اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, August 17, 2014

Hanya Wan Azizah dicalonkan MB Selangor




PAKATAN Rakyat memuktamadkan hanya satu nama iaitu Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Keputusan tersebut diumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media selepas mesyuarat pakatan rakyatkira-kira 45 minit di Subang.

Pakatan Rakyat Akhirnya Terima DS Dr. Wan Azizah Calon Tunggal !!

 Milo Kosong Koww

 Photo: Langgit yg gelap dah kembali terang,kilat dan petir yg sabung mnyabung dah kembali sunyi,ribut dan taufan yg kencang tlh bertukar mnjadi angin yg sempoi2 bahasa..segala bencana dah bertukar menjadi rahmat..
-Inilah masanya dan inilah detiknya supaya lidi2 yg berselerak diikat mnjadi satu pnyapu yg kuat..mana2 bahagian rmh yg rosak dibaiki dan hati2 yg terluka diubati..
-Milo Kosong Koww secara sedar dan rendah diri,mnyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf drp semua sahabat2 tanpa mengira apa jua fahaman parti politik dlm PR..sekiranya ada status2 dan posting2 milo yg telah mnguris dan melukakan hati sahabat2..yg buruk dan lemah itu dtg drp milo dan yg BAIK dan KUAT itu dtg drp Allah Taala..
-Takbir..Takbir..Takbir..
-Reformasi..Reformasi..Reformasi..
-Lawan Tetap Lawan..
-Ini Kali Lah..

GEMPAR! GAMBAR-GAMBAR RAKYAT PROTES SUPAYA KERAJAAN BN LETAK JAWATAN.....

 


Benjamin Netanyahu (BN) didesak agar meletakkan jawatan PM Israel di atas kegagalan mencapai objektif peperangan kali ini.

Rejim Zionis tidaklah kebal !

Terkini : Tan Sri Khalid Akur Dengan Keputusan PAS

 

 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memohon menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mendapatkan nasihat baginda tentang langkah seterusnya untuk diambil berikutan keputusan terbaru PAS hari ini.

WARTAWAN KENA PEKA TTG NAMA BKN PARTI...!! (Keratan Akhbar Online)

 

Photo: WARTAWAN KENA PEKA TTG NAMA BKN PARTI...!!
(Keratan Akhbar Online)

Prof. Dr. Yusof al-Qardawi dalam kitabnya Min Fiqh al-Daulah fil Islam, mempunyai pandangan yang sedikit berbeza. Beliau berpandangan dalam konteks kepimpinan dunia hari ini, beliau lebih cenderung mengharuskan wanita memegang kesemua jawatan termasuk jawatan Perdana Menteri dengan beberapa dengan beberapa syarat yang ketat.

Antara syarat bagi mengharuskan pelantikan wanita ialah:

a- Tiada pemimpin lelaki yang lebih layak untuk menyandang jawatan tersebut pada ketika itu

b-  Mempunyai rumah tangga yang sejahtera dan tidak gagal dalam mengurus anak-anak.

c- Tidak membuat keputusan secara peribadi dalam memutuskan hal-hal besar negara, bahkan mestilah membuat keputusan secara kolektif dan syura bersama   pemimpin pelbagai peringkat.

d- Berkewajipan baginya untuk memelihara adab-adab Islam semasa keluar rumah seperti menutup aurat dengan sempurna, tidak berwangian dan tidak berlaku tabarruj.

e- Mendapat keizinan suami.

f-  Umur calon hendaklah sekitar 45 ke atas.

Syarat ini jelas menunjukkan kelayakan sebagai satu syarat utama dalam menjadi pemimpin. Islam mengharuskan pelantikan wanita sebagai pemimpin umat Islam yang mengurus hal ehwal agama Islam sekiranya sudah tidak ada lagi yang bernama lelaki yang layak menjawat jawatan tersebut. Tugas sebagai ketua menteri atau menteri besar bukan seumpama mengurus sebuah syarikat dan sebuah NGO. Tanggungjawab menteri besar merangkumi aspek agama Islam dan kedudukan umat Islam di negeri yang ditadbirnya.

DS Dr. Wan Azizah adalah presiden parti PKR. Ahli PKR sendiri yang melantik DS Dr. Wan Azizah sebagai presiden parti. Kemungkinan juga tidak ada lelaki yang lebih layak dalam PKR bagi menjawat jawatan presiden sehingga semua ahli parti sepakat melantik beliau. Sekiranya rakyat Selangor belum bersedia menerima wanita sebagai Menteri Besar, rakyat kena tolak Parti Keadilan Rakyat yang menobatkan wanita sebagai presiden parti.

Tidak mustahil suatu masa nanti rakyat Malaysia bakal menerima Perdana Menteri wanita sekiranya parti yang menobatkan wanita sebagai presiden parti masih mendapat tempat di hati rakyat. Adakah kita semua bersedia?
Prof. Dr. Yusof al-Qardawi dalam kitabnya Min Fiqh al-Daulah fil Islam, mempunyai pandangan yang sedikit berbeza. 
 
Beliau berpandangan dalam konteks kepimpinan dunia hari ini, beliau lebih cenderung mengharuskan wanita memegang kesemua jawatan termasuk jawatan Perdana Menteri dengan beberapa dengan beberapa syarat yang ketat.

Andai PAS Pusat buat keputusan ini lebih awal Oleh: pen buruk online ™

 

 

Aku menarik nafas lega .. nasib baik PAS tidak buat kettegaq yang akan buat keputusan keluar dari pakatan rakyat.
Kalau keputusan yang dibuat PAS Pusat tak sama seperti hari ini, aku sekali lagi kata, PAS akan jadi musuh rakyat.
 

Keputusan PAS kecewakan Umno dalam isu MB Selangor


HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Keputusan PAS Pusat hari ini sangat mengecewakan Umno, tulis Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibahim Tuan menerusi facebook beliau.
Katanya, keputusan itu juga menutup mulut golongan yang cuba memecahkan PAS, menambah keyakinan kepada mereka yang ikhlas dalam perjuangan serta menggembirakan rakyat.

Mesyuarat PAS Pusat hari ini sebulat suara bersetuju mencadangkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.