اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, February 13, 2013

Hanya Rosmah Mansor, HEROIN KITA! Akhirnya!


MAAF TULISAN KALI INI AGAK GANAZ,SESUAI UNTUK WANITA YANG BERJIWA GANAZ.

selepas Datuk Seri Najib Tun Razak menggantikan Badawi, harapan ahli UMNO untuk memulakan lembaran baru bagaikan jatuh ditimpa tangga. Bukan sahaja Najib dibelenggu skandal, dia juga memikul isterinya, yang terbukti telah mengeruhkan lagi keadaan.

Pada usia 61, Wanita Pertama Malaysia ini sering menjadi ejekan yang berbisa. Nama jolokan FLOM.Ya tiada siapa yang berani menganggap Rosmah bodoh walaupun dia gemar menunjuk-nunjuk, berbelanja di gedung-gedung mewah. Dia merupakan autoriti di sebalik takhta Najib dan pembuat keputusan dalam APA situasiPUN.

Di mata rakyat, dosa pertama Rosmah adalah terlalu banggakan dirinya. Ya, dia telah menjadi begitu angkuh. Mungkin, dikaburi oleh kuasa yang diperolehinya melalui kedudukan suaminya, Rosmah telah menjadi sombong. Dia tidak memahami rakyat dan mereka tidak akan memaafkan dirinya kerana keangkuhannya itu.
Najib juga disifatkan 'tidak sesuai sebagai PM' dan ini sedang berlaku. Semakin ramai dalam parti UMNO mahu dia mengundur diri dan khabar angin bertiup kencang SEKALI.

Pada masa ini,UMNO berpecah dan mereka mesti meneruskan dengan rancangan sandaran mereka. Dengan tenggelamnya kapal lanun UMNO secara perlahan-lahan, sudah pasti, Rosmah akan dicampak ke dalam laut untuk mengurangkan beban. UMNO, malah Najib sendiri, boleh menuding jari mereka pada Rosmah. Dia dan cincin berlian AS $ 24 juta yakni ‘cincin berapi’nya akan menjadi kambing hitam mega seterusnya dalam UMNO selepas Badawi.

Tetapi Rosmah bukan 'ayam kampung' atau Bimbo (wanita bodoh), sikapnya akan memastikan dia tidak akan menerima kekalahan tanpa sebarang pertarungan ganas. Dan ini adalah berbahaya bagi UMNO dan juga Najib.

Perlu di ingat dengan bertarung dan memperjudikan segalanya termasuk mendedahkan Najib suaminya sendiri - Rosmah juga mungkin akan menjadi entiti
yang akan memusnahkan UMNO untuk rakyat. Apabila ini berlaku, Rosmah akan melakukan satu pencapaian yang besar kepada rakyat dan Negara. Ini akan menjadi penebusan dosa bagi semua perbuatan yang dilakukannya selama ini.

Bagi rakyat Malaysia, mungkin Rosmah akhirnya diiktiraf sebagai penyelamat mereka- penghormatan dan kekaguman yang sudah lama didambakan olehnya. Akhirnya, tiada lagi Rosmah malang yang jahat atau si boros ‘Bik Mama'. Hanya Rosmah Mansor, HEROIN KITA! Akhirnya!

fikir dan renungkan demi generasi sekarang dan akan datang


http://www.facebook.com/nurshuana/posts/505721192802653

...Nur Shuana...

Isu PSY di Pulau Pinang



Penyanyi sensasi berasal dari Korea Selatan yang nama sebenar Park Jae-Sang membuat persembahan pada 11 Februari 2013 bersempena sambutan Chinese New Year (Tahun Baru Cina) di Padang Sekolah Han Chiang iaitu lokasi yang menjadi simbolik kepada kemenangan DAP pada Pilihan Raya 2008 lalu

Psy dilaporkan oleh laman hiburan tempatan telah meminta penganjur konsert dari Malaysia tersebut sejumlah US$750,000 (RM2.3 juta) sekiranya mahu beliau tampil di Kuala Lumpur pada tahun lalu


Meskipun kehadirannya ke Pulau Pinang mendapat bantahan dari ribuan peminatnya, Superstar Korea Selatan, Psy akhirnya hadir juga untuk menjayakan program sambutan Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah tiba ke Pulau Pinang sejak dari semalam lagi bagi menumpang populariti superstar tersebut.

Mengambil kesempatan dari jumlah hadirin yang melebihi 50,000 orang dalam program tersebut Najib telah memberikan ucapan sebelum Psy memulakan persembahan.

Malangnya sambutan yang diterimanya hambar sekali kerana kebanyakkan yang hadir itu bukannya mahu melihat dan mendengar apa yang Najib mahu sampaikan.. tetapi mereka mahu melihat persembahan Psy..

Mengakhiri ucapannya Najib sekali lagi menjanjikan masa depan yang lebih cerah buat Pulau Pinang jika Barisan Nasional kembali berkuasa...

