اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, March 21, 2013

Malaysia Book Of Record: Bubar secara Automatik


TARIKH BUBAR DUN SECARA AUTOMATIK SETIAP NEGERI DI MALAYSIA.....

1. JOHOR -21/3/2013

2. NEGERI SEMBILAN -26/3/2013

3. PAHANG -7/4/2013

4. SELANGOR - 22/4/2013

5. PERAK -24/4/2013

6. MELAKA -26/4/2013

7. PERLIS -28/4/2013

8. KELANTAN -28/4/2013

9. SABAH -29/4/2013

10. KEDAH - 2/5/2013

11. PULAU PINANG -2/5/2013

12. TERENGGANU -5/5/2013

PARLIMEN MALAYSIA BUBAR SECARA AUTOMATIK SEKIRANYA TIDAK DIBUBARKAN ADALAH PADA TARIKH 28/4/2013.....!



Tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbubar dengan sendirinya sebelum 28 April ini iaitu tarikh Parlimen bubar secara automatik jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menetapkan sebarang tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 diadakan.

6 DUN yang terbabit,  DUN JOHOR  terbubar dengan sendirinya pada 21 April ini, diikuti DUN Negeri Sembilan dan DUN Perak pada 25 April.

Pembubaran DUN di negeri-negeri lain pula kebanyakannya berlaku selepas tarikh Parlimen dibubarkan.

Penentuan tarikh pembubaran sesebuah DUN mahupun Parlimen adalah berdasarkan kepada tarikh persidangan pertama selepas pilihan raya umum.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof yang mengulas perkara itu berkata, sebaik sahaja terbubarnya Parlimen atau DUN secara sendiri, SPR diberi kuasa menjalankan pilihan raya dalam tempoh 60 hari bermula dari tarikh pembubaran tersebut.

Tambah beliau, sehubungan itu, pilihan raya umum perlu diadakan selewat-lewatnya antara akhir Jun sehingga awal Julai ini.

“Walau apa pun, berdasarkan peruntukan undang-undang PRU-13 mesti diadakan tahun ini juga," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


_Hokage Kazakage Ranger Puteh_

Fitnah,Saman Dan Menang Lagi...


Mahkamah Tinggi Alor Setar telah memutuskan bahawa RTM bersalah memfitnah Yb Nasir Mustafa.

Mahkamah juga telah mengarahkan RTM dan 2 orang ahli UMNO bayar sejumlah wang bernilai RM120 ribu dan kos sebanyak RM30k.


ALOR SETAR, 20 Disember 2011 - Isu kononnnya kerajaan negeri Kedah tidak memperdulikan kerosakan jalan di Kampung Hilir Telok Talipon, Kubang Rotan yang disiarkan oleh Radio Television Malaysia (RTM) terjawab apabila YB Nasir Mustafa tampil membuktikan bahawa kerajaan negeri yang telah menurap jalan tersebut dan bukannya Kerajaan Persekutuan.

ADUN Kubang Rotan, YB Nasir Mustafa berkata, beliau kesal dengan pihak RTM kerana mendakwa jalan tersebut telah diturap oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (ICU), sedangkan jalan tersebut diturap oleh kerajaan negeri pada tarikh 27 Julai 2011.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai fitnah RTM berhubung kerosakan jalan di Kampung Hilir Telok Talipon yang menimbulkan keresahan penduduk sebelum ini.

“Saya mempunyai bukti bahawa jalan tersebut diturap oleh kerajaan negeri kerana saya mempunyai surat rasmi daripada kontraktor yang melakasanakan tugas tersebut, dan juga surat rasmi kepada Unit Perancangan Negeri (UPEN).

“Ini adalah satu fitnah yang jelas, kerana rancangan television Titik Sentuhan yang disiarkan oleh RTM ini mengatakan saya tak buat kerja, ini juga merupakan tohmahan yang tidak berasas,” jelasnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa jalan tersebut tidak berturap sepenuhnya sejak pemerintahan kerajaan negeri yang sebelum ini lagi. Jalan tersebut merupakan jalan MADA dan bukannya jalan kerajaan negeri.

Selepas kerajaan negeri sekarang memerintah saya telah mengambil tindakan dengan menghubungi pihak UPEN bagi menaik taraf dan menurap semula jalan tersebut.

“Selain itu, saya juga amat kesal dengan RTM kerana telah menggunakan rancangan television tersebut untuk kepentingan politik BN,” katanya.

Beliau akan membuat laporan polis mengenai fitnah tersebut serta laporan SPRM berkaitan dakwaan kononnya jalan tersebut dibuat oleh Pusat.

