اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, February 18, 2013

Nyanyian Lagu UMNO Busuk




Radio Online Rasmi PAKATAN RAKYAT
Klik Link ni Untuk Mendengar radio

http://suararakyatfm.blogspot.com/
 : http://tunein.com/radio/suara-rakyat-fm-s188257/
https://www.facebook.com/radiosuararakyatFM

-Suara Rakyat Suara Keramat-
Special Thanks to XD

+Hokage Kazakage Ranger Puteh

Pelancaran Radio Suara Rakyat FM


(Dr Yunus melancarkan radio Suara Rakyat FM di Dataran Kemerdekaan semalam)


SHAH ALAM: Radio Suara Rakyat FM, sebuah radio internet, dilancarkan dengan meriah  di Dataran Kemerderkaan dekat sini semalam.

Ia disertai 300 buah basikal yang berkonvoi dan 16 buah kereta yang bergerak bersama mengelilingi bandaraya Shah Alam.

Perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia Dan Sukan Negeri Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi.

Radio internet Suara Rakyat FM adalah inisiatif rakyat untuk memberikan maklumat alternatif.

Ia mendapat sokongan dari negeri-negeri Pakatan Rakyat khasnya Selangor dan Kelantan.

Ia boleh diikuti melalui http://suararakyatfm.blogspot.com/ atau aplikasi Tunein Radio untuk telefon bimbit Android.

Harakahdaily sebelum ini menandatangani MoU dengan radio ini untuk membekalkan berita setiap hari kepada radio internet ini.


Konvoi

Program pelancaran yang bermula awal pagi semalam, dimulakan dengan konvoi berbasikal dan kereta yang masing-masing ditampal 'sticker' Radio Suara Rakyat FM.

Kemudian konvoi ini bersama-sama dari Dataran Kemerdekaan kemudian bergerak melalui Bukit Cerakah, Batu 3 dan keluar ke Stadium Malawati kemudian balik semula ke Dataran Kemerdekaan kira-kira jam 9.00 pagi. 

Konvoi bersama ini disertai keseluruhan ahli jawatankuasa Radio Suara Rakyat dari seluruh negara termasuklah negeri pantai timur.
 



Menurut Ketua Penyelaras Radio Suara Rakyat Ripin Samat, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Selangor yang memberi sokongan padu kepada satu-satu radio yang menjadi suara rakyat. 

Katanya, Radio Suara Rakyat ini akan terus diperkasakan dari semasa ke semasa di seluruh DUN Selangor dengan menggunakan aplikasi 'wakie talkie zello' bagi menyampaikan maklumat di setiap pelusuk negeri. 

"Banner Radio Suara Rakyat dengan slogan 'Suara Rakyat Suara Keramat' akan diletakkan di setiap pejabat DUN Selangor dengan satu harapan agar maklumat berjaya sampai ke sasarannya," katanya ketika dihubungi.                                                    
Sumber
Harakah Daily

Edit By Hokage Kazakage Ranger Puteh & Nur Shuana

Semoga terhibur dengan video ini




Kemenangan yang di perolehi, bukanlah tanda kebenaran atau kebathilan sesuatu yang di perjuangkan. Siapa yang menang bukan makna dia betul kerana kemenangan,siapa yang kalah pula bukan bermakna dia salah kerana kekalahan.

Dalam perjuangan Rasulullah SAW berjuang menegakkan Islam, adakah semasa Nabi SAW kalah, ianya menunjukkan perjuangan Nabi itu salah? Nabi SAW tetap benar ketika menang ataupun kalah dalam peperangan atau perjuangannya.

Kemenangan ada kalanya bukan tanda benar atau salahnya sesuatu usaha dalam perjuangan. 
Tetapi merujuk kepada kenapa perjuangan itu dilakukan.Kemenangan sebenarnya ialah dinilai apa yang menepati menurut Al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAW.Itulah kemenangan!

Menang adalah amanah untuk memikul dan melaksanakan perintah Allah atas kemenangan. Dan kalah pula bukan bermakna salah dan terus lemah untuk memperjuangkan kebenaran. Setiap kali kekalahan itu ditempuhi, ianya adalah ujian untuk menilai tahap kesabaran. Dan sudah semestinya menjadi muhasabah untuk mendesak kepada peningkatan daya juang bagi lebih melakukan pengorbanan bagi meneruskan perjuangan menegakkan kebenaran.