Apabila Najib melaungkan.. "Are you ready for Psy??"
Jawab yang hadir.."READY!!!"
Najib ulang sekali lagi... "Are you ready for Psy??"
Sekali lagi jawapannya dari yang hadir.."READY!!!"
Tapi bila Najib laung " ARE YOU READY FOR BN??..
Malang sungguh buat Najib bila hadirin menyahutnya dengan "NOOOOOOOOOOOO!!!!!"

Ketua Menteri Pulau Pinang yang sebelum ini dilaporkan akan turut hadir dalam majlis Barisan Nasional ini telah membatalkan kehadirannya itu.

Namun begitu ianya bukanlah sebagai tanda boikot atau protes tetapi beliau ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas bagi menyambut ketibaan DYMM Raja Permaisuri Agong.

Apa yang membuktikan bahawa bukan semua yang hadir dalam majlis anjuran Barisan Nasional itu menyokong Barisan Nasional ialah kehadiran ramai penyokong Pakatan Rakyat yang berbangsa Cina ke majlis tersebut.

Mereka dengan bangganya memakai baju 'T' Bersih dan juga baju 'T' Save Lynas.. yang menyebabkan blogger-blogger UMNO mengelupur bagai cacing kepanasan kerana propaganda yang mereka bakal mainkan kononnya rakyat Pulau Pinang telah kembali menyokong Barisan Nasional disukarkan mereka ini..


 Mega Ultimate, syarikat yang dikatakan membayar persembahan bintang pop Korea, Psy di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang terus membisu mengenai maklumat penajaannya.

Jurutera sistemnya, Anthony Chow Chee Ming (kanan) hanya
bersetuju untuk ditemubual mengenai "masalah teknikal" melibatkan persembahan yang dijadualkan Isnin ini, 11 Februari Isnin, di Kolej Han Chiang.

Wartawan menekannya untuk mendapatkan maklumat mengenai penajaan dan perbelanjaan tetapi Chow hanya berkata: "Tiada komen, saya hanya akan bercakap tentang perkara-perkara teknikal".

Menurut Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi, Psy atau Park Jae-Sang, telah ditawarkan 'harga tetap' sebanyak AS$500,000 (atau RM1.5 juta) untuk mempersembahkan lagu hitnya 'Oppa Gangnam Style' di majlis tersebut.

BN, bagaimanapun, menegaskan ia tidak membiayainya, sambil menambah bahawa "kita tidak membayar satu sen pun" untuk persembahan bintang sensasi dunia itu.

Keputusan BN untuk menjemput Psy untuk menarik orang ramai menghadiri majlisnya itu mendapat reaksi bercampur-campur dengan ramai menghantar mesej ke halaman peminat Facebook beliau, mendesaknya supaya jangan datang.

Hokage Kazakage Ranger Puteh

TAMPARAN KPD BN DARI PSY: Bintang Korea tak mahu gaul 'yee-sang' bersama Najib, BN

PENANG - Bintang antarabangsa Korea, Psy telah memberi tamparan hebat kepada Parti pemerintah apabila dia enggan naik ke pentas untuk bersama-sama perdana menteri bermasalah beserta ahli-ahli tertinggi BN ketika upacara tradidi menggaul 'yee-sang' dalam konsert meraikan Tahun Baru Cina.
Oppa Gangnam-style, Psy telah memberikan persembahan seperti yang dijanjikan bernilai RM 2 juta itu. Orang ramai turut menyanyi dan menari bersama-sama artis itu dan para penarinya yang begitu menarik dan bergaya.
Selama 4 minit, ribuan rakyat Pulau Pinang yang datang ke padang sekolah Han Chiang bagaikan terpukau. Mereka menuntut apa yang mereka mahu dan Psy telah memberikannya. Lagi Gangnam!

Oppa cara BN: Tiada politik bagi Psy!
Tetapi, sedihnya bagi BN, Psy telah berjaya mengelakkan dirinya dari dipergunakan untuk mempromosikan politik jenama 1Malaysia Najib. Pemimpin Malaysia itu telah mengumumkan kepada khalayak penonton bahawa Psy ada kejutan bagi mereka- Oppa BN style.
Tetapi, ianya tidak berlaku. Najib, isterinya Rosmah, anaknya Norashman, mantan PM, Abdullah Badawi, ketua parti Gerakan, Koh Tsu Koon, Teng Chang Yeow dan menteri pelancongan Ng Yen Yen merupakan antara mereka yang mendapat malu apabila Psy tidak naik ke pentas untuk menyertai upacara menggaul 'yee-sang' dan mempersembahkan Oppa BN style.
Setelah dimalukan, pasukan BN itu pun bersurai, kembali ke khemah VIP mereka. Hanya Norashman yang tinggal, menuju ke kawasan bawah pentas hanya beberapa kaki dari pentas dimana pasukan Malaysia Chronicle bakal menyaksikan persembahan memukau Psy.
Yee-sang merupakan salad ikan mentah yang digaul semasa Tahun Baru Cina untuk menggambarkan nasib baik dan kejayaan. Mandat 5 tahun BN akan berakhir pada 28 April 2013 dan Najib dijangka mengadakan pilihanraya umum yang ke 13 dalam beberapa minggu lagi.
Namun demikian, Telah dijangka BN akan kehilangan kuasa yang telah mereka pegang selama 55 tahun ke atas kerajaan persekutuan, dengan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim yang dikatakan mempunyai peluang yang amat cerah untuk mempelopori pertukaran rejim buat pertama kalinya di negara ini.
Untuk menyelamatkan diri dari dikeluarkan oleh partinya sendiri, Najib perlu meyakinkan mereka bahawa BN akan menang, dia perlu mendapatkan sokongan pengundi terutamanya orang Cina, yang telah jelik dan kecewa dengan rasuah dan skandal yang dilakukan oleh golongan elit BN.

