Misteri MH370 : Plot Di Sebalik Tadbir (Episod Pertama)
Saya
mempercayai kesungguhan ini - iaitu Kotak Hitam yang giat dicari dan
harapkan, sekali pun ia bakal dijumpai dan dianalisis segala data yang
terkandung di dalamnya, ia akan tetap tidak akan memberi kita apa-apa
jawapan dan petunjuk berkenaan misteri kehilangan pesawat MH370 ini.
Sudah 30 hari berlalu - dan tragedi ini tetap menjadi misteri paling
aneh dalam sejarah penerbangan dunia. Seolah-olah ada pihak yang
sememangnya mahu peristiwa ini dicatatkan sebagai peristiwa "paling
misteri" dalam sejarah. Bahkan ia seakan-akan mahu peristiwa MH370 akan
terus hidup diulang-ulang sebagai kisah yang dipenuhi keanehan dan
diselubungi dengan konspirasi yang tiada jawapan sampai bila-bila.
Misteri
MH370 tidak akan jauh bezanya dengan kisah pembunuhan Presiden AS John F
Kennedy pada lewat tahun 1963 yang tidak pernah terungkai siapakah
sebenarnya dalang di sebalik pembunuhan tersebut - namun yang jelas
pasti akan ada pihak yang "dikambinghitamkan". Dalam kes pembunuhan JF
Kennedy, Lee Harvey Oswald menjadi individu yang berjaya dijadikan
kambing hitam - dia ditembak mati sebelum apa-apa perbicaraan
mengesahkan bahawa dia merupakan adalah pembunuh JF Kennedy yang
sebenar. Dan akhirnya satu laporan telah dikeluarkan bagi menjelaskan
bahawa Oswald bukanlah individu yang mampu membunuh JF Kennedy, laporan
tersebut menulis, "namun, sebuah simulasi lain menunjukkan bahwa
penembak Kennedy menggunakan peralatan yang sangat canggih, yang
dipasangkan pada sebuah tripod. Peralatan tembak itu juga menggunakan
sinar laser pelacak sasaran yang akurat. Sumber tersebut mengatakan,
“Hampir tidak mungkin bagi Oswald melakukan penembakan seperti yang
dituduhkan.”
Kes
yang sama turut berlaku ke atas peristiwa keruntuhan World Trade Center
(WTC) pada 11 September 2001. Dalam beberapa jam sahaja al-Qaeda dan
Osama bin Laden dituduh sebagai dalang peristiwa tersebut, namun
demikian sehingga hari ini, mayat Osama bin Laden tidak pernah
didedahkan kepada khalayak umum - ia hanya didakwa telah mati dibunuh
oleh pasukat tentera elit AS dan mayatnya dicampakkan ke laut. Hampir
semua gambar Osama bin Laden yang kononnya telah mati ditembak adalah
palsul dan sengaja disebarkan secara meluas di internet.
Seperti
yang diketahui, Osama bin Laden telah dibunuh oleh pasukan komando AS,
Navy SEAL, di Abbottabad, Pakistan, pada awal Mei 2011. Jenazahnya tidak
dikuburkan, tetapi dicampak ke laut dari kapal induk USS Vinson. Jika
mayat Saddam Hussien boleh didedahkan secara terperinci untuk tatapan
dunia, mengapa tidak bagi mayat Osama bin Laden? Maka ada kebenaran
terhadap dakwaan bahawa watak Osama bin Laden sengaja direka-reka bagi
menghalalkan penjajahan dan serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas
mana-mana negara yang tidak disukainya atas nama memerangi pengganas.
Begitu juga dengan tragedi MH370. Plot cerita hampir sama dengan semua
plot tragedi konspirasi besar dunia. Mereka mahu kisah MH370 diingati
sebagai peristiwa maha dahsyat dalam lipatan sejarah kehilangan pesawat
komersial dunia. Tragedi ini akan diulang-ulang dalam hampir semua
mesyuarat antarabangsa, kolukium, perjumpaan menteri-menteri, pertemuan
duta-duta - bahkan ia bakal menjadi agenda penting dalam episod
"Keselamatan di Asia".
