اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, January 23, 2013

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434



Kami team Radio Suara Rakyat FM mengucapkan Selamat menyambut Maulidur Rasul Maulidur Rasul 1434 / 2013 dan ribuan terima kasih kepada semua pendengar Suara Rakyat FM,YB dan semua pimpinan Pakatan Rakyat yang meyokong,membantu serta memberi kerjasama yang terbaik kepada pihak kami. Terima Kasih

dari kanan Bomosiam, Abg Arip, K Rider, Bravo08, Amran69, Zulbuck, Brokermaut, Hokage Kazakage Ranger Puteh dan RajaBomo(duduk)

Hokage Kazakage Ranger Puteh

ERTI keadilan pemerintahan Barisan Nasional


Inilah ERTI keadilan dalam pemerintahan Barisan Nasional


Bagi BN, segala yang mereka buat di bolehkan walau memasang bendera dan banner tanpa permit, menghalang lalulintas, mendapatkan keistimewaan daripada pihak polis, Majlis, PJP dan segala kerjasama dari jabatan kerajaan tanpa perasaan serba salah.


 walaupon merata bendera dan banner di pasang di tepi tepi jalan selama 2 ` 3 hari di kawasan duyong, melaka, pihak Majlis pembandaran tidak berbuat apa apa.. malah memberi kerjasama yang cukup baik.
Undang undang Double Standart ini cukup meloyakan ...



Bila kita lihat semula apa yang berlaku beberapa bulan yang lepas di kawasan Ayer keroh melaka, sewaktu kedatangan  Dato Seri Anuar Ibrahim 

 Walaupon di lokasi berkenaan hanya mempunyai 8 bendera KeAdilan pihak Majlis pembandaran telah cuba mencabut dan menghalang ceramah Jelajah Merdeka di teruskan, walaupon lokasi tapak berkenaan tidak kena mengena dengan tanah MPHTJ.
 Pihak majlis juga mencuba pelbagai cara untuk menghentikan program jelajah merdeka ini dengan seribu macam alasan,

Oleh itu Kita sebagai rakyat Malaysia harus berubah untuk keadilan demi anak cucu kita pada masa depan yang lebih baik.



Hokage Kazakage Ranger Puteh

Saturday, January 19, 2013

BUNGA DAN RAMA RAMA...


Allahmdulillah, dari soal politik kita berbalik kepada yang Maha Pencipta, Islam dan Politik tidak boleh di pisahkan.. Cerita ini diceritakan oleh seorang cikgu pada tahun 2009 sewaktu dalam Akademi JPJ Kota Bharu, Cerita memang amat menarik.. oleh itu saya ingin kongsikan dengan pembaca di Blog ni..
Seorang lelaki berdoa kepada ALLAH SWT
agar diberikan bunga dan rama-rama..

                        Namun ALLAH SWT memberikannya KAKTUS..
                                   

                                dan...ULAT..


Lelaki ini sedih..Tidak faham mengapa pemberian-NYA
berbeza dari permintaannya..

Kemudian...


dia berfikir..ALLAH SWT mempunyai terlalu
ramai umat untuk diuruskan..

dan dia memutuskan untuk tidak
mempersoalkannya...

Selepas 1 tempoh, lelaki ini memikirkan semula
permohonan doanya yang telah
lama dilupakannya...

Lelaki ini amat terperanjat apabila
melihat dari pokok KAKTUS YANG HODOH
dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik!

DAN...

dari ULAT yang terselindung
telah bertukar menjadi rama-rama
yang cantik!

ALLAH SWT SENTIASA MELAKUKAN SEMUA PERKARA DENGAN BETUL!

CARA ALLAH SWT SENTIASANYA CARA TERBAIK.
WALAUPUN KELIHATAN SEMUANYA SALAH.

Jika anda memohon untuk sesuatu dan menerima yang lain dari ALLAH SWT, PERCAYALAH! pastinya ALLAH SWT sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai..Apa yang anda pinta tidak semestinya apa yang diperlukan...ALLAH SWT tidak akan pernah gagal memenuhi permintaan, teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh...


                                   DURI HARI INI...

                                  ADALAH BUNGA HARI ESOK!


ALLAH SWT mengurniakan pilihan terbaik
kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepada-NYA..

