BN KANTOI lagi..




Pakat Share Ramai-Ramai. Macai UMNO BN Terkelu Lagi. Yang Menanggung Malu Sekarang Ini Adalah PM 1Malaysia Najib Antatuya. Mungkin Dia Tak Tahu Majalah Ini Diedarkan Semasa Jelajah Janji Ditepatinya Di UTP Tronoh. Setiap Kali Mereka Cipta Isu, Pasti Terpalit Ke Muka Sendiri. . Owhh... Kalau Depa Buat Boleh Pula... Kalau dari Pakatan Rakyat, Depa Cakap Hina Rakyat. Apapun Allah Itu Maha ADIL & Maha Mengetahui.
UMNO/BN Sudah Lama Mengumpamakan Rakyat Sebagai "Haiwan" Seperti Dalam Komik Ini. Kita Cabar Buletin Utama Siarkan. Kita Cabar DS Najib Ulas Berhubung Komik Ini. Ada Berani?...
                                        

Hokage Kazakage Ranger Puteh

Friday, February 22, 2013

"Umno boleh berubah"...."berubah atau rebah "

As Salam, 
Kata sesetengah orang lebih baik berkawan dengan ular daripada berkawan dengan Umno/BN. Dan kalau ditakdirkan penulis berjumpa antara ular dan Umno/BN maka penulis akan ketuk Umno/BN dulu. Sebabnya UMNO/BN tak pernah nak berubah. Apa yang berubah hanyalah pemimpin dan slogannya sahaja. Sikap dan Sifatnya tetap sama....Dari dulu, kini dan selamanya.

Penulis membenci Umno/BN kerana kelakuan Umno/BN itu sendiri. Sebab itulah, bukan saya yang menentukan sama ada rakyat membenci Umno/BN atau tidak. Umno/BN sendirilah yang menentukannya. Kalau setakat bercakap "Umno boleh berubah"...."berubah atau rebah atau h@ram^&dah", tetapi perangai UMNO/BN makin hari makin B@$#BAH,Setakat hari ni, kelakuan Umno/BN bukan sahaja bertambah jijik, malah penulis langsung tak nampak lagi sebarang harapan kelakuan jijik boleh jadi elok.

Segelintir dari Parti pembangkang juga penulis anggap carca merba juga, ada yang jenis suka di beri gula-gula oleh Umno/BN.Maaf nak cakap kasar sikit, Yang kata boleh dibeli dengan gula-gula oleh Umno/BN ialah jenis bodek dan boleh ditipu hidup-hidup oleh Umno/BN. Dah la dia ditipu Umno/BN, dia tipu pulak orang lain untuk menutup kebodohannya yang boleh dibeli oleh Umno. Jenis ni lagi la tak boleh pakai. Lebih bahaya dari Umno/BN. Ini bukan PEJUANG tapi PEJUWANG....


Inilah antara sebab kenapa penulis membenci dan melawan Umno/BN.Terpulang le kalau orang Umno tak setuju dengan penulis, sebabnya orang Umno/BN sendiri pun tahu apa kebenaran yang dikatakan ni. Suka ke tak suka TERPULANG. KERAjaan Umno/Be End memang kuat........kuat menipu .....kuat habiskan duit rakyat.....pendek kata kuat la.. tapi pergi ja^@n@^^lah dengan Umno/BN....apa yang paling penting PAKATAN RAKYAT dah cukup kuat untuk kuburkan Umno/Be ENd selepas PRU ini.........

...Nur Shuana...
...Hokage Kazakage Renjer Putih...


Thursday, February 21, 2013

BONGKAR 403J



KENYATAAN MEDIA Persatuan Anak Kedah di Perantauan (Pakar) 
MENYOKONG PENUH PENDEDAHAN NGO BONGKAR 403 TENTANG KEPINCANGAN PENTADBIRAN  BARISAN NASIONAL KEDAH.  


Persatuan Anak Kedah di Perantauan (Pakar) sangat terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh sebuah NGO BONGKAR 403  tentang 11 penyelewengan yang telah dilakukan oleh BN sebelum 2008 ketika mentadbir negeri KEDAH. Ini yang mengakibatkan rakyat kedah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM403 juta. Seluruh rakyat perlu diberi penerangan tentang penyelewengan dan salahtadbir sehingga melibatkan RM403 juta di Kedah dari zaman pentadbiran Menteri Besar  Y.A.B Tan Sri Dato' Seri Haji Osman Bin Haji Aroff ,  Y.A.B Tan Sri Dato Seri Sanusi Bin Junid,  Y.A.B Dato Seri Haji Syed Razak Bin Haji Syed Zain dan yang terakhir Dato' Seri Diraja Haji Mahdzir Bin Khalid.

