ALOR SETAR - Bukan semua cadangan Datuk
Seri Anwar Ibrahim diterima bulau-bulat, tegas Menteri Besar Selangor,
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Ada cadangan Anwar yang saya boleh terima dan ada juga cadangan dia yang saya dengar tapi tak terima,” katanya.
Menurutnya, tindakan itu bukan satu
kesalahan atau kebiadaban tetapi menunjukkan sikap seorang pemimpin yang
boleh menerima cadangan dan kritikan.
Bagaimanapun, beliau beranggapan Ketua Umum PKR itu adalah seorang pemimpin yang sangat cekap dalam berpolitik.
“Saya juga nak menyumbang pengalaman
saya dan apa yang saya lakukan di Selangor untuk parti. Itu yang saya
mahu dan rasa boleh jadi gandingan dengan Anwar dan Presiden PKR, Datin
Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Siapa saja jadi Presiden PKR, saya
tiada masalah sebab kami boleh bergandingan. Walaupun saya rapat dengan
Anwar tetapi saya tak dengar cakap Anwar 100 peratus walaupun dia nampak
seolah-olah saya sedang mendengar,” katanya pada program kasih bertaut
di rumah pangsa Sri Gemilang, Mergong, di sini, hari ini.
Menurutnya, PKR perlu melakukan pembaharuan supaya boleh bersaing dengan kerajaan persekutuan.
“Dalam kepimpinan kita mesti ada orang
yang boleh berbincang dan bukan jadi pak turut saja. Saya rasa, Anwar
perlu ada rakan-rakan seperti itu dan kita mesti ada keseimbangan untuk
mentadbir.
“Saya ada pengalaman mentadbir,
pengurusan harta dan tenaga manusia manakala Anwar pula cekap dalam
politik. Keseimbangan ini boleh membantu kita tawan Putrajaya pada
pilihan raya umum akan datang,” katanya.
No comments:
Post a Comment