Tidak bersedia untuk BN & Han Chiang bukan Han Yang
Walaupun telah membelanjakan jutaan ringgit untuk mejayakan konsert, Najib berkemungkinan besar telah menjadikan keadaan semakin teruk bagi dirinya dan juga BN apabila berkali-kali tersasul dalam ucapannya.
Respon kurang memberangsangkan dari orang ramai sudah tidak syak lagi apabila PM bertindak kurang bijak dengan bertanya kepada mereka sebanyak tiga kali - "sudah bersedia untuk BN". Perkataan 'tidak' lebih kedengaran. Namun, apabila Najib bertanya kepada mereka jika sudah bersedia untuk Psy, mereka berteriak 'Ya' dengan sepenuh perasaan.

Perkara yang lebih teruk berlaku selepas itu kepada Najib. Dalam ucapannya, dia telah menyebut Kolej Han Chiang beberapa kali sebagai 'Han Yang' menjadikan penonton mengeboonya beberapa kali. Implikasi bahawa dia sebenarnya tidak ikhlas sudah nyata sama sekali, dia sudah tidak mampu memenangi hati orang ramai lagi.
Walau dengan pengumuman bahawa BN akan membina 20,000 rumah mampu milik bagi rakyat di Pulau Pinang, ia hanya disambut dengan tepukan kurang memberangsangkan dari orang ramai dan jaminannya untuk "memberi yang terbaik kepada rakyat Pulau Pinang" telah dicemari dengan penonton menjerit " cepatlah habis" dan "kami mahu Psy".
Apabila Najib menyatakan semula janji yang telah dinyatakan oleh mantan pm Mahathir Mohamad bahawa kerajaan persekutuan akan mengadakan dana untuk membina monorail untuk Pulau Pinang, beberapa tepukan kedengaran termasuk beberapa sindiran "bina dululah".

Psy "bijak dan adil"
Dalam menunggu persembahan Psy, ramai di antara rakyat Malaysia yang telah merayu Psy dalam laman Facebooknya untuk menolak pelawaan BN yang ternyata adalah satu 'gimik politik' untuk menggambarkan bahawa Psy mengesyorkan agar rakyat mengundi BN.
"Tingkah laku Psy menunjukkan bahawa dia bersependapat dengan rakyat Malaysia. Mereka mahu menyaksikan persembahannya dan bukan melihat dia dipergunakan oleh Najib dan Gerakan untuk menunjukkan sokongan pada BN. Undi adalah suatu perkara yang serius dan bukannya sarkis perhubungan awam bagi Chang Yeow menunjukkan kemahiran menguruskan sesuatu untuk mengipas Najib dan keluarganya," kata Tan Kee Kwong, pemimpin senior pakatan Pembangkang dalam parti PKR kepada Malaysia Chronicle.
Saya lega kerana Psy begitu bijak dan adil. Tiada sebab kenapa dia perlu menyokong BN. Ini bukan sesuatu yang baik untuk politik mahupun reformasi. Mereka cuba mempergunakannya, jadi kenapa dia perlu menyokong ahli politik yang tidak ikhlas.

Norashman ditonjolkan, Badawi ditolak ke tepi
Sebenarnya, para pemimpin Gerakan termasuk penasihat-penasihat Najib telah cuba menggunakan konsert itu untuk menaikkan populariti Najib yang semakin menurun. Najib mempunyai sokongan yang paling sedikit berbanding semua perdana menteri yang pernah melalui pilihanraya umum dengan skor hanya sebanyak 63%
Sehari yang lalu, Najib telah memberitahu pemberita bahawa dia ingin melakukan sesuatu yang baru pada tahun ini. Strategi terbarunya dengan memakai baju Cina merah hati dalam poster yang digantung di seluruh negara menaikkan perasaan tidak puas hati dalam puak konservatif parti Umnonya.
Gambar Najib seorang diri dan dia juga membawa anaknya Norashman ke majlis Tahun Baru Cina membuatkan orang bercakap. Ada yang percaya bahawa dia telah dinasihatkan kurang menonjolkan isterinya yang telah banyak dicemari skandal itu.
Walau bagaimanapun, dia telah melanggar protokol pada hari Isnin sehinggakan Badawi yang merupakan PM ke-5 Malaysia telah dipinggirkan dan diberi tempat duduk di barisan kedua.
Keutamaan Najib dan kesediaanya membelanjakan wang rakyat untuk mempromosikan dirinya dan juga keluarga telah pun menghancurkan Umno. Tindakannya untuk tiba-tiba memberi fokus kepada Nurashman akan meniupkan kontroversi bahawa dia dan Rosmah cuba menyediakan Norashman untuk mengambil alih dari anak Mahathir, Mukhriz.
Mahathir merupakan perdana menteri ke-4 yang juga telah mengaku secara terbuka bahawa cita-citanya adalah untuk melihat anaknya mengikut jejak langkahnya, tanpa mempedulikan kebencian rakyat pada golongan elit Umno dan polisi politik dalaman Umno yang tertutup.

