Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini
menjawab isu pendedahan bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam
berhubung peristiwa Memali dengan memberi nasihat bahawa Islam melarang
umatnya membuka aib orang lain.
Katanya, Islam menggalak individu supaya menutup aib orang dan individu
yang melanggarnya dianggap berdosa. Bagaimanapun, setakat ini belum
dapat dipastikan sekiranya beliau menujukan nasihat tersebut kepada Musa
supaya tidak mengaibkan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjadi perdana
menteri semasa peristiwa itu berlaku.
"Dari segi moral, tutup aib orang, Allah akan tutup
aibnya di diakhirat. Saya ingat, kalau hebat macama mana sekalipun,
sebagai orang Islam, elakkan dari dedah aib (orang) dan sebagainya,
"Perbuatan itu daripada fitnah atau memgumpat. Kita kena pakai, itu
undang undang Islam tak berubah. Mengaibkan orang hukumnya berdosa.
"Perhati-hatikanlah. Janganlah kebebasan bercakap mengurangkan pahala
kita," katanya ketika menjawab satu soalan tambahan oleh Mohamed Hanipa
Maidin (PAS-Sepang).
MP berkenaan meminta beliau menjelaskan sama ada maklumat baru yang didedahkan Musa dianggap sebagai kebocoran maklumat.
Beliau merujuk kepada pendedahan Musa akhir bulan lalu bahawa ketika
peristiwa Memali meletus pada 19 November 1985, Mahathir berada di Kuala
Lumpur.
Musa, yang sering dipersalahkan atas kejadian yang menyebabkan kematian
14 orang awam dan empat anggota polis itu, turut menjelaskan dalam acara
forum berkenaan bahawa beliau bukan pemangku menteri ketika peristiwa
Memali.
Mengulas lanjut, Shahidan (BN-Arau) dalam jawapannya hari ini berkata
pihak yang membocor maklumat kerajaan rahsia besar atau rahsia bakal
berdepan dengan tindakan undang-undang bawah Akta Rahsia Rasmi.
"Saya percaya jika bekas timbalan perdana menteri atau menteri, mereka
tahu risiko yang mereka hadapi, melanggar Akta Rahsia Rasmi, ada
hukumannya.
"Tak kira siapa. Kita nak tengok apakah maklumat tersebut termasuk dalam kategori bawah Akta Rahsia Rasmi," katanya. ~mk
No comments:
Post a Comment