“Ia terdedah kepada kemungkinan ada pihak yang telah membuat tuntutan pembayaran dari Pusat terhadap kerja yang dilakukan sedangkan mereka tidak berbuat apa-apa pun kerana semuanya telah diselesaikan oleh pihak lain (Negeri),” ujarnya.

Hokage Kazakage Ranger Puteh

Wednesday, March 20, 2013

Mendidih!! Membongkar Kisah Sebenar Lahad Datu.. Jom Terjah!!



Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pimpinan Badrul Hisham Sharin atau Cikgu Bard dengan kerjasama Angakatan Perubahan Sabah (APS) telah mengadakan majlis dinamakan Mahkamah Rakyat: Isu Sebenar Lahad Datu - Siapa Pengkianat Sebenar pada malam Isnin lalu telah merumuskan lima perkara berhubung isu yang berlaku di Sabah hari ini.

Lima perkara itu ialah; 
Tiada siapa yang tidak menghargai pengorbanan prajurit negara, sebaliknya muncul membela kematian wira negara.
Pemberian IC menggadai kedaulatan negara memang berlaku malah turut dibuktikan BN terlibat mewujudkan huru – hara sehingga sanggup mengakibatkan kematian ketika hilang polulariti. Ia berlaku setiap kali Umno BN kalah malah kali ini Umno BN bakal kehilangan Putrajaya.

Projek IC menyebabkan banyak masalah, ramai punya dua kerakyatan (contoh Filipina dan Malaysia), kerakyatan diberikan hanya untuk mengundi BN bukan kerana kesetiaan pada negara, Jeneral kumpulan militan yang menyerang bukan sahaja punya IC tetapi pernah menjadi pegawai kerajaan BN Sabah dan ramai antara mereka juga punya IC.
Pemimpin BN lemah dalam pertahan kedaulatan hingga menyebabkan operasi meleret dan mengorbankan prajurit negara. Hishamuddin pada mulanya umum yang penceroboh bukan militan/pengganas dan perlu berunding? Persoalannya kenapa berunding? Apa isi perundingan? Apa yang diselindungkan? Hishamuddin harus bercakap benar dan meminta maaf pada rakyat Malaysia.

Mahkamah Rakyat memutuskan Malaysia dalam bahaya kerana punya pemimpin lemah dan hanya tahu mempolitikan semua perkara. Semua sebulat suara memutuskan Dr. Mahathir pengkhianat negara dan harus dihadapkan kemuka pengadilan, satu sidang parlimen khas harus dipanggil serta kertas putih Lahad Datu harus dikeluarkan segera sebelum PRU.

Majlis itu mendapat sambutan hangat dengan dihadiri lebih 5,000. Dewan Perhimpunan Cina Selangor tempat majlis itu diadakan penuh sesak sehingga melimpah ke luar dewan. Orang ramai yang ingin mengetahui kisah sebenar mengenai isu Sabah sanggup duduk dan berdiri di jalan raya.

Program dikendalikan secara 3 segmentasi - Segmentasi suara anak muda telah menampilkan Boby (Penyelaras SAMM Sabah), Freed (wakili suara anak muda Sabah) dan Sani Hamzah (Pengarah Pilihanraya DPPP selaku mewakili suara anak muda Semenanjung).

Segmentasi kedua menampilkan Hasnar dan Siti Aminah yang kedua–duanya bekas tahanan ISA. Hasnar dan Siti Aminah terlibat dalam projek kad pengenalan di bawah Dr.Mahathir yang mengadaikan kedaulatan dengan memberi warganegara secara mudah hanya untuk meraihkan kemenangan parti komponen BN.

Malah Hasnar secara jelas menyebut beliau bukan sahaja terlibat dalam projek Kad Pengenalan ketika menjadi Pegawai Daerah Sandakan tetapi apabila parti Berjaya (komponen BN) tewas kepada PBS, beliau telah terlibat sebagai antara yang menimbulkan huru hara di Sabah. Rusuhan yang dikenali sebagai ‘silent riot’ itu sememangnya dicipta BN dengan perlindungan anggota keselamatan, agensi kerajaan malah beliau diminta membuat kecoh sehingga menyebabkan kematian.

Pendedahan mereka berdua benar–benar menyentak hadirin. Beberapa nama pimpinan besar selain Dr. Mahathir telah disebut dengan jelas sebagai pemimpin yang terlibat dalam projek IC Dr.M.

Segmentasi ketiga dimulakan dengan pidato Janeral (B) Dato' Ghafir yang menimbulkan persoalan penting mengenai kelemahan pemimpin politik dan mengganggu operasi di Lahad Datu.