Rosmah terlupa lirik
Namun, ia agak sukar untuk melembutkan hati Rosmah yang keras, kerana dia sudah terbiasa dengan pandangan negatif rakyat terhadap keborosannya, kecintaannya terhadap cincin berlian yang besar dqn juga beg jenama Birkin yang tersangat mahal.
Isnin lalu, penonton begitu baik padanya apabila dia dijemput untuk bersama-sama suami dan anaknya untuk menyanyikan dua lagu tahun baru Cina. Dia kelihatan seperti tidak suka mungkin kerana dia tahu bahawa rakyat kurang suka padanya dan bersedia untuk di'boo' penonton. Tetapi, penonton Pulau Pinang berkelakuan baik dan suami serta anaknya kelihatan lega, seperti yang diperhatikan oleh mereka yang berada berdekatan dengan pentas.
Walaupun begitu, Rosmah telah lupa akan liriknya dan dia senyap dalam tempoh yang agak lama apabila terlupa, memalukan Najib dan pemimpin BN yang lain.
Mungkin Rosmah telah bernasib baik kerana penonton tidak sabar untuk menyaksikan persembahan Psy dan dia telah terlepas daripada kritikan rakyat kerana malas untuk mengingati lirik lagu yang bermaksud untuk menyampaikan mesej kepelbagaian kaum dan kurangnya syak wasangka terhadap masyarakat Cina.
Tiada 'oomph' bagi Chang Yeow
Bagi Chang Yeow dari parti Gerakan pula, jika dia bakal mengambil alih jasatan presiden dari Tsu Koon, masa depannya dalam parti bermasalah yang dahulunya menguasai Pulau Pinang tanpa menghargainya nampak gelap.
Walaupun dia telah mencuba sedaya upaya, dia kekurangan 'oomph' untuk memenangi hati generasi baru di Pulau Pinang yang berpendidikan dan mahukan lebih dari segi demokrasi dan hak asasi melebihi generasi terdahulu mereka.
Dalam ucapannya, Chang Yeow berjanji bahawa "lebih banyak lagi akan diperolehi oleh Pulau Pinang" dan BN merupakan satu-satunya kerajaan yang boleh mentransformasikan negeri itu. Dia juga telah cuba memperolehi tepukan gemuruh dari hadirin untuk Najib yang dia cuba peringati kepada mereka telah datang ke Pulau Pinang semata-mata untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama rakyat. Namun dia gagal.
Walaupun hadirin mahu memberi tepukan gemuruh untuk satu Malaysia yang bersatu, mereka tidak mahu melakukan perkara yang sama untuk Najib. Sebelum keadaan menjadi lebih memalukan, pengerusi majlis yang bijak telah menyelamatkan keadaan dengan menarik perhatian penonton dengan mengingatkan penonton bahawa Psy akan membuat persembahan tidak lama lagi.
BN yang licik? Tidak perlu Guan Eng, PR akan bimbang
Lawan Chang Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, tidak menghadiri majlis itu kerana telah ke Lapangan Terbang Bayan Lepas untuk menyambut ketibaan Raja Permaisuri Agung Tuanku Haminah pada pkul 11 pagi.
Sedikit sahaja yang hadir dengan baju meah, hijau dan kuning untuk menyatakan sokongan kepada kumpulan pro alam sekitar anti- Lynas dan Bersih, pergerakan untuk piliharaya adil dan bersih seperti yang disarankan oleh Lim. Namun, ini berkemungkinan kerana terdapat amaran dari ketua polis pro BN yang berkata akan berlaku masalah jika rakyat Pulau Pinang memakai warna-warna tersebut ke konsert sebagai sokongan kepada Guan Eng dan PR.
Walapun begitu, nampaknya pembangkang tidak perlu risau. Najib, Chang Yeow dan BN telah merosakkan rancangan mereka sendiri.
Secara keseluruhannya, kemunculan sulung Psy di Malaysia merupakan kejayaan bagi rakyat Pulau Pinang. Dan juga menjadi tamparan hebat kepada BN kerana cuba mempergunakan bintang Korea itu termasuk rakyat di negeri itu sendiri bagi tujuan motif politik mereka.
Kata akhir dari Psy adalah dia akan kembali ke Malaysia pada bulan April untuk mempromosikan single terbarunya. Diharapkan paa ketika itu, pilihanraya umum di Malaysia telah tamat dan bintang Korea itu tidak perlu berhati-hati dengan pemimpin licik yang cuba mempergunakannya untuk kepentingan dan populariti sendiri.