Kemenangan sebenar adalah kemenangan mempertahankan yang benar itu benar dan yang salah itu tetap salah dalam apa juga keadaan dan situasi, walaupun dalam nilaian manusia kita kalah ibarat seprti lilin membakar diri demi islam tercinta, Wallahua'lam.

Sunday, February 17, 2013

Inilah pejuang-pejuang suara rakyat suara keramat.



Sempena pelancaran radio SUARA RAKYATFM peringkat negeri Selangor diadakan pada jam 8.00 pagi 17.2.2013 Ahad bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.


cru Suara Rakyatfm bertugas di hari pelancaran srfm,,,tahniah ,,syabas hanya Allah yang dapat membalas jasa anda,,,,suara rakyat suara anda.

Inilah pejuang-pejuang suara rakyat suara keramat.

...DJ NUR...

Kubu kuat UMNO di Pt Hj Ali, Batu Pahat, Johor kini sudah goyah



Kubu kuat UMNO di Pt Hj Ali, Batu Pahat, Johor kini sudah goyah tunggu rebah.
Inilah pada amatan dan analisis Omakkau apabila melihat sambil menkaji rakaman gambar-gambar diatas.


Dulu kalau nak lihat bendera PAS berkibar ditanah Johor amatlah sukar sekali..Kini suasana dan senario itu sudah menjadi sejarah silam yang perlu ditanam.
Kini rakyat Johor khusus yang berbangsa Melayu/Islam dengan rasa bangga, megah dan berani mengibarkan bendera PAS.

Kini bendera dan panji PAS boleh berkibar megah bersebelahan dengan bendera UMNO/BN di Johor.. Suatu pemandangan yang normal kini.

Dilihat sebagai memberi mesej yang jelas bahawa landskap politik Johor INS'Y ALLAH bakal berubah pada PRU 13 nanti.
Dengan sedikit hayunan sokongan warga Melayu di Johor, tidak mustahil UMNO akan ditawan oleh Pakatan Rakyat.


Johor sudah tidak boleh lagi bertriak sambil mendabik dada yang negeri itu adalah negeri UMNO paling kuat dalam dunia.
Pernah rakyat berkata.. NEGERI JOHOR NEGERI KELAHIRAN UMNO DAN DINEGERI ITU JUGALAH UMNO AKAN DIKUBURKAN.

SUMBER PENCACAI SEMALAYSIA

,,,NUR SHUANA,,,

KLIK KLIK KLIK DI SINI...SUARA RAKYAT SUARA ANDA

Majlis pelancaran radio SUARA RAKYATFM peringkat negeri Selangor akan diadakan pada jam 8.00 pagi 17.2.2013 Ahad bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.


 Majlis pelancaran radio SUARA RAKYATFM peringkat negeri Selangor akan diadakan pada jam 8.00 pagi 17.2.2013 Ahad bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Exco kerajaan negeri Dr Ahmad Yunus Hairi selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan dijangka menyempurnakan majlis pelancaran tersebut.

Sementara itu, radio Suara Rakyat juga kini mula beroperasi dari Selangor iaitu dari konti TV Impian di Shah Alam setiap hari dari jam 11 pagi hingga 1 petang.

Di samping memuatkan berita-berita berhubung program kerajaan negeri, ianya juga turut mewarwarkan aktiviti yang akan berlangsung di negeri itu.

Sesuai dengan namanya Suara Rakyat, kandungan radio ini lebih cenderung membawa laporan pro rakyat.

Radio ini boleh di akses melalui suararakyatfm.blogspot.

PENYELARAS SUARA RAKYATFM,ABANG ARIFF BERSAMA TGNA






MAJLIS TERTINGGI SUARA RAKYATFM SAUDARA BROKERMAUT


KETUA DJ SUARA RAKYATFM SAUDARA HOKAGE KAZAKAGE RENJER PUTIH


                       BOMO SIAM ,RAJA BOMO DAN AHLI JAWATAN KUASA SUARA RAKYATFM



...NUR SHUANA...

Friday, February 15, 2013

Sajak Perjuangan

Biarkan si pengecut pergi…
nanti kan datang seribu penganti lagi
perjuangan ini penuh ranjau duri
hanya bagi Si tabah dan berani.
Sengsara duka meniti juang jalan kami.
bukan dunia yang kami ingin di raih

Putus lengan berpaut siku
putus siku bergayut bahu
maut tidak kami ambil tahu,

dalam mencari redha Yang Satu.
Ini madah Si berjuang keAdilan

Coretan Ikhlas -- Hokage Kazakage Ranger Puteh --