Mereka
mahu membuat kesimpulan segera, bahawa Asia - khususnya Asia Tenggara
memerlukan rakaian strategi pertahanan serantaunya - sebagai mana
kewujudan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Mereka mahu pertubuhan ala-NATO segera wujud di Asia Tenggara,
sekaligus mengurangkan dominasi China di rantau ini. NATO versi Asia
Tenggara mungkin diketuai oleh Singapura, negara kecil proksi AS yang
mungkin sementara waktu boleh dipercayai. Terdapat 11 negara yang
termasuk dalam kelompok negara Asia Tenggara, dan hampir semuanya
mempunyai sejarah atau hubungan yang akrab dengan Tanah Besar China,
baik melalui sejarah budaya mahu pun atas faktor ekonominya. Pada tahun
1990-an, Cina dipandang sebagai ancaman bagi negara-negara di Asia
Tenggara. Hal ini disebabkan oleh adanya konflik tuntutan kawasan di
Laut Cina Selatan yang melibatkan Taiwan, Vietnam, Malaysia, Filipina
dan Brunei, di samping sokongan terbuka China terhadap fahaman komunisme
pada masa lalu, menyebabkan negara itu dipandang serong oleh Asia
Tenggara.
Namun,
persepsi ini mulai berubah ketika terjadi krisis kewangan di Asia pada
tahun 1997-1998. China mula membuka pintunya kepada dunia luar -
produk-produknya mula membanjiri pasaran Asia Tenggara dan hubungan
perdagangan dan ekonomi semakin rancangan antara China dengan Asia
Tenggara. China mula menunjukkan taring ekonominya yang setandingan
dengan AS bahkan China pernah digelar sebagai naga yang baru bangun
daripada tidurnya. Namun demikian, dalam tempoh 10 tahun selepas China
membuka pintunya kepada dunia luar - China mahukan lebih daripada
sekadar hubungan perdagangan dan industri dengan Asia Tenggara.
Sebaliknya, China mahu menjadi penggerak utama kepada forum keamanan di
rantau ini, sekali gus mengembangkan hubungan keamanan bilateral dan
multilateral dengan negara-negara di Asia Tenggara. Sekiranya China
berjaya menjadi pemain utama kepada hubungan keamanan seperti mana yang
dicita-citakannya, maka Asia Tenggara sudah mempunyai pilihan baharu
selain daripada AS. Dan sudah tentu hal ini amat dibenci oleh
pentadbiran Rumah Putih, sekali gus mengurangkan peranan ketenteraan AS
di Asia Tenggara. Plot kehilangan MH370 dicipta bagi mewujudkan dua
kemungkinan, pertama - kegagalan teknologi canggih China dalam
menyelesaikan masalah yang dianggap "remeh" dan mudah oleh masyarakat
dunia (iaitu mencari dan menyelamatkan penumbang pesawat komersial
MH370), secara tidak langsung mewujudkan kesangsian bahawa China tidak
berupaya mengemudi keamanan di rantau ini. Kedua - meninjau keupayaan
sebenar kekuatan angkatan tentera China serta teknologinya. Dan AS
melalui proksi setianya - Australia, mahu membuktikan bahawa, dunia
sememangnya sangat bergantung harap dengan AS sampai bila-bila!