Hokage Kazakage Ranger Puteh

Tuesday, February 12, 2013

RM USD 2 juta itu ditaja. Persoalan siapa taja USD 2 juta itu, untuk kepentingan apa ? Apa janji balasan regim dengan tajaan setinggi itu ?



Dilaporkan untuk menghadirkan Psy, bayaran sebanyak USD 2juta harus buat. Setelah perkara ini dibangkitkan regim cuma mampu berselindung dengan mengatakan USD 2 juta itu ditaja. Persoalan siapa taja USD2 juta itu, untuk kepentingan apa ? Apa janji balasan regim dengan tajaan setinggi itu ?

Padang dan kawasan sekitar kehadiran penonton penuh. Cuma dari segi angka media Bn mungkin terlebih propaganda dengan menyebut 100,000 orang. Ia hanya sebuah padang di sebuah kolej bukan stadium besar. Jika media kawalan regim menyatakan stadium merdeka kehadiran HKR 40 - 50 ribu takkanlah padang kolej tersebut boleh hadir 100,000 orang. Ini mengundang senyuman ramai. Namun kehadiran paling kurang dijangka dalam 35,000 orang seharusnya cukup membanggakan Bn.

Jika Najib cuba menunjukkan 'cool'nya dengan bertindak menjadi juru acara. Apabila ditanya adakah yang hadir bersedia untuk Psy, semua serentak mengatakan 'Ya'...malangnya secara berdepan apabila dia mengambil kesempatan dengan bertanya adakah bersedia untuk Bn majoriti yang hadir menjawab 'Tidak' dan tertawa.... Namun ternyata Najib orang politik tulin kerana dia cukup selamba dan meneruskan skrip bertanya beberapa kali dan terus menyerahkan pentas kepada Psy dengan bersemangat tanpa memberi respon kepada hadiran yang baru memalukan dia seperti mana dia berdiam diri tidak memberikan respon kepada Deepak

http://www.facebook.com/nurshuana/posts/335762813194494

...Nur Shuana...

Ujian dan Cabaran Hidup



Ujian dari Allah merupakan kekuatan iman dan hati seseorang yang diuji dengan dugaan dan musibah.Apakah kita akan menyalahkan takdir dengan dugaan dan musibah yg menimpa atau redha dgn qada' dan qadar Allah. Tetapi ada juga yang diuji imannya dgn kesenangan, Allah menguji iman kita dengan memberi kesenangan hidup didunia mungkin dengan harta yg melimpah atau dengan pangkat yg besar. Kadang² kita lupa nikmat² yang Allah beri itu hanyalah sementara dan ianya juga ujian buat kita tanpa kita sedar. Firman Allah :

"Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali."
(QS al-Anbiya:35).


Allah Taala mendidik hambaNya dengan menurunkan pelbagai ujian. Ujian sebagai “tester” sejauh manakah penilaian dan pemahaman hamba dalam soal pergantungan dan pengharapan. Alhamdulillah, ku bersyukur pada Allah biar ujian itu pahit tetapi yang lebih memahat di dalam jiwa, apabila Allah Taala serta dengan tiba-tiba menggantikannya dengan perkara yang lebih baik. Terkadang kita hamba disaat lemah, banyak percubaan yang mengundang, tertewas juga kadangnya. supaya kita mendapat hikmah di sebalik Ujian hidup ini.

1- Memiliki hati yang lebih kuat, sebab kesulitan akan menguatkan hati kita.

2- Sedar dengan segala kekurangan dan kesalahan sehingga kita bertaubat dan dosa kita diampuni.

3- Bebas dari bersifat ujub, kesulitan adalah teguran yang lebih mematangkan kita.

4- Supaya kita tidak lalai dan sentiasa ingat kepada Allah SWT.

5- Kesulitan atau kesusahan adalah latihan dari Allah SWT untuk kita memahami hakikat kesabaran


Ceria dan mendungnya kehidupan adalah warna-warni hidup. Tak enak ubi yang direbus tanpa garam yang masin, tak enaklah pelam muda yang masam tanpa kicap dan gula. Selepas diberi ujian, barulah terasa enaknya ujian. Mesrakanlah dengan ucapan alhamdulillah, walaupun duit dikocek sudah kehabisan, sedangkan begitu ramai yang dipenuhkan koceknya meninggalkan Tuhan.


“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)”
(Al-Baqarah :214)



Allah tidak pernahkan jauh, meninggalkan hambaNya seorang meraba-raba penyelesaian akan ujian yang dihadapi. Jawapan dan tarbiyyah Allah sangat eksklusif bagi hamba-hambaNya. Setiap orang diajarkan tarbiyyah berbeza, bahkan jawapannya juga berbeza. Proses kehidupan membentuk manusia lebih baik, memperbaiki diri menjadi yang terbaik.