Hokage Kazakage Ranger Puteh

Friday, January 11, 2013


Mendengar Suara Rakyat FM dan Bagaimana menyelesaikan Masalah siaran Radio yang disekat di tempat anda?

Radio Internet Suara Rakyat FM Untuk Hiburan Alternatif Anda. Sambil Berbicara 
Isu2 Rakyat & Isu Semasa Sekarang !! , Jgn lupa LIKE pages 
https://www.facebook.com/radiosuararakyatFM dan anda juga boleh 
mendengar di tel Android/ Ipone/BlackBerry 
anda hanya perlu menDownload TuneIn secara 
detailnya akan di ajar di bawah.

Untuk mendengar Di Komputer anda  melalui Player VLC/ WinAmp / 
Screamer Radio sila download Shourcut Radio di http://station.voscast.com/50d5a07bcb35a/
Juga boleh terus mendengar secara langsung di  , 
al-insan-snr1431.blogspot
nurshuana.blogspot., http://tunein.com/radio/suara-rakyat-fm-s188257/ 
atau di banyak lagi di blog yang lain 


Jika Siaran Radio anda Di BLOK/disekat sila download 
perisian  Ultrasurf di LINK http://ultrasurf.us/download/u.zip 
anda hanya perlu extarct/keluarkan sofwarenya dan install, 
selepas itu baru di refresh kembali.

bagaimana nak dengar Suara Rakyat FM di tel anda? 

Pertama sekali anda perlu ada tel yang 
mengunakan perisian Android/ Mac(Apple), 
Balckberry dan mempunyai sambungan Internet.

1 . Masuk ke Market di telifon anda kini
 dikenali sebagai Play Store

a  : ATAU melalui COMPUTER ANDA di link ini
https://play.google.com/store/apps/details?id=tunein.player&feature=search_result#?t=W251bGwsMSwxLDEsInR1bmVpbi5wbGF5ZXIiXQ.. 
( sebelum tue anda kena Sign In dulu tau...
 nanti bila anda on kan internet/Wifi di tel anda, secara Automatik, 
Tel Anda akan mendownload application tune In Radio ke HP anda.




b  : ini link untuk Blacberry http://tunein.com/bb/

c  : dan ini link untuk penguna APPLE
 https://itunes.apple.com/my/app/tunein-radio/id418987775?mt=8

d  : dan ini untuk  Sony Ericsson
 http://www.freeware4android.net/
sony-ericsson-xperia-x10-x10i-se-rachael-device-1315/tunein-radio-get-16170.html 
ATAU http://www.freewaresymbian.net/get-software-6405.html

2- Clik Download dan Install

3- Buka TuneIn yang dah anda Install tadi...

4- Cari di sebelah kanan atas lambang Kanta atau Search

5- Taip SuaraRakyat FM

6- Kilk carian Radio yang dah di temui(suara rakyat fm) 
dan ada dah berjaya mendegar suara rakyat fm

dan tetapkan kepada Favorites supaya mudah anda mendengar nanti

Wednesday, January 9, 2013

Keteguhan Dalam Perjuangan




Ustaz Umar Tilmisani rahimahullah berkata:
“Apabila melakukan teguran, Imam syahid Al-Banna menuturkan kata-kata teguran yang lemah lembut dengan suara yang halus dan tidak dengan nada yang tinggi. Beliau akan menegur kesalahan dan menyatakan kesalahan tanpa menyakiti atau mengguris hati ikhwah.”
“Di saat senang, beliau memanggilku dengan namaku sahaja… Wahai Umar.”
“Namun, apabila ada sesuatu yang menyimpang dan harus diperbetul dan diluruskan, maka beliau akan memanggilku dengan panggilan… Wahai Ustaz Umar.”
“Apabila terdengar sahaja panggilan itu, maka saya akan segera menyedari bahawa ada hal yang tidak menyenangkan atau ada perkara yang perlu saya perbetulkan. Maka saya akan segera berkata, Apa yang terjadi?”
Beliau membalas pertanyaan dengan simpulan dan kuntuman senyum yang indah mekar di bibir. Sehingga apabila melihat wajahnya, maka sesiapa yang sedang marah, maka perasaan geramnya pasti akan reda dan hilang. Lalu, beliau akan menyampaikan isi tegurannya dengan bahasa yang lembut yang menyentuh hati dan juga menyenangkan jiwa yang mendengar.”
Mereka yang memiliki keteguhan hati tidak akan mudah putus asa, tindakan nya selalu tenang, tanpa terburu-buru ataupun bimbang karena mereka sadar bahwa KEJAYAAN adalah masalah waktu saja. Perjalananan hidup itu selalu ada cubaan, karena itu jalanilah hidup dengan keteguhan hati dan kesabaran.

