Solidariti untuk Bro Zulfikar Ali Ariffin
Difahamkan Sdr Zulfikar telah ditahan pihak polis semalam di luar pusat mengundi Taman Delima, Kajang telah ditahan reman sehari oleh Mahkamah Majistret Kajang..
Kemungkinan besar beliau akan didakwa di mahkamah esok kerana menghalang seorang penjawat awam (polis) dari melaksanakan tugas (menurunkan pondok panas KEADILAN di luar pusat mengundi Taman Delima).
Jika disabit kesalahan, beliau boleh dipenjara maksimum 2 tahun, atau didenda maksimum RM10,000.
Info mahkamah mana dan jam berapa beliau akan didakwa akan diperolehi oleh peguam sdr Radzlan petang ini.
Mohon sesiapa yang berkelapangan hadir untuk beri sokongan esok.
Pagi ini ADUN Kota Anggerik YB Dr Yaakob Sapari telah pergi ke Mahkamah Majistret Kajang untuk berikan sokongan moral dengan cuba untuk menjamin beliau.
No comments:
Post a Comment