Bersambung.... Episod ke-2
Misteri MH370 : 6 Bulan Sebelum Tragedi (Episod ke-2)
Kita
masih tetap teguh membicarakan apakah mesej di sebalik tragedi
kehilangan pesawat MH370. Sama ada para pembaca suka membaca hipotesis
ini atau pun sebaliknya, terserah. Namun demikian, saya tetap
mempercayai bahawa terdapat mesej dan agenda besar yang tersirat untuk
Asia, khususnya Asia Tenggara. Seperti yang sudah saya jelaskan sebelum
ini bahawa, tragedi MH370 seakan-akan ada pihak yang mahu menjadikan ia
sebagai peristiwa yang tidak akan luput dan sentiasa "dihidupkan" bagi
mencapai sesuatu maksud dan cita-cita yang sangat besar. Ia sebenarnya
bukan untuk mencari "khazanah bernilai" di dalam pesawat itu atau pun
mahu membunuh 22 saintis China yang menjadi penumpang di dalam MH370,
kerana jika itu maksudnya, MH370 tidak perlu "dilarikan" terlalu jauh
sehingga ke Lautan Hindi, cukuplah sekadar mereka mengupah mana-mana
pengganas untuk meletupkan atau menjatuhkan pesawat tersebut di kawasan
yang lebih terbuka dan mudah diselesaikan dengan satu kesimpulan yang
utuh, Namun demikian, mereka tidak memilih cara itu - kerana maksud
disebalik menghilangkan MH370 bukanlah kerana mahu membunuh saintis
China yang kononnya ingin membawa pulang ilmu canggih milik AS yang yang
sangat terkenal itu - Sistem Kawal dan Perintah Command and Control
System - (CNC) yang didakwa telah dibeli daripada pihak Taliban yang
sebelum ini telah berjaya merampasnya daripada pasukan konvoi tentera
elit AS di Afghanistan pada bulan Februari yang lalu.
CNC
merupakan sistem yang mengawal pesawat tanpa pemandu yang dicipta oleh
AS yang dikenali sebagai "Drone" - Drone bukan semata-mata pesawat tanpa
pemandu, bahkan ia merupakan istilah bagi menggambarkan "senjata
automatik tanpa pemandu" yang merangkumi tentera robotik, kapal perang
tanpa tentera, ular robotik pencuri maklumat, pesawat pejuang tanpa
pemandu dan banyak lagi teknologi ketenteraan masa hadapan bagi
menterjemahkan tatacara peperangan masa hadapan yang mereka istilahkan
sebagai "Perang Hari Esok". Dan CNC adalah kunci kepada teknologi masa
hadapan ini. Dikhabarkan juga, kononnya CNC yang dimiliki oleh Taliban
ini merupakan CNC versi generasi ke-4 yang lebih canggih dan termaju -
ia menggerakkan Drone generasi ke-4 yang dikenali sebagai P46 Avenger
iaitu pesawat UAV (Unmanned Air Vehicle) yang bukan sekadar sebagai
pesawat peninjau atau mengumpul maklumat, bahkan ia semakin maju sebagai
pesawat tanpa pemandu yang dilengkapi teknologi penangkis rada, mampu
terbang 12 jam tanpa henti, mampu membawa senjata seberat 2000 pound dan
hampir sama dengan pesawat tempur F-35 Lightning II Joint Strike
Fighter milik tentera udara AS.
Soalnya
apakah China sangat memerlukan teknologi CNC sehingga tergamak
mengambil risiko dengan cara sebegini? Apakah pasukan elit dan intelligence China
begitu bodoh untuk menghantar pulang teknologi paling canggih di dunia
itu melalui pesawat awam yang jauh lebih bahaya dan sangat mudah
terdedah kepada kebocoran maklumat, khususnya kepada media? Apakah
melalui Malaysia teknologi tersebut lebih sesuai "diangkut" berbanding
dengan laluan melalui Tajikistan atau Pakistan yang jauh lebih dekat dan
selamat? Semua ini membawa kita kepada satu kesimpulan bahawa, ini
bukanlah tujuan sebenar mengapa mereka cuba menghilangkan MH370 jauh ke
tengah-tengah Samudera Hindi, tempat yang sangat sunyi lagi jauh. Sudah
tentu ada sebab lain - yang jauh lebih besar dan munasabah, serta
impaknya lebih menguntungkan pihak yang melakukan konspirasi tersebut.
