اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, March 30, 2014

Tidak pintas MH370, Pemuda UMNO pertikai kewibawaan TUDM..

 

 

Bekas calon Ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail mempersoalkan kewibawaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) gagal mengenal pasti pesawat MH370 yang melalui laluan udara di Pulau Pinang sebelum hilang 8 Mac lalu.

“Pesawat MH370 tidak dicabar dan tidak dapat dikenal pasti oleh pihak tentera,

“Walaupun ia dikesan sebagai blip dengan radar utama tentera pada jam 2.15 pagi, pesawat telah melalui ruangan udara di Pulau Pinang sebelum menghilang ke arah Lautan Hindi,” tulis beliau dalam posting blognya yang terbaru www.syedrosli.blogspot.com.

Syed Rosli juga tidak menafikan bahawa kesalahan ini bukanlah terletak 100% di bahu TUDM, tetapi beliau mempersoalkan kecekapan TUDM.

“Bukankah itu menjadi tanggungjawab pihak tentera udara untuk memantau ruang udara Malaysia,

“Terutama apabila ada pesawat penumpang yang melakukan pusingan semula merentasi Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang tanpa mendarat?,” soalnya.

Syed Rosli turut merasakan bahawa berkemungkinan ada kecuaian berlaku yang mana pihak TUDM tidak bersiap sedia menghadapi situasi seperti ini.

“Jikalau TUDM bersiap sedia, bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku?” katanya.

“Pegawai yang bertugas mengawasi radar tentera ketika itu harus disoal siasat dan jika terdapat kecuaian, tindakan tegas harus diambil terhadap pegawai tersebut, dan ternyata alasan yang diberikan itu, tidak boleh diterima akal,” ujarnya lagi.

Kelmarin Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri dilaporkan sebagai berkata, MH370 berpatah balik kerana mendapat arahan pusat kawalan, adalah hanya andaiannya abahkan ia semata-mata kemungkinan yang boleh berlaku tanpa diduga.
Syed Rosli berharap, biarlah mereka yang bijak pandai sahaja yang dipilih menjadi anggota kabinet.

Benarlah apa yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa parti Umno/ Barisan Nasional tidak sukakan orang pandai menyertai mereka?” tempelaknya.

Bukan itu sahaja, pihak kerajaan terutama pihak tentera Udara harus perbaiki kelemahan ini kerana tidak boleh bayangkan apa akan terjadi dengan Malaysia jikalau ada pesawat perang asing yang memasuki ruang udara Malaysia

“Adalah lebih teruk sekiranya mereka boleh mendarat secara haram tanpa diketahui oleh pihak tentera,

“Jangan diulangi lagi perkara yang pernah berlaku di Lahad Datu setahun lalu dan pertahankanlah kedaulatan negara kita daripada sebarang ancaman luar dan dalam,” katanya ~  


Free Malaysia Today

No comments:

Post a Comment