اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, March 31, 2014

MH370 : Bagaimana PM buat kesimpulan MH370 ‘berakhir’ di Laut Hindi?

 

(Oleh: Lyn Nasir)
KUALA LUMPUR 31 MAC:  KEADILAN mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang secara mudah membuat kesimpulan berhubung kehilangan pesawat MH370 dengan mendakwa pesawat tersebut ‘berakhir di Lautan Hindi’.
n_surendranAhli Parlimen Padang Serai, N Surendran berkata, Najib membuat kesimpulan hanya berdasarkan analisis data satelit Inmarsat tanpa sebarang bukti kukuh.
“Hanya semudah itu Najib membuat kesimpulan, jelas kerajaan tak bersifat telus dalam mengendalikan MH370. Maklumat lengkap tidak sampai kepada keluarga, mereka mahu tahu sebab dan apa alasan mengatakan pesawat tersebut berakhir di sana.
“Kerajaan seolah-olah sembunyikan sesuatu, ini tindakan tidak wajar,” jelasnya yang turut mengatakan kegagalan tersebut sebagai punca kerajaan dipersalahkan masyarakat antarabangsa.

Keluarga, Sahabat Kapten Zaharie Kecam Laporan Fitnah Daily Mail

 


Akhbar Daily Mail diselar oleh ahli keluarga dan sahabat Kapten Zaharie Ahmad Shah malam tadi berhubung laporan akhbar tabloid Britain itu juruterbang MH370 mengalami gangguan fikiran beberapa minggu sebelum pesawat hilang pada 8 Mac.

Juruterbang Malaysia Airlines itu disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia selepas pesawat membawa 239 penumpang hilang tetapi Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) mendapati Kapten Zaharie tidak boleh dikaitkan dengan kehilangan pesawat itu selepas tidak menemui apa-apa yang pelik terhadap simulator penerbangan Boeing 777 miliknya.

Kertas Siasatan Tragedi Memali Akan Di Buka Semula?

 


Mangsa peristiwa berdarah Memali 1985, Ibrahim Libya (kiri) bergambar bersama beberapa rakannya. Gambar fail milik keluarga Ibrahim Libya
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim menggesa kerajaan membuka semula penyiasatan kes pembunuhan beramai-ramai di kampung Memali, Baling, Kedah pada 1985 yang meragut 18 nyawa termasuk empat anggota polis sebelum ia dijadikan isu perkauman.

Saintis Dunia Ramal Pencarian MH370 Temui Kegagalan.. Ini Penjelasannya

Ini lagi satu kenyataan tukang sorak upahan.....


Saintis David Mearns meramalkan misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal yang hilang sejak 8 Mac akan menemui kegagalan, berdasarkan kepada petunjuk sedia ada.

"Saya terpaksa bersikap pesimistik dengan menyatakan misi pencarian MH370 berdepan kesukaran untuk menemukan rangka pesawat itu di dasar laut di selatan Lautan Hindi berdasarkan petunjuk yang ada," katanya dipetik daripada temuramahnya dengan China Central Television, Sabtu lalu.

Pengasas PKR Irene Fernandez meninggal dunia

 

 


Aktivis hak asasi Irene Fernandez meninggal dunia hari ini meninggal dunia hari ini selepas menjalani rawatan akibat komplikasi jantung.

[KENYATAAN MEDIA] Undang2 Benarkan Dato’ Seri Anwar Menjawat Jawatan Presiden PKR



KENYATAAN MEDIA
31 MAC 2014

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG BENARKAN DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM MENJAWAT JAWATAN PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT

Penantian rakyat khususnya anggota Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) selama lebih 15 tahun akan berakhir selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim mencalonkan diri untuk bertanding jawatan Presiden KEADILAN dalam Pemilihan KEADILAN 2014. Wibawa dan ketokohan beliau diyakini mampu menerajui KEADILAN sebagai sebuah parti masa depan.

Tanya Rais Yatim: Apakah merogol pembantu rumah itu dianggap sebagai "sayang"



Aduhai Pak Rais, kalau nak kata orang "sayang" pun biarlah bertempat !! Bantuan antarabangsa dalam misi pencarian MH370, bukan soal sayang, tetapi atas dasar keperihatinan dan semangat kepertanggungjawaban antarabangsa di atas malapetaka yang menimpa rakyat dan negara justeru kelentongan kerajaan Barisan Nasional !!
 

Tak taulah kalau merogol pembantu rumah itu dianggap sebagai "sayang", untuk menghilangkan 'dahaga' !
Bantu cari MH370 bukti dunia sayang Malaysia - Rais