Dua wakil APS Sabah iaitu Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing dan Datuk Kalakau Untul menegaskan betapa rakyat Sabah sengsara kerana projek IC dan sebahagian besar punca malasah di Sabah adalah angkara Dr. Mahathir.

Penduduk asal Sabah mahu terus kekal bersama Malaysia dan itu bukan pertikaianya. Majoriti warga Sabah sudah tidak sabar menanti PRU untuk melakukan perubahan bersama PR dan mereka menyebut dengan jelas Sabah akan bersama menabalkan Anwar sebagai bakal PM Malaysia. 


-mso

Sunday, March 17, 2013

LIVE Mahkamah Rakyat

LIVE LIVE 
LIVE
Di Radio Suara Rakyat FM 18 Mac 2013
MASA : 8.45 malam



Mahkamah Rakyat : membicarakan kisah dari Lahad Datu, siapa pengkhianat sebenar ?
TARIKH : 18 Mac 2013
MASA : 8.45 malam
TEMPAT : Dewan Himpunan Cina Selangor (KLSCAH) - berdekatan stesen monorel Jln Maharajalela / Stadium Merdeka.
HUBUNGI : 010-2675872
Program ini anjuran bersama Angkatan Perubahan Sabah dan SAMM akan menampilkan :

Tn Hj Mohamad Sabu !!!
YB DS Wilfred Bumburing !!!
YB Tian Chua !!!
YB DS Lajim Ukin !!!
Datuk Yahya Lampong !!!
Datuk Kalakau Untol !!!
Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir !!!
Bekas Pengarah JPN Sabah !!!
Siti Aminah (saksi hidup) !!!
Mat Swadi (saksi hidup) !!!
che'GuBard !!!
Boby (SAMM Sabah) !!!

Hokage Kazakage Ranger Puteh

Siapa Dalang pencerobohan Lahad Datu?

Kekadang terasa kebodohan yang melampau pulak pada sesetengah warga negara malaysia neh. Terutamanya kepada penyokong UMNO Barisan Nasional. Memang keterlaluan BODOHnya dan tak boleh pakai. terlalu mudah dipergunakan oleh media manila dan filipina. masing masing menyalak dan menjerit tak henti2 menyalahkan dato Seri Anwar Ibrahim dan pembangkang dalam insiden lahad datu. penyokong Umno BN terusan menyalahkan sejurus media filipina mengatakan bahawa maklumat perisikan menyatakan bahawa pembangkang antara punca tercetusnya kekacauan di lahad datu. Lepas berita tue tersiar bertubi tubi la media kerajaan dan bloggers mereka mainkan isu tersebut. Pada dia orang inilah satu masa keemasan untukmenyalahkan PAKATAN RAKYAT. Lebih tepat ini point nak salahkan anwar ibrahim. Padahal mereka tak sedar yang SEMUA DAH TERMASUK DALAM PERANGKAP KONSPIRASI PRESIDEN FILIPINA. TERMASUK DALAM LAKONAN DAN SANDIWARA PRESIDEN FILIPINA TERHADAP MALAYSIA.

Cubaan mengaitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dalang krisis keselamatan di Lahad Datu, Sabah secara terbuka bermula dengan himpunan di Masjid Negara beberapa hari dulu

Isu Lahad Datu ini juga membuatkan Dato Seri Anwar memfailkan saman kepada Utusan dan TV3 sebanyak RM200 juta

TV3 juga menggunakan istilah dalang mengaitkan Anwar dalam insiden tersebut.
Anwar juga telah menuntut kedua-dua media itu menarik balik tuduhan tersebut, memohon maaf secara terbuka dan ganti rugi, masing-masing sebanyak RM100 juta.

Pihak Dato Seri Anwar telah menghantar surat tuntutan terhadap Utusan dan TV3 ekoran fitnah mereka menyatakan Anwar adalah dalang insiden Lahad Datu.
“Ini kenyataan jahat dan tidak berasas dan oleh itu kita mulakan proses saman terhadap mereka,” kata peguam Anwar, N Surendran kepada Keadilan Daily.
Seorang lagi peguam, Latheefa Koya pula berkata, Utusan membela diri mengatakan berita itu adalah sumber dari berita Filipina, Philippines Daily Inquirer, tetapi jelas media dari negara seberang itu tidak ada menyebut Anwar sebagai dalang pencerobohan.
Utusan tanya kenapa kita tak saman media Filipina dan Reuters (yang turut melaporkan berita itu), sebabnya kita dah tengok dua-dua artikel dari media itu, tidak menyebut Anwar sebagai dalang pencerobohan. Utusan yang ‘spin’ sebab itu kita saman dia,” katanya.
“Kita beri mereka tempoh 24 jam dalam notis itu untuk beri jawapan, jika tidak esok kami akan failkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,” jelas Latheefa.
Pada 21 Januari lalu, Anwar menang kes saman fitnah RM50 juta terhadapUtusan dan ketua pengarangnya berhubung artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC tahun lalu.

Berani kerana Benar Takut kerana salah
Hokage Kazakage Ranger Puteh

Rakyat bimbang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin akan ditangkap tidak lama lagi kerana Perdana Menteri Najib Razak dan parti pemerintahannya Umno menuduh beliau sebagai dalang pencerobohan di Lahad Datu


Rakyat bimbang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin akan ditangkap tidak lama lagi kerana Perdana Menteri Najib Razak dan parti pemerintahannya Umno menuduh beliau sebagai dalang pencerobohan di Lahad Datu.perkara paling buruk mungkin akan berlaku, berdasarkan maklumat yang diterima daripada sumber di peringkat tinggi serta jika dibaca daripada rentetan peristiwa yang "dirancang" mereka merasa ini bertujuan untuk mewujudkan perasaan benci terhadap pemimpin berusia 64 tahun itu.

Kebangkitan Anwar dijangka bakal membentuk dan menerajui kerajaan persekutuan pada masa akan datang, Adakah jika beliau 'ditahan', kemaraan Pembangkang boleh dipatahkan? mesej keseluruhan seolah-olah cuba mengaitkan Anwar Ibrahim sebagai dalang di sebalik kejadian di Lahad Datu.
orang ramai  perlu berwaspada jika terdapat sebarang cubaan untuk mengaitkan Anwar Ibrahim dengan apa yang berlaku di Sabah,ia perlu ditolak dengan serta-merta kerana ia tidak lebih daripada helah politik Umno.
 Dengan pilihan raya umum ke-13 yang bakal menjelang, Najib yang berusia 59 tahun terpaksa mengosongkan tempatnya.UMNO akan cuba menaikkan kemarahan rakyat terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat. Rentak mereka sama sahaja, anda boleh melihat di kaca TV setiap hari bagaimana kata-kata Anwar sering dimanipulasi, Taktik yang sama digunakan ke atas Tian Chua. Dia merupakan unsur Cina bagi UMNO yang gunakan untuk menaikkan kemarahan orang Melayu.

PKR mempunyai alasan untuk bimbang. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan Zahid Hamidi bahawa kerajaan akan memantau media Filipina untuk mendapatkan maklumat mengenai dalang di sebalik krisis Lahad Datu mencetuskan syak wasangka.
"Saya percaya media Filipina akan menyiarkan maklumat lanjut. Saya tidak mahu untuk mengaitkan mana-mana individu. Biarkan media Filipina yang mendedahkannya, "Bernama melaporkan Zahid sebagai berkata pada hari Selasa.

Jika Anwar ditahan dan didakwa atas dakwaan pengkhianatan, implikasi bagi pilihanraya Malaysia mungkin tidak akan menjadi seperti apa yang Najib harapkan.
Ia hanya boleh meyakinkan pengundi Melayu luar bandar untuk menyebelahi Umno, namun bakal mencetuskan gelombang besar undi protes kepada pembangkang. Pilihan raya 2008 adalah bukti yang terbaik, mendedahkan pengundi Malaysia berjiwa bebas , yang mempunyai pemikiran mereka sendiri.
Najib perlu ingat taktik ekstrim telah gagal mengembalikan keyakinan rakyat terhadapnya, menghalang Anwar daripada terus berada di dunia politik selalunya hanya akan memakan diri mereka sendiri.Antara konspirasi yang didakwa dirancang Najib untuk menggagalkan pembangkang termasuk pusingan kedua tuduhan liwat yang direka terhadap Anwar pada tahun 2008, mengadakan rampasan kuasa terhadap kerajaan negeri Perak yang dipimpin PR pada tahun 2009, serta skandal seks yang diketuai oleh Datuk T dan media BN pada tahun 2011.
Mahathir telah memecat dan memenjarakan Anwar pada tahun 1998 pada pusingan pertama tuduhan liwat palsu, Anwar juga telah memberi amaran bahawa anak-anak Mahathir, yang disenaraikan dalam indeks Forbes sebagai antara yang terkaya di dunia, akan dipaksa untuk membayar balik kesemua wang yang telah dirompak dari negara setelah beberapa tahun.Jom kita pantau dan bongkar angkara umno selama 54 tahun pemerintahan mereka.
cuba korang tengok anak2 & bini DSAI.. menjaga aurat & agamanya. dan bandingkan dengan ANAK & BINI PI EM. Dari situ kita dah blh buat kesimpulan yang tuduhan tu betul atau fitnah. Zuriat yang soleh & solehah adalah dari Ibubapa yang baik. Allah s.wt pun dah janji yang Lelaki yang baik hanya utk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya.