Kita seharusnya mencedok kisah silam, sejarah yang terbukti. Ketabahan umat Islam zaman lampau terutama tika zaman Rasulullah S.A.W. Bagaimana keperitan, penderitaan yang di alami hinggakan kesan ujian tersebut mengobrak emosi, menjengah sampai menggoyahkan iman. Bukan itu saja, nyawa menjadi taruhan supaya boleh merobek teguh iman dalam sanubari. Hebatnya para sahabat Nabi S.A.W, bukan kecil-kecil iman mereka.


“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”
(Al-Baqarah :155)


Sesungguhnya salah satu tanda kematangan ialah keupayaan kita tidak menolak hakikat bahawa kita tidak dapat melindungi diri sendiri daripada segala kemungkinan. Salah satu lagi tanda kematangan ialah kita tidak lari daripada kenyataan dan masalah diri bahawa kita tidak mampu untuk sentiasa bertindak tenang dan tabah pada setiap masa.

Mengapa? Berdasarkan makna sebenar sensitiviti dan empati ialah terdedah kepada keperitan, kesunyian, tidak berupaya dan lemah. Semakin diri kita sensitif, kita akan semakin kurang berasa tenang.

Sekiranya kita menjalani hidup ini tanpa ada masalah, tanpa berasa sukar dan sekiranya kesalahan- kesalahan yang kita lakukan tidak membibitkan rasa bersalah di dalam diri, ia bukanlah ciri kematangan.

Orang yang tidak sensitif - boleh tidur lena kerana mereka tidak mempunyai kegusaran yang besar atau tidak berasa bersalah sekiranya kelakuan mereka membawa kesusahan atau kesedihan kepada orang lain. 


Kita selalu merungut, menyalahkan yang lain padahal pada masa yang sama kita sudah ditewaskan oleh emosi yang memercik, SYAITAN yang membisik, hati membentak dan ragut dijentik. Aduh, sayangnya emosi itu menjadi alasan ketidak siumannya kita. Bagaimana mahu mengubatinya? Mencari penjuru lalu menangis sudahkah selesai?

Seharusnya kita sendiri harus memandu sendiri. Mulakan dari gear mula, mencari titik permulaan tersebut yang terkandung di dalam jiwa. Muhasabah diri, menimbang-tara peribadi, kau akan menemui rapuhnya hatimu dalam mencintaiNya, kesetiaanmu tidak setulus cintaNya, saat itu tangisanmu sangat berguna.

Selepas tangis, pasti kamu akan mulai bangkit. Allah akan mengisi lompang-lompang pertanyaanmu, satu jawapan sudah cukup untuk kamu. Tiada diskriminasi, kamu miskin kamu kaya, kamu pangkat kamu biasa. Asalkan kamu dekat, dan Allah Taala lebih dekat.

Taman menjadi subur kembali dengan adanya hujan Allah menurunkan, layulah jika hanya ada cahaya mentari saja. Begitu juga hati, dengan adanya tangis Allah menyuburkan jiwa semula, terbitnya pula pelangi yang indah.

“Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
“(Surah At-Thalaaq :3)


Seperti sebuah sajak Hilal Asyraf :


Kadang susah biar kita bijak bersyukur,


kerana manusia itu sering melupai,


kadang sakit biar kita beringat,


kerana manusia itu sering meninggi diri,


kadang dosa itu biar kita sedar,


kerana manusia itu sering bongkak dalam kalbunya nanti.


Cabaran itu juga daripada Tuhan,


tidakkah kita memerhatikannya dengan mata hati?


{Cabaran dan halangan itu dari Allah, menghias untuk kamu menjadi tinggi, mulia disisi Dia}

dan Ingat jangan sesekali kita melarikan diri dari masalah dan hadapilah dengan tenang.

Hokage Kazakage Ranger Puteh

Pemimpin Umno Sabah & mantan Ketua Pemuda Umno Negeri sertai KEADILAN


SABAH 11 Feb: Beberapa tokoh pemimpin Umno Sabah termasuk mantan Ketua Pemuda Umno Negeri isytihar sertai KEADILAN di majlis yang dihadiri Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut berbuat demikian, mantan Ketua Penerangan Umno Tuaran dan bekas Setiausaha Akhbar Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor.

Kemasukan itu sempena lawatan Anwar ke Sabah pada sambutan Tahun Baru Cina.

Pengisytiharan itu dibuat pada Majlis Makan Malam Perayaan Tahun Baru Cina anjuran KEADILAN Sabah di Restoran Putera Ballroom, Kota Kinabalu, malam tadi yang dihadiri lebih 1,500 orang.

Selepas itu, Anwar berdialog bersama anak muda dan profesional di Hotel Megah D Aru, Tanjung Aru dalam forum bertajuk Kembalikan Autonomi Sabah.

Panelis lain adalah Pengerusi KEADILAN Sabah, Tamrin Jaini, Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Aziz Bari dan peguam rakyat, Ansari Abdullah.

