اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, March 12, 2014

MH370 : Ni berita atau spekulasi nih?



Berita tentang MH370 yang hilang ini bukan sahaja memeranjatkan malah amat mengkagumkan seluruh dunia khususnya rakyat Malaysia amnya..

Memeranjatkan ialah setelah empat hari gerakkan mencari dan menyelamat dan hampir habis keseluruhan asset TLDM digerakkan bagi menjalankan operasi dan berpuluh-puluh kapal dan kapalterbang dari negara asing turut membantu....

Sumber tentera mengesahkan kepada Reuters Boeing 777-200ER dengan 239 penumpang bertukar laluan dan menuju ke sebelah lain semenanjung Malaysia.

“Ia mengubah laluan selepas Kota Baru dan mengambil altitud lebih rendah. Ia terbang ke Selat Melaka,” kata pegawai tentera, yang diberi taklimat mengenai siasatan itu, kepada Reuters.

Yang mengkagumkan pula ialah anggaran mata kasar seorang Nelayan iaitu kapal terbang terbang terbang rendah 1,000 meter dari aras laut di Kota Baru, Kelantan adalah sama dengan bacaan pada radar TUDM..

Ini laporannya...

Dalam perkembangan yang memeranjatkan, tentera Malaysia mendedahkan mereka mengesan pesawat MH370 milik Malaysian Airlines yang hilang menerusi radar ketika pesawat yang masih hilang itu merentasi Selat Melaka, jauh dari di mana ia melakukan komunikasi terakhir dengan menara kawalan trafik awam di teluk Thailand.

Sumber tentera mengesahkan kepada Reuters Boeing 777-200ER dengan 239 penumpang bertukar laluan dan menuju ke sebelah lain semenanjung Malaysia.

“Ia mengubah laluan selepas Kota Baru dan mengambil altitud lebih rendah. Ia terbang ke Selat Melaka,” kata pegawai tentera, yang diberi taklimat mengenai siasatan itu, kepada Reuters.

Selat Melaka, salah satu laluan perkapalan yang paling sibuk di dunia, berada di pantai barat Malaysia.

Syarikat penerbangan itu berkata, pada Sabtu lalu, pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal terputus hubungan selepas Kota Baru, bandar di pantai timur Malaysia.

Akhbar Berita Harian yang pertama melaporkan perkembangan itu, memetik Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud, sebagai berkata mereka menjejak isyarat itu ke Pulau Perak, pantai barat negara.

“Kali terakhir pesawat itu boleh dikesan oleh menara kawalan ialah berhampiran Pulau Perak, iaitu di Selat Melaka pada 2.40 pagi.

“Selepas itu, isyarat daripada pesawat itu hilang,” katanya.

Secara kebetulan, kenyataan pertama Malaysian Airlines mengenai kehilangan pesawat itu pada Sabtu menyatakan menara kawalan terputus hubungan dengan pesawat berkenaan pada 2.40 pagi tetapi ia kemudian dibetulkan kepada 1.30 pagi.

Ia juga dilaporkan bahawa unit kawalan dan pengawasan udara Singapura turut mendapati ada isyarat MH370 “berpatah balik sebelum ia dilaporkan berada pada ketinggian 1,000 daripada altitud asal di 10,000 meter”.

Ramai yang melaporkan pesawat itu, Boeing 777-200ER hilang kira-kira jam 1.30 pagi ketika terbang di atas Laut China Selatan di antara pantai timur Malaysia dan selatan pantai Vietnam.

Pesawat itu dilaporkan hilang daripada radar dan lokasi terakhir yang diketahui ialah 065515 Utara (longitude) dan 1033443 Timur (latitude).

Keadaan itu disokong dengan laporan polis yang dibuat beberapa penduduk di pantai timur yang mendakwa mereka terlihat cahaya besar dan kapal terbang terbang terbang rendah 1,000 meter dari aras laut di Kota Baru, Kelantan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa mencari dan menyelamat (SAR) gagal menemui petanda pesawat itu berada di dalam air di Laut China Selatan.

Indikasi yang menunjukkan MH370 mungkin berpatah balik mendorong operasi SAR diperluas ke Selat Melaka dan Laut Andaman.

Operasi mencari pesawat hilang itu membabitkan pasukan tentera dan pihak berkuasa dari Australia, China, Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam, Filipina dan Amerika Syarikat selain Malaysia.

Hari ini adalah hari keempat operasi SAR dijalankan ~

 The Malaysian Insider
 http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2014/03/mh370-ni-berita-atau-spekulasi-nih.html#more

No comments:

Post a Comment