Friday, March 15, 2013

Bongkar saman Tuntutan Bantuan Pra Sekolah Di Selangor

Hari ini akhbar Utusan melaporkan seramai1,888 ibu bapa memfailkan saman kepada kerajaan negeri Selangor..
saman itu dibuat konon-kononnya kerajaan negeri gagal memberikan bantuan prasekolah anak-anak kepada seramai 1,888 ibu bapa yang telah dipergunakan UMNO itu..



Mereka mendakwa kerajaan negeri mungkiri janji apabila anak-anak mereka tidak dapat bantuan sebanyak RM50 sebulan itu sepertimana yang terkandung di dalam manifesto pilihanraya 2008.

Namun..
apa yang tidak mereka ketahui adalah..
1) Bantuan RM50 ini merupakan bantuan dari kerajaan negeri untuk kanak-kanak yang layak dan kelayakan bergantung kepada pendapatan isi rumah dibawah RM1,5000 (namun kini sedang dipertimbangkan untuk melonggarkan syarat kelayakan kepada pendapatan isi rumah sebanyak RM2,500).

2) Bantuan RM50 ini hanya diberikan kepada terus kepada tadika sebagai menampung yuran bulanan kanak-kanak yang dihantar ke tadika terbabit danbukannya dalam bentuk pemberian wang tunai kepada ibu bapa kanak-kanak yang terbabit.

3) Bantuan ini juga hanya diberikan kepada setiap tadika yang berdaftar dengan Tunas,mana-mana pengusaha tadika yang enggan mendaftarkan tadika mereka dengan Tunas, bantuan tidak dapat disalurkan kerana maklumat tadika dan kanak-kanak tidak boleh didapati secara tepat sekiranya tidak berdaftar.

Melalui maklumat yang diterima,pengusaha tadika yang pro kerajaanterutamanya tadika Kemas, mereka enggan mendaftarkan tadika mereka dengan Tunas menyebabkan Tunas tidak dapat menyalurkan bantuan kepada tadika kemas..

Menurut pegawai Tunas yang dihubungi,sebenarnya ada juga segelintir pengusaha tadika Kemas yang berminat untuk mendaftar dengan Tunas,namun akhirnya mereka dilarang untuk berbuat demikian oleh pihak-pihak tertentu.. (kemungkinan Kemas Pusat)

Sebenarnya Sehingga 26 hb Disember 2012, terdapat 1,903 orang kanak-kanak dan 217 buah tadika telah berjaya didaftarkan dan pendafatran ini terus diproses dari masa ke semasa.. 

Berikut adalah statistik tadika yang telah berdaftar dengan Tunas.


Dan berikut pula merupakan status pendaftaran anak-anak di bawah Tunas.

Mengikut pegawai tunas,pendaftaran yang gagal itu adalah kerana pendapatan ibu bapa melampaui syarat kelayakan bantuan Tunas..
kalau dah pendapatan isi rumah RM10,000 sebulan memang tak dapat ler..
bantuan ini mensasarkan kepada golongan berpendaptan rendah..

Dan ini pula adalah data pembayaran Tunas mengikut daerah..
Kerajaan negeri minta daftar mereka enggan..
bila bantuan tidak dapat disalurkan,mereka buat kecoh,masuk Utusan.. masuk TV3.. masuk RTM dan failkan saman..
ssemuanya hanya disebabkan kepentingan politik BN.. 

Ini juga bukanlah kali pertama UMNO memperbodoh-bodohkan rakyat Selangor..
tidak berapa lama dulu,UMNO menipu warga emas mengenai khairat kematian sebanyak RM2,500 yang akan diberikan kepada waris sekiranya warga emas itu meninggal..
kalau belum meninggal macam mana nak dapat..?
baca sini  [WARGA EMAS DIPERBODOHKAN]. 

Ada juga yang boleh diperbodoh-bodohkan oleh UMNO di zaman maklumat di hujung jari ini.. 


Sila layari website Tunas untuk maklumat lanjut http://e-tunas.org/

Kreadit to Lianglahat
HokageKazakageRangerPuteh