Terdahulu, pada sebelah petang, Anwar menyampaikan ceramah perdana di Kampung Panginatan, Ranau.

Ketibaan Anwar disambut meriah oleh penduduk dengan laungan ‘Ini kalilah!’.

Tamrin, Datuk Seri Lajim Ukin, Datuk Seri Wilfred Bumburing, Senator Maijol Mahap dan Christina Liew turut berceramah.

Diikuti Forum Perdana Suara Anak Sabah (Suasa) di Restoran Pelancongan, Keningau.

Sambutan Tahun Baru Cina diteruskan Anwar ke Sarawak pada hari ini.

Program dimulakan dengan ceramah Anwar ‘Solusi Baram’ di Beluru Bazaar, Beluru, Bakong.

7.00 malam ini, Anwar bersama pemimpin Pakatan Rakyat meneruskan program Makan Malam Gong Xi Fa Cai di Restoran Cina Mega Hotel, Miri.

Acara diakhiri dengan Ceramah Perdana Gong Xi Fa Cai di Waterfront Commercial Centre, Miri bermula jam 8.00 malam.

Selain Anwar, penceramah dibarisi, Pengerusi KEADILAN Sarawak, Baru Bian, Ali Biju, See Chee How dan Dr Michael Teo Yu Keng. ~keadilandaily
Edit By Hokage Kazakage Ranger Puteh

Sunday, February 10, 2013

Perjalanan Team SRFM


Pengorbanan adalah suatu amalan mulia pada sudut pandang Tuhan mahupun insan. Tidak kiralah dari sudut harta, perasaan, atau yang paling tinggi nyawa. Manuskrip sejarah kejayaan coretan orang terdahulu adalah dengan manifestasi pengorbanan dalam kehidupan insan. Namun, apakah erti pengorbanan yang sebenar yang perlu kita fahami? Bagaimanapula contoh pengorbanan umat yang terdahulu dalam membangunkan agama-Nya?KEHIDUPAN adalah suatu PERJUANGAN.Dan yang pastinya utk berjuang mestilah memerlukan PENGORBANAN.Bila bercakap mengenai pengorbanan,banyak lagi perkara yg kita boleh dihuraikan.Pengorbanan dari segi harta,tenaga,masa dan sebagainya.
















Rasulullah s.a.w. sendiri pada masa mudanya mengorbankan masa keremajaanya demi untuk berdikari tanpa menyusahkan bapa saudaranya dengan mengembala kambing dan membawa barang dagangan Saidatina Khadijah untuk diniagakan. Lihat pula anak remaja, Saidina Ali terlibat dalam perjuangan dan pengorbanan terhadap menegakkan risalah kebenaran. Beliau sanggup menjadi galang ganti di tempat tidur Rasulullah s.a.w. sewaktu Nabi memulakan misi hijrah bersama Abu Bakr.

Dalam medan peperangan Usamah 
Bin Zaid pemuda yang tiada tandingan. Dengan kecekapan dalam pimpinan dan ketajaman strategi peperangan beliau diangkat menjadi panglima perang meski dalam usia muda belumpun cukup 20-an. Teliti pula zaman terkemudian, kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh memimpin bala tentera yang ramai hingga berjaya menerobos tembok kota Constantinople dalam pada usia yang juga muda. Pastinya, perkara yang sama bagi kejayaan tokoh-tokoh ini adalah pengorbanan jiwa mereka untuk bersedia bagi membina peribadi yang boleh menjadi satu nilai contoh pada manusia seterusnya.
Justeru, menghidupkan jiwa pengorbanan dalam diri adalah suatu tuntutan kerana manusia dicipta bukan untuk berseronok dan berehat semata-mata tetapi melakukan ibadah yang mencakupi ruang lingkup yang mendalam maksudnya. Realiti hidup mewah, selesa dan cukup dengan apa yang ada merupakan satu bentuk jajahan minda yang boleh menjadikan remaja alpa dengan sensitiviti keadaan,batasan pergaulan dan hiburan serta gaya hidup.


Remaja boleh memilih untuk terus unggul dalam cita-cita dan perjuangan hidup. Dan remaja juga boleh memilih untuk terus dibelenggu dengan jiwa santai, tiada perancangan hidup, kerdil cita-cita dan tandus dengan jiwa perjuangan. Pilihan ini sebenarnya penting kerana ia menentukan corak













hidup remaja, bangsa dan umatnya.Tahap keremajaan adalah putaran hidup yang amat sukar lagi mencabar kerana gejolak jiwa remaja bagai api yang membakar kayu menjadi bara. Dalam situasi ini remaja amat ideal dengan sesuatu perkara, ingin meniru sesuatu perbuatan yang mana dalam fikirannya baik yang boleh menonjolkan dirinya, rasa ingin mencuba yang tinggi dan mudah terpengaruh dengan rakan-rakan, memiliki jiwa perwira yang hebat malah kadang-kadang diselangi perasaan ‘memberontak’ yang membuak-buak.


