اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, February 17, 2013

Inilah pejuang-pejuang suara rakyat suara keramat.



Sempena pelancaran radio SUARA RAKYATFM peringkat negeri Selangor diadakan pada jam 8.00 pagi 17.2.2013 Ahad bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.


cru Suara Rakyatfm bertugas di hari pelancaran srfm,,,tahniah ,,syabas hanya Allah yang dapat membalas jasa anda,,,,suara rakyat suara anda.

Inilah pejuang-pejuang suara rakyat suara keramat.

...DJ NUR...

Kubu kuat UMNO di Pt Hj Ali, Batu Pahat, Johor kini sudah goyah



Kubu kuat UMNO di Pt Hj Ali, Batu Pahat, Johor kini sudah goyah tunggu rebah.
Inilah pada amatan dan analisis Omakkau apabila melihat sambil menkaji rakaman gambar-gambar diatas.


Dulu kalau nak lihat bendera PAS berkibar ditanah Johor amatlah sukar sekali..Kini suasana dan senario itu sudah menjadi sejarah silam yang perlu ditanam.
Kini rakyat Johor khusus yang berbangsa Melayu/Islam dengan rasa bangga, megah dan berani mengibarkan bendera PAS.

Kini bendera dan panji PAS boleh berkibar megah bersebelahan dengan bendera UMNO/BN di Johor.. Suatu pemandangan yang normal kini.

Dilihat sebagai memberi mesej yang jelas bahawa landskap politik Johor INS'Y ALLAH bakal berubah pada PRU 13 nanti.
Dengan sedikit hayunan sokongan warga Melayu di Johor, tidak mustahil UMNO akan ditawan oleh Pakatan Rakyat.


Johor sudah tidak boleh lagi bertriak sambil mendabik dada yang negeri itu adalah negeri UMNO paling kuat dalam dunia.
Pernah rakyat berkata.. NEGERI JOHOR NEGERI KELAHIRAN UMNO DAN DINEGERI ITU JUGALAH UMNO AKAN DIKUBURKAN.

SUMBER PENCACAI SEMALAYSIA

,,,NUR SHUANA,,,

KLIK KLIK KLIK DI SINI...SUARA RAKYAT SUARA ANDA

Majlis pelancaran radio SUARA RAKYATFM peringkat negeri Selangor akan diadakan pada jam 8.00 pagi 17.2.2013 Ahad bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.


 Majlis pelancaran radio SUARA RAKYATFM peringkat negeri Selangor akan diadakan pada jam 8.00 pagi 17.2.2013 Ahad bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Exco kerajaan negeri Dr Ahmad Yunus Hairi selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan dijangka menyempurnakan majlis pelancaran tersebut.

Sementara itu, radio Suara Rakyat juga kini mula beroperasi dari Selangor iaitu dari konti TV Impian di Shah Alam setiap hari dari jam 11 pagi hingga 1 petang.

Di samping memuatkan berita-berita berhubung program kerajaan negeri, ianya juga turut mewarwarkan aktiviti yang akan berlangsung di negeri itu.

Sesuai dengan namanya Suara Rakyat, kandungan radio ini lebih cenderung membawa laporan pro rakyat.

Radio ini boleh di akses melalui suararakyatfm.blogspot.

PENYELARAS SUARA RAKYATFM,ABANG ARIFF BERSAMA TGNA






MAJLIS TERTINGGI SUARA RAKYATFM SAUDARA BROKERMAUT


KETUA DJ SUARA RAKYATFM SAUDARA HOKAGE KAZAKAGE RENJER PUTIH


                       BOMO SIAM ,RAJA BOMO DAN AHLI JAWATAN KUASA SUARA RAKYATFM



...NUR SHUANA...

Friday, February 15, 2013

Sajak Perjuangan

Biarkan si pengecut pergi…
nanti kan datang seribu penganti lagi
perjuangan ini penuh ranjau duri
hanya bagi Si tabah dan berani.
Sengsara duka meniti juang jalan kami.
bukan dunia yang kami ingin di raih

Putus lengan berpaut siku
putus siku bergayut bahu
maut tidak kami ambil tahu,

dalam mencari redha Yang Satu.
Ini madah Si berjuang keAdilan

Coretan Ikhlas -- Hokage Kazakage Ranger Puteh --

Pelancaran Radio Suara Rakyat FM,

Pelancaran Radio Suara Rakyat FM, Radio rasmi PAKATAN RAKYAT.
17Hb.2 2013 Bertempat di dataran kemerdekaan shah alam pukul 8.00 pagi.




 Klik di sini dan like tanda MERESTUI #HKR 112.. SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT,,SUARA   RAKYAT DI UTAMAKAN.

SALAM KEPADA PEJUANG-PEJUANG SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT.

...Nur Shuana...

