اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, April 17, 2014

Punca kemalangan dan kematian Karpal Singh


Gobind Singh Deo anak mendiang Karpal Singh - Pic Malaysian Insider

Karpal Singh Mati Takziah Diucapkan: Punca dan sebab kemalangan kerana pemandu lori didakwa menukar lorong tanpa memberi isyarat lalu dirempuh oleh kenderaan Karpal Singh menurut laporan awal media. Manakala ujian air kencing mengesahkan si pemandu lori Abu Mansor Mohd, positif ganja laporan dan gambar The Malaysian Insider.



Karpal Singh Mati serta merta akibat rempuhan kuat menurut berita NST.

Karpal Singh maut kemalangan

“Bunyi dentuman kuat di belakang lori dan suara orang menjerit telah mengejutkan saya,” demikian menurut pemandu lori Abu Mansor Mohd, 45, yang kenderaanya terlibat dengan kemalangan di Kilometer 306.1
Lebuhraya Utara-Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar, awal pagi ini.

Karpal Singh Mati kemalangan

Kemalangan pada 1.10 pagi itu, mengakibatkan anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh, 73, dan pembantu peribadinya Michael Cornelius maut di tempat kejadian.
Ekoran itu, Abu Mansor berkata beliau memberhentikan kenderaannya dan melihat kenderaan serba guna (MPV) yang dinaiki lima penumpang melanggar bahagian belakang kanan lori berkenaan.
“Keluar dari lori, saya terkejut setelah melihat MPV itu rosak teruk dan terdapat mangsa yang cedera,” katanya ketika pemberita di Ipoh hari ini.

Karpal Singh maut kemalangan

Abu Mansor berkata pada mulanya beliau tidak mengetahui seorang daripada lima mangsa yang berada di dalam kenderaan itu adalah bekas Pengerusi DAP.
“Orang ramai yang berhenti di tepi jalan untuk melihat kejadian itu memberitahu saya Karpal Singh berada di dalam kenderaan itu,” katanya.
Menurut Abu Mansor, beliau memandu perlahan di bahagian kiri jalan ekoran keadaan jalan yang berbukit.

Beliau yang berasal dari Petaling Jaya berkata, beliau sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk menghantar barang antaranya simen dan mozek turut bersama isterinya Nur Azlina Ahmad, 23, serta seorang kanak-kanak Nurieman Diana Qhaleesha Abdullah, 4.
Kemalangan itu turut mengakibatkan pembantu rumah Karpal, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak.

Sementara anak lelaki bekas pemimpin DAP itu, Ramkarpal Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV C. Selvam, 27, yang merupakan warga India tidak mengalami kecederaan.
Abu Mansor pula hanya cedera ringan manakala dua penumpang lain tidak cedera.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata saringan awal ujian air kencing bagi mengesan dadah dibuat ke atas Abu Mansor selepas polis mengambil keterangan daripadanya.
“Bagaimanapun, Abu Mansor dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya ketika dihubungi di sini.
Menurut Ng, ujian makmal akan dilakukan bagi mempoleh keputusan yang lebih tepat.
Beliau berkata polis juga akan menjalankan saringan ujian air kencing terhadap pemandu kenderaan MPV C.Selvam, dalam masa terdekat. – Bernama / Karpal Singh Mati

“Sesungguhnya telah lalu di hadapan Rasulullah S.A.W. satu jenazah, lalu baginda bangun untuk menghormatinya. Lalu diberitahu kepada Baginda “Itu jenazah seorang Yahudi”.. lantas Baginda bersabda “Tidakkah ia juga insan?” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim..
TAKZIAH buat keluarga mendiang…

Semasa hidupnya, Karpal, 74, dikenali sebagai pemimpin pembangkang yang lantang dan seorang peguam digeruni.
Karpal dilahirkan di Pulau Pinang pada 28 Jun, 1940. Beliau mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelummemulakan karier politiknya pada 1970 selepas menyertai DAP.

Beliau pertama kali menang pilihan raya pada 1974 di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.
Peguam lantang itu pertama kali menang kerusi Parlimen Jelutong pada tahun 1978. Semenjak menang buat kali pertama pada tahun 1978, Karpal hanya kalah sekali di kerusi tersebut semasa Pilihan Raya Umum ke 10 pada 1999.
Karpal yang sudah menjadi aktif berpolitik selama 36 tahun dan digeruni dengan ucapan berapi-apinya di Dewan Rakyat digelar ‘Harimau Jelutong’.

Karpal melepaskan jawatan Pengerusi DAP baru-baru ini selepas didapati bersalah dalam kes hasutan kerana mengatakan Sultan boleh didakwa di mahkamah pada 2009. Beliau menjadi lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2005.
Beliau pernah ditahan bersama pemimpin pembangkang dan aktivis politik lain mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan merengkok di Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun selepas kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Operasi Lalang pada 1987 yang menyaksikan lebih seratus orang ditahan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah melalui akun Twