اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, March 25, 2014

Bung Mokhtar Saran Sekat Isu #MH370 Di Internet Kekang Kemarahan Keluarga Mangsa.






Niat Bung Mokhtar adalah untuk melindungi rakyat Malaysia. Katanya jika perkara ini tidak dikawal rakyat Malaysia akan menjadi mangsa kemarahan bagi warga China yang angin satu badan dengan Malaysia. Aku tatau la nak kata pendapat dia neh salah ke betul tapi aku rasa kalau orang China yang baca pendapat dia neh sah2 dia kena pelempang maut.

Nak tahu kenapa?

1. Dia tuduh warga China nak melepaskan kemarahan (melakukan perkara buruk) terhadap rakyat Malaysia akibat terkesan dengan insiden #MH370.

2. Dia juga mengambarkan yang warga China tidak pandai menilai satu2 maklumat sebelum menerimanya.

3. Sekatan internet andai ia dibuat oleh Putrajaya sebenarnya hanya akan memburukkan situasi. Ia tidak menyelesaikan masalah.

4. Seperti yang kita sedia maklum, warga China marahkan Malaysia terutamanya KERAJAAN KITA dan MAS kerana pada mereka ;

- MAS bersalah (kapal terbang terhempas).

- Kerajaan Malaysia menyembunyikan maklumat.

5. Jadi jika sekatan internet dibuat oleh Putrajaya, kita hanya tambah burukkan keadaan. Kita tak membantu mereka dan kesemua mangsa untuk berasa tenang. Bahkan kita hanya menambahkan masalah je.

Tak perlu la Putrajaya mempertimbangkan idea ini. Bayangkan. Ko nak sekat internet macam mana? Macam mana ko nak kawal laporan dari media antarabangsa? Macam mana pula ko nak kawal penulisan dari akhbar arus perdana? Dan lagi satu, warga China aje ke yang marah dan berduka? Ia melibatkan warganegara dari 14 buah negara tue.

Dan tak semua penulisan2 oleh media arus perdana benar juga. Contohnya laporan yang cuba mengaitkan KAPTEN ZAHARIE dengan PKR dan analisis yang kononnya dia cuba untuk balas dendam (balas dendam kerana penyokong PKR).

Itu bagaimana pula?

Ia tak mengundang kemarahan ahli keluarga kapten?

Ahli keluarga kapten sampai kena lari dan menyorok. Bukan hanya media tempatan aje menjejaki mereka bahkan media dari luar juga. Itu tak masuk lagi barang2 milik kapten Zaharie diselongkar untuk siasatan lanjut.

Tak masuk lagi tuduhan2 dangkal yang dihadapkan ke atas kapten Zaharie.

Bukan nya apa, pada aku, sekarang neh tak guna dah kita nak sekat apa2 maklumat dah. Dalam internet ke luar internet ke. Tak guna dah. Yang penting sekarang jalankan aje misi yang dikehendaki oleh ahli2 keluarga mangsa. Depa minta bukti. Depa minta bukti bahawa ahli2 keluarga mereka berada jauh di dalam dasar lautan hindi selatan. Selagi takde bukti, mereka akan pasang harapan. Itu je la. 

Kepala hotak Soz Cyili on Tuesday, March 25, 2014

No comments:

Post a Comment