Thursday, February 14, 2013

Syabas kepada Ahli Jawatankuasa Suara Rakyatfm dengan pelancaran Radio Suara Rakyat pada 17.2.2013 pukul 8 pagi di Dataran Kemerdekaan Shah Alam



Syabas kepada Ahli Jawatankuasa Suara Rakyatfm dengan pelancaran
Radio Suara Rakyat pada 17.2.2013 pukul 8 pagi di 
Dataran Kemerdekaan Shah Alam



mai jangan tak maiii,,anda akan di beri button badges secara percuma.
Suara rakyat malaysia Kritis Berani Telus.


Harakah Daily bekerjasama dendan Suara Rakyatfm
Pegawai kanan Harakahdaily dan radio Suara Rakyat FM bertukar dokumen di Pejabat Harakahdaily 


Zulkifli dan Ripin bertukar dokumen hari ini

Dengarkan Radio Suara Rakyat FM sebuah radio yang mengulas isu² semasa, Politik, agama dan sebagainya .. Insyallah ini akan menjadi sebuah Platform bagi menyuarakan segala pendapat dariseorg rakyat kepada pemimpinnya dan menjadikan sebuah kerajaan yang terbaik dan cemerlang di masa hadapan.

Download and PLAY For PC: http://s9.voscast.com:7670/listen.pls
Quick Listen Link for Mobile Phone : http://station.voscast.com/50d5a07bcb35a/
dan suara rakyat fm juga akan terdaftar di application TuneIN untuk android,apple,blacbery dan sebagainya.









Suara rakyat suara keramat

Utamakan suara rakyat.





  
...Nur Shuana...         

Wednesday, February 13, 2013

Hanya Rosmah Mansor, HEROIN KITA! Akhirnya!


MAAF TULISAN KALI INI AGAK GANAZ,SESUAI UNTUK WANITA YANG BERJIWA GANAZ.

selepas Datuk Seri Najib Tun Razak menggantikan Badawi, harapan ahli UMNO untuk memulakan lembaran baru bagaikan jatuh ditimpa tangga. Bukan sahaja Najib dibelenggu skandal, dia juga memikul isterinya, yang terbukti telah mengeruhkan lagi keadaan.

Pada usia 61, Wanita Pertama Malaysia ini sering menjadi ejekan yang berbisa. Nama jolokan FLOM.Ya tiada siapa yang berani menganggap Rosmah bodoh walaupun dia gemar menunjuk-nunjuk, berbelanja di gedung-gedung mewah. Dia merupakan autoriti di sebalik takhta Najib dan pembuat keputusan dalam APA situasiPUN.

Di mata rakyat, dosa pertama Rosmah adalah terlalu banggakan dirinya. Ya, dia telah menjadi begitu angkuh. Mungkin, dikaburi oleh kuasa yang diperolehinya melalui kedudukan suaminya, Rosmah telah menjadi sombong. Dia tidak memahami rakyat dan mereka tidak akan memaafkan dirinya kerana keangkuhannya itu.
Najib juga disifatkan 'tidak sesuai sebagai PM' dan ini sedang berlaku. Semakin ramai dalam parti UMNO mahu dia mengundur diri dan khabar angin bertiup kencang SEKALI.

Pada masa ini,UMNO berpecah dan mereka mesti meneruskan dengan rancangan sandaran mereka. Dengan tenggelamnya kapal lanun UMNO secara perlahan-lahan, sudah pasti, Rosmah akan dicampak ke dalam laut untuk mengurangkan beban. UMNO, malah Najib sendiri, boleh menuding jari mereka pada Rosmah. Dia dan cincin berlian AS $ 24 juta yakni ‘cincin berapi’nya akan menjadi kambing hitam mega seterusnya dalam UMNO selepas Badawi.

Tetapi Rosmah bukan 'ayam kampung' atau Bimbo (wanita bodoh), sikapnya akan memastikan dia tidak akan menerima kekalahan tanpa sebarang pertarungan ganas. Dan ini adalah berbahaya bagi UMNO dan juga Najib.

Perlu di ingat dengan bertarung dan memperjudikan segalanya termasuk mendedahkan Najib suaminya sendiri - Rosmah juga mungkin akan menjadi entiti
yang akan memusnahkan UMNO untuk rakyat. Apabila ini berlaku, Rosmah akan melakukan satu pencapaian yang besar kepada rakyat dan Negara. Ini akan menjadi penebusan dosa bagi semua perbuatan yang dilakukannya selama ini.

Bagi rakyat Malaysia, mungkin Rosmah akhirnya diiktiraf sebagai penyelamat mereka- penghormatan dan kekaguman yang sudah lama didambakan olehnya. Akhirnya, tiada lagi Rosmah malang yang jahat atau si boros ‘Bik Mama'. Hanya Rosmah Mansor, HEROIN KITA! Akhirnya!

fikir dan renungkan demi generasi sekarang dan akan datang


http://www.facebook.com/nurshuana/posts/505721192802653

...Nur Shuana...