Cuba
kita tanya apakah natijah daripada peristiwa keruntuhan WTC? bukankah
ia menghalalkan penjajahan AS berskala besar? Mengaut keuntungan minyak
dan penjualan senjata? Cuba kita tanya apakah keuntungan AS (baca sekali
atas nama Yahudi/Israel) apabila mewujudkan plot konspirasi kononnya
Iraq mempunyai senjata pemusnah? Cuba kita bertanya siapakah yang untung
hasil daripada Perang Dunia Pertama dan Kedua? Cuba kita bertanya
apakah keuntungan AS apabila mengembar-gemburkan kewujudan UFO? Sudah
berapa banyak wang kita habis semata-mata menonton produk AS atas nama
"UFO Mahu Menyerang Dunia"? Ia adalah sama dengan kewujudan watak Jack
The Ripper - watak misteri yang wujud dan tidak pernah ditemui jejaknya,
namun yang tetap untung adalah produksi filem dan novelnya! Begitu juga
dengan kisah Shakespeare? Siapakah penulisnya? Illuminati siapakah
ahlinya? Freemason siapakah ketuanya? Rothschilds berapa banyak
kekayaannya? Bermuda Triangle, apakah yang ada di dalamnya? Semua ini
adalah misteri yang tidak pernah selesai dan tiada sesiapa pun yang
boleh menjawabnya - tetapi cerita dan kisahnya sentiasa diulang dan
dihidupkan untuk keuntungan sesuatu pihak. Ia memang sengaja dicipta dan
dijajarkan sebegitu rupa, kerana ini adalah karekter sebuah konspirasi!
Sesuatu peristiwa yang tidak ada urutan jawapan yang jelas dan
menguntungkan segolongan kumpulan tertentu, maka itu adalah konspirasi.
Ia sangat berbeza dengan Islam, al-Quran telah menjelaskan semua perkara
dan kejadian alam dengan jelas dan terperinci tanpa keraguan dan
kepayahan. Hanya syaitan sahaja yang gemar menjadikan manusia itu keliru
dan mudah ditipu!
Konspirasi
- salah satu cirinya adalah menjadikan sesuatu peristiwa itu berada
antara 50% kebenaran dan 50% lagi kepalsuan, sesuatu konspirasi yang
berlaku di dunia ini tidak pernah mempunyai jawapan yang konkrit lagi
jelas - ia akan terus terapung-apung seperti sebuah filem yang
tergantung di akhir penceritaannya. Inilah yang terjadi kepada MH370 -
30 hari dengan penuh misteri, 26 negara tidak mampu merungkai
keanehannya, teknologi canggih seakan-akan tidak berfungsi, bomoh dan
para ustaz hanya berupaya menghamparkan mimpi - namun, walaupun kita
mengesyaki semua ini adalah muslihat dan konspirasi musuh Islam, tetapi
percayalah segalanya datang daripada Allah dan hanya Dia yang akan
menghancurkan tipu daya mereka.
Kita
kembali kepada perbicaraan topik asal - Enam bulan sebelum peristiwa
kehilangan MH370 tercetus, Presiden China, Xi Jinping tiba di Malaysia
dalam rangka lawatan pertama kali bersama isterinya ke negara ini. Hal
ini merupakan satu penghormatan tertinggi daripada kerajaan China kepada
Malaysia - tanpa urusan penting, sudah tentu seorang presiden sebuah
negara besar tidak akan membazirkan masanya membuat kunjungan dan
lawatan selama tiga hari ke sebuah negara kecil seperti Malaysia. Dan
sudah tentu ada sebab yang sangat mustahak mengapa Presiden China
sanggup membuat lawatan rasmi ke Malaysia bermula 3 Oktober 2013 hingga 5
Oktober 2013 yang lalu...dan inilah yang akan kita bincangkan dalam
siri yang akan datang....bersambung..
No comments:
Post a Comment