Wednesday, March 12, 2014
PR boikot parlimen esok, Anwar perjelas sebab pada YDP Agong
KUALA LUMPUR 10 MAC : Keputusan Pakatan Rakyat memboikot sidang Parlimen esok akan tetap diteruskan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya ia sebagai tanda protes terhadap kerajaan yang menyalahguna kuasa bagi mempengaruhi badan kehakiman.
“Kita protes kerana mereka (BN) menyalahguna kuasa terhadap sistem dan badankehakiman.
“Tapi kita perlu hadir (hari ini) sebagai tanda hormat kepada Yang Dipertuan Agong,” kata Anwar ketika ditemui pemberita di lobi parlimen hari ini.
Anwar yang dilihat berpakaian suit hitam berkata, beliau serta pimpinan Pakatan Rakyat hadir ke Parlimen hari ini bagi menghormati Yang Dipertuan Agong, namun tetap tidak akan menhadiri majlis jamuan bersama Menteri Kabinet, Speker dan Ketua Hakim, petang ini.
“Esok kita tidak hadir semuanya, bantah kezaliman BN, rasuah meningkat yang tidak disentuh.” kata Anwar selepas menghadiri pembukaan sesi pertama persidangan Dewan Rakyat oleh Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Anwar dalam pada itu berkata telah menyerahkan surat kepada Yang Dipertuan Agong bagi menberikan penjelasan memulaukan sidang Parlimen esok.
“Saya dah utus surat kepada Agong, perjelaskan pendirian mengapa kita hadir kerana kasih dan taat setia kepada Tuanku YPD Agong,
“Tapi tidak akan hadir jamuan dan perbarisan kerana kita tak akan bersekongkol dengan puak zalim dan rasuah,” tegas Anwar...
http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2014/03/pr-boikot-parlimen-esok-anwar-perjelas.html?m=1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sokong Anwar...dan Pakatan..!!
ReplyDelete