اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, March 23, 2014

PKR menang PRK Kajang tapi majoriti merosot.. sebab...


PKR mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan majoriti merosot mengikut keputusan pengiraan undi tidak rasmi hari ini.

Dengan 88% jumlah undi dikira, PKR memenangi kerusi itu dengan majoriti berkurangan kira-kira 1,000 undi, selepas memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum lepas dengan majoriti 6,824 undi.
 

Sehingga pukul 7.30 malam hari ini, calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendapat 15,055 undi manakala Barisan Nasional, Datuk Paduka Chew Mei Fun menerima 9,628 undi.

Ia memberikan Dr Wan Azizah majoriti sebanyak 5,427 undi.

Sebab utama majoriti merosot ialah peratusan keluar mengundi yang hanya 72 peratus, lebih rendah dari angka 87 peratus yang direkodkan dalam pilihan raya umum 5 Mei tahun lalu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata jumlah ini bagaimanapun menurun sebanyak 16% berbanding 88.4% pada Pilihan Raya Umum ke-13.

"Ini bermakna tanggapan saya pagi tadi menjangkakan jumlah pengundi keluar mengundi lebih 80% tak tercapai.

"Tapi peratusan ini pun ok bagi saya...SPR akan kaji dan teliti apa sebab berlaku begini dari 88% pada PRU lepas, sekarang turun pada 72%," katanya pada sidang media di pusat penjumlahan rasmi undi di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang di Bandar Baru Bangi, di sini.

No comments:

Post a Comment