• Didunia ini tidak seorangpun unggul dalam segala bidang, setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. Oleh karena itu dalam menjalani kehidupan ini manusia harus bekerjasama secara harmonis untuk saling melengkapi, saling tolong menolong, saling memancarkan kasih sayang dan menjauhi keserakahan, saling membenci dan rasa dendam.

• Apabila kita tetap konsisten pada satu tekad yang baik dan mentaati hukum alam, tidak ada yang perlu dikhawatirkan dalam dalam hidup ini, Rezeki dan keberuntungan akan datang bila saatnya telah tiba,tanpa harus di minta minta.

• Manusia memang ditakdirkan untuk tunduk pada situasi waktu dan ruang, sehingga kebaikan dan keberhasilan yang kita harapkan akan datang apabila saatnya telah tiba. Jadi bersabarlah apabila saatnya telah tiba. Jadi bersabarlah apabila mengharapkan suatu kebaikan. Tidak perlu mencari dengan jalan pintas yang menghalalkan cara yang kotor. Segala sesuatu yang diperoleh secara tidak wajar, apalagi telah sangat merugikan orang banyak, pasti akan mendatangkan malapetaka bagi orang itu di kemudian hari.

• Ketahuilah orang yang suka berkeluh kesah justru tidak akan mendapatkan simpati, tetapi cemohan dan sindiran. Lebih baik kita diam tetapi melakukan sekulasi, sambil tetap tekun dan sabar menanti saat munculnya momentum untuk bertindak menuju perbaikan secara menyeluruh.

• “Berdiam diri adalah emas”, jadi kalau orang mencaci maki atau menfitnah kita, dan kita mampu “berdiam diri” maka yang sakit perasannya adalah orang itu, bukan diri kita. Menghadapi orang yang sedang marah sebaiknya kita bersikap mengalah, karena dengan mengalah dan rendah hati itu tidak berarti kita akan kalah, bahkan justru lebih berkemungkinan untuk menang.

• Pemimpin yang arif dan bijak tidak pernah bereaksi terlebih dahulu sebelum dia mengetahui secara pasti apa yang sebenarnya terjadi. Sedangkan pemimpin yang bodoh atau murahan selalu cepat-cepat bereaksi dengan mengeluarkan pendapat, “biasanya tegas tapi mengarut” asal beraksi dulu. Itulah yang membuat keadaan menjadi kacau dan tegang.

• Pandanglah hidup didunia ini dari sudut yang cerah, maka kehidupan akan benar-benar cerah. Pandanglah dari sudut toleransi dan kebersamaan , maka segala sesuatu akan nyaman penuh kedamaian dan kesejukan . Banyak orang gemar menciptakan neraka didalam kehidupan dimuka bumi ini, umumnya dengan dalil agama yang direkayasa untuk “kepentingan pribadi atau golongan kroni sendiri”

•  Ingatlah setiap perbuatan dan tindakkan kita ada balasannya.

Hokage Kazakage Ranger Puteh


Sunday, December 23, 2012

Suara Rakyat FM

Dengarkan Radio Suara Rakyat FM sebuah radio yang mengulas isu² semasa, Politik, agama dan sebagainya .. Insyallah ini akan menjadi sebuah Platform bagi menyuarakan segala pendapat dariseorg rakyat kepada pemimpinnya dan menjadikan sebuah kerajaan yang terbaik dan cemerlang di masa hadapan. bersama DJ Hokage Kazakage Ranger Puteh@Dj snr1431 , DJ Raja Bomo, DJ Nur Shuana dan ramai lagi Dj akan akan muncul bersama pendengar di Suara Rakyat FM.

Download and PLAY For PC: http://s9.voscast.com:7670/listen.pls
Quick Listen Link for Mobile Phone : http://station.voscast.com/50d5a07bcb35a/
dan suara rakyat fm juga akan terdaftar di application TuneIN untuk android,apple,blacbery dan sebagainya.