Sekiranya elemen asasi ini berada dalam olahan yang negatif ia bakal merosakkan potensi remaja. Sebaliknya jika elemen ini diadun dengan nilai-nilai perjuangan dan pengorbanan yang positif, ia bakal membimbing remaja menjadi tenaga dewasa yang mempunyai potensi besar untuk maju


dan berjaya.Kepentingan jiwa pengorbanan perlu ada hubungkait dengan bagaimana remaja memusnahkan kehidupannya dalam usia umur yang awal kerana kesan jangka panjangnya ialah kehancuran bangsa dan negaranya sendiri bahkan lebih teruk melibatkan agama. Jiwa pengorbanan harus dapat mengajak remaja berfikir betapa dominannya generasi muda yang berkredebiliti, memiliki daya juang yang tinggi, pentingkan ilmu pengetahuan, tidak mudah terhanyut dengan arus hidup yang membinasakan,serta berupaya membezakan baik-buruk dan halal-haram.


Hari ini perjuangan kita sebagai anak muda adalah untuk melihat tanahair tercinta ini bebas dari kemelut rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang semakin menular ke setiap urat nadi pemerintahan Negara. Laporan Ketua Audit Negara telah mendedahkan ketirisan yang menjelekkan. Dari pembelian binocular sehinggalah kepada skandal Lembu NFC, telah mendatangkan bencana yang merugikan keadaan kewangan Negara yang masih lagi terbelit dengan defisit.

 
kemunafikan Pemerintah hari ini yang berlakon seolah-olah bersimpati dengan rakyat Palestin tetapi dalam masa yang sama menutup mata terhadap keputusan Jemaah Menteri pada tahun 1996 yang membenarkan perhubungan ekonomi dengan Rejim Zionis Israel. Lantas, ia menjadikan kita umat Islam Malaysia turut mempunyai “saham” menghalalkan tindakan rejim Zionis menyembelih nyawa saudara Palestin.Perjuangan ini bukan hanya sekadar ungkapan retorika semata-mata, tetapi harus disertai dengan tindakan afirmatif. Apakah jiwa dan iman umat Islam Malaysia hari ini terlalu lemah atau sudah mati sehingga tidak merasa apa-apa, walaupun Negara hari ini berada dalam keadaan yang penuh dengan fasad? Anak muda harus berani untuk mengambil tindakan yang sewajarnya walaupun belum pernah mengambil tindakan sedemikian sebelum ini. Keinginan untuk berubah perlu lahir daripada kesedaran naluri hati kita. Kita tidak boleh menunggu sehingga mendapat arahan, baru ingin bertindak. Fasad pada pemikiran ummah tidak boleh lagi dibenarkan berleluasa.

Semoga segala usaha perjuangan kita diberkati Allah.



"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya." (Surah Aj-Hajj ayat 37)

 

"Bertawakkallah kepada Allah yang telah menentukan kehendak-Nya, percayalah kepada kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya. Dialah yang memerintah aku membawa kamu ke sini dan Dialah yang akan melindungi mu dan menyertaimu di tempat yang sunyi ini. Sesungguh kalau bukan perintah dan wahyunya, tidak sesekali aku tergamak meninggalkan kamu di sini seorang diri bersama puteraku yang sangat ku cintai ini. Percayalah wahai Hajar bahwa Allah Yang Maha Kuasa tidak akan melantarkan kamu berdua tanpa perlindungan-Nya. Rahmat dan barakah-Nya akan tetap turun di atas kamu untuk selamanya, insya-Allah."





Akhir sekali, sudah menjadi sunnah orang berjuang...."Berjuang ertinya TERKORBAN".....ada 2 benda yang saya nak tekankan...Perjuangan memang tak dapat dipisahkan dengan Pengorbanan. Sama ada kita BERKORBAN atau TERKORBAN. Oleh itu kita perlu bersedia dari segi mental dan fizikal...





Dalam pada kita nak bina empayar perniagaan kita, tidak boleh lari dari 2 benda nie...masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya....kita kena sanggup untuk korbankan. Tapi kena ingat, bukan untuk tempoh masa yang lama, cukup untuk seketika sebelum kita berada di puncak kejayaan.
Jadi, kesimpulannya, saya nak tekankan, Antara IMPIAN, PERJUANGAN dan PENGORBANAN......"Ada ramai yang ingin berjaya dan mengejar impian, tapi, amat kurang yang ingin berjuang untuk mencapai apa yang diimpikan, dan terlalu sedikit jumlah yang sanggup berkorban atau terkorban demi mengejar impian mereka "



Apapun,kita hanya mampu merancang & Allah jugalah yg berhak menentukan segalanya.Mungkin ini adalah ujian daripada Allah utk melihat sejauh mana hambaNya ini bersabar dengan ketentuanNya.Dan aku percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

Pesanan buat diri ini:Teruskan perjuangan & jangan pernah berputus asa.

HIDUP ADALAH SATU PERJUANGAN

Posted by Hokage Kazakage Ranger Puteh..editor Nur shuana