Kecoh
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini, segerombolan manusia
menggegar-gegar pagar besi bangunan itu, meraung-raung mahu masuk ke
dalam. Sebelum itu, gerombolan ini sudah bikin demonstrasi di luar
Dewan, di jalanraya – aktiviti yang mereka sendiri selalunya tidak suka
kalau dibuat penyokong Pakatan.
Mereka susun beberapa biji telur di tepi pagar Dewan. Pada
telur-telur itu tertulis kata-kata yang tidak elok untuk dituliskan di
sini, ditujukan kepada ADUN DAP Sri Delima saudara R. S. N. Rayer.
Gerombolan ini kononnya marah dengan Rayer kerana kononnya si Rayer sudah berkata ‘UMNO celaka’.
Walaupun dihalang, gerombolan ini tidak menyerah kalah.
Mereka gegar pagar besi itu sehingga hampir tertanggal, dan menyelitlah
beberapa orang dari kalangan gerombolan itu masuk ke perkarangan DUN
Pulau Pinang. Melanggar beberapa pegawai polis dan anggota keselamatan
yang terus cuba menghalang mereka.
Nak masuk Dewan ini bukan senang. Mesti pakai kemas,
tinggalkan kad pengenalan di kaunter pengawal, dan hanya boleh berada di
tempat-tempat tertentu sahaja. Tak boleh masuk ke kawasan yang
dikhaskan untuk ADUN, petugas media.
Kalau masuk juga, pastilah dihalau pegawai keselamatan.
Namun gerombolan ini nampaknya ada ilmu kebal. Kalau bukan
kebal, barangkali orang melihat gerombolan ini seperti orang gila. Ya
lah, orang gila boleh buat apa sahaja, pergi ke mana sahaja. Tidak ada
yang menghalang.
Maka gerombolan ini seperti buat lawatan sambil belajar,
masuk menonong sampai ke ruang pejabat dan menerjah ke dalam Dewan yang
mulia itu sendiri, terpekik-pekik mencari Rayer. Terguris kononnya hati
mereka kerana Rayer menyebut ‘UMNO celaka’. Tidak tertahan-tahan lagi
rasa marah mereka itu.
Barangkali mereka lupa, rakyat menghamburkan kata makian
terhadap UMNO saban hari, hampir sahaja setiap masa; dan tidak terhad
kepada “UMNO celaka.” Setiap kali mengisi minyak, membayar cukai,
membayar bil elektrik, membeli keperluan harian, rakyat seluruh Malaysia
semuanya maki UMNO.
Dalam keadaan pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gelugor
semakin hampir ke hujungnya, semakin galaklah puak-puak ini cuba
menimbulkan kekecohan; menakut-nakutkan orang ramai supaya tidak mahu
keluar mengundi. Taktik ini sudah dibuat di Kajang. Kita tahu taktik
ini, jangan buat berulang kali.
Tidak cukup semalam calon bebas yang disokong gerombolan
berguling-guling bawah kereta Ketua Menteri macam filem Hindustan, hari
ini pula buat stunt baru untuk tarik perhatian.
Kalau tak mahu dimaki ‘celaka’, bubar sajalah UMNO. – Roketkini.com
Dengan Nama Allah SWT
ReplyDeleteHati mana yang merapu beb??? Dah lah Projek tak dapat bila Pakatan Rakyat @ DAP mentakbir negeri Pulau Pinang . Tiba tiba PM Najib kata BN tak akan bertanding di Bukit Gelugor . Mana nak cekau fulus ??? Kanan tak dapat , kiri pun tak dapat ...tak aniaya namanya.