Kami mempersoalkan bagaimana pihak kerajaan persekutuan mengawal projek-projek awam di negeri yang menggunakan peruntukan Kerajaan Pusat. Jika perbelanjaan tersebut dikeluar di zaman BN memerintah negeri Kedah sewajarnya semua dokumen yang ada dalam agensi-agensi pelaksana pusat dan negeri disiasat. 

Jumlah kerugian yang dinyatakan itu sangat signifikan bagi negeri seperti Kedah yang bukan sahaja memberi kesan kepada aliran kewangan pembendaharaan negeri malah boleh menjejaskan integriti kerajaan di kaca mata kerajaan Pusat dan institusi kewangan.

  Jika segala pengurusan 11 projek tersebut berjalan mengikut prosedur, pihak ketua kerajaan di zaman BN itu tidak perlu takut untuk memberi penjelasan asalkan fakta dan rekod yang ada tidak diselewengkan. 

Jika jelas ada penyelewengan, maka tindakan mengikut undang-undang perlu diambil kerana ia melibatkan wang awam.

Jika kerajaan BN Negeri Kedah mencatat rekod kerugian dalam projek-projek yang dilaksanakan atau terbukti berbelanja di luar prosedur yang sepatutnya sehingga kos sengaja dibesarkan (over inflate) untuk memberi keuntungan kepada pihak tertentu, maka tindakan tegas perlu diambil dan pihak kerajaan yang memerintah ketika itu perlu dipertanggungjawabkan

Bukan sahaja rakyat Kedah malahan seluruh rakyat Malaysia ingin tahu  tentang perjalanan projek- projek “sakit” ini :-
  • Projek Udang Kerpan, 
  • Projek UbahSuai Sri Mentaloon, 
  • Projek Feedlot Pendang, 
  • Projek Balak Laluan Tekih, 
  • Projek 99 East Langkawi, 
  • Jerai International Park, 
  • Projek Taliworks Langkawi dan 
  • Projek Loji Air Padang Sanai dan Lubuk Buntar 
Sebelum ini Pengerusi Bongkar 403 juta, YB Ustaz Mohd Firdaus Jaafar menjelaskan, penyelewengan yang telah dilakukan oleh BN ini  mengakibatkan rakyat Kedah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM403 juta. 

Sehubungan dengan itu kami menjemput bukan sahaja anak- anak Kedah diperantauan tetapi seluruh warga Lembah Kelang dan rakyat Malaysia untuk menilai sendiri  pembongkaran 11 penyelewengan yang melibatkan RM403 juta itu yang akan diadakan pada 23 Februari 2013 . Jam 9.00 malam di Dewan Dato Haji Fadzil Mohd Noor , KUIZM, Taman Melawar Kuala Lumpur.

Ceramah pada malam itu akan menampilkan YB Dato Mahfuz Omar  / Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Dato’ amiruddin / exco kerajaan negeri Kedah , YB Dato’ Ahmad B  Kasim / Ahli Parlimen Kuala Kedah, YB Ustaz Firdaus Jaafar / Pengerusi Bongkar 403 , Saudara Sanusi Mohd Noor  / Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Saudara Zulkifli Yahya / Pegawai penerangan Kerajaan Negeri Kedah , Ustaz Riduan Abu Bakar  dan Wakil dari parti DAP Kedah. 

Persatuan Anak Kedah di Perantauan amat menyokong penuh pendedahan yang telah dicetuskan oleh BONGKAR 403 ini dan kami juga menuntut agar pihak UMNO dan Barisan Nasional Kedah tampil untuk menjelaskan kepincangan ini tanpa mereka perlu  memusing fakta dengan merangka serangan yang  bersifat keanak-anakan umpama “menutup tahi gajah dengan sebatang lidi”.
sumber: tukar tiub

...nur shuana...

Subahanallah,



Seorang artis terkenal juga penari, Haalah ash-Shaafy menceritakan kisah kenapa ia meninggalkan kerjayanya di dunia seni dan memilih untuk bertaubat dan bagaimana ketenangan jiwa yang ia rasakan. Dengan gaya bahasa yang menyentuh, ia menceritakannya dalam sebuah wawancara di sebuah majalah, 

“Suatu hari, seperti biasa aku melakukan adegan menari di salah satu hotel terkenal di Cairo, Mesir. Saat menari, aku merasakan diriku seperti mayat dan boneka yang bergerak tanpa makna. Dan untuk pertama kalinya aku merasa malu apabila menyedari dalam pose setengah telanjang, menari di hadapan mata kaum lelaki dan di tengah-tengah gelas-gelas arak yang terhampar.

