اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, March 31, 2014

[KENYATAAN MEDIA] Undang2 Benarkan Dato’ Seri Anwar Menjawat Jawatan Presiden PKR



KENYATAAN MEDIA
31 MAC 2014

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG BENARKAN DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM MENJAWAT JAWATAN PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT

Penantian rakyat khususnya anggota Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) selama lebih 15 tahun akan berakhir selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim mencalonkan diri untuk bertanding jawatan Presiden KEADILAN dalam Pemilihan KEADILAN 2014. Wibawa dan ketokohan beliau diyakini mampu menerajui KEADILAN sebagai sebuah parti masa depan.

Spekulasi bahawa Dato’ Seri Anwar berdepan dengan risiko pembatalan oleh Pendaftaran Pertubuhan ekoran sabitannya dalam kes Fitnah 2 adalah tidak tepat. Biarpun telah disabitkan dengan kesalahan dan keputusan ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim masih dibenarkan untuk menduduki jawatan Presiden KEADILAN selaras dengan Seksyen 9A(4) Akta Pertubuhan 1966 yang membolehkan beliau dikecualikan daripada pengguguran kelayakan tersebut (exempted from the application of such disqualification).

Malah tidak ada alasan dan sebab munasabah untuk Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak atau menghalang Dato’ Seri Anwar daripada menggunakan peruntukan undang-undang ini bagi menerajui KEADILAN selaku Presiden.

Justeru, ucapan syabas dan tahniah buat Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang bakal dinobatkan sebagai Presiden KEADILAN dalam Pemilihan KEADILAN 2014 ini. Rakyat dan anggota KEADILAN khususnya yakin dan percaya bahawa kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan memperkukuh KEADILAN dan menguatkan muafakat dalam Pakatan Rakyat serta menyemarakkan lagi perjuangan reformasi demi masa depan Malaysia.

 
RADZLAN JALALUDIN
Calon Naib Ketua
Angkatan Muda KEADILAN Malaysia
 Merangkap peguam kepada YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim


No comments:

Post a Comment