Lalu aku tinggalkan arena itu dan cepat-cepat pergi sambil menangis menuju bilik tukar pakaian dan lantas 

memakai pakaianku kembali. Selama hidupku, baru kali ini aku diliputi suatu perasaan yang belum pernah aku rasakan semenjak bermula menari dari usia15 tahun lalu.

Maka, aku pun segera berwuduk dan melakukan solat. Ketika itu, untuk pertama kalinya aku merasakan kebahagiaan dan kedamaian. Dan sejak hari itu, aku memakai hijab sekalipun masih banyak tawaran-tawaran menggiurkan yang dihulurkan kepadaku ataupun pelbagai ejekan dari sebahagian orang. Aku pun melaksanakan haji sambil berdiri dan menangis di hadapan Kaabah memohon kepada Allah kiranya mengampuni dosa-dosa yang telah aku lakukan pada hari-hari hitamku .”

Di akhir ceritanya, Halah berkata, ”Haalah ash-Shaafy telah mati dan telah menanam bersama masa lalunya. Adapun saya sekarang adalah bernama Suhair ‘Abidin, Ummu Karim, suri rumah, hidup bersama anak dan suami. Titisan air mata penyesalan sentiasa mendampingiku atas hari-hari yang dulu pernah aku lakukan seusiaku, jauh dari Khaliq-ku yang telah memberikan segalanya padaku.

Sesungguhnya, aku kini adalah bayi baru dilahirkan, aku merasakan ketenangan dan kedamaian setelah sebelumnya hanya perasaan cemas dan sedih yang menjadi temanku sekalipun kekayaan berlimpah, selalu terlewat malam dan bersenang-senang …. 

Aku telah melakukan masa-masa yang lalu sebagai teman syaitan, yang aku kenal hanya bersenang-senang dan menari. 
Aku telah hidup dalam kehidupan yang amat dibenci dan terhina. Sarafku selalu tegang tetapi sekarang aku merasa baru menjadi bayi semula. 
Aku merasa berada di tangan yang begitu amanah, yang membelai kasih sayang dan mengucapkan selamat padaku … Yah, Tangan Allah Taala. “
sumber:kami sokong tokguru.blogspot

...nur shuana...

Tuesday, February 19, 2013

kesucian diri diragut teman lelaki ekspres yang dikenali menerusi laman sosial popular, Facebook (FB).



Kuala Lumpur: Usia mereka baru 12 dan 13 tahun dan masih bersekolah, tetapi kesucian diri diragut teman lelaki ekspres yang dikenali menerusi laman sosial popular, Facebook (FB).

Semuanya berlaku kerana perasaan ingin mencuba ilmu asmara yang diperoleh menerusi Internet dan FB dianggap jalan pintas untuk mendapat seberapa ramai kenalan lelaki dalam tempoh singkat tanpa pengetahuan ibu bapa.

Terpesona dengan pendapatan antara RM18,000 hingga RM20,000 sebulan hasil kegiatan sumbang bersama lelaki hidung belang tanpa mengira umur atau keturunan termasuk pelancong asing, Sally dan Tina menggunakan gambar seksi untuk menggoda kenalan FB.

Bagaimanapun, seronok hanya sekejap tetapi derita berpanjangan.

Kini mereka yang menginjak usia 17 tahun menyesal tak sudah kerana kesilapan silam pada usia masih mentah.

Jika dulu mereka berbangga didampingi ramai lelaki, diulit kemewahan dan mampu memiliki gajet canggih yang menjadi idaman rakan sebaya, kini semuanya tidak berguna lagi selepas wanita tersebut disahkan dijangkiti HIV positif.


ulasan NS.

MAAF AKU NAK CAKAP KASAR SIKIT:

Aku bukannya nak berlagak alim dan bajet baik tapi aku kesian dekat pompuan sekarang nie sanggup gadai maruah diri demi bf'nya yang dia katakan sayangkan sangat dekat dia tu. tapi alih-alih bila bf dia tu dapat apa yang dia nak, terus belah begitu saja. Siapa yang frust menonggeng? sang perempuanlah,Tu le kalau bantah sangat cakap mak bapak,akibatnya sendiri tanggung.

Aku nak pesan pada angpa semua sahabat remaja,jika kamu tak boleh ubah sesuatu yg kamu lihat,tetapi kita boleh ubah diri kita yg melihatnya.Jika kita tak dpt apa yg kita suka,maka langkah yg terbaik ialah sukalah apa yg kita dapat.itulah syukur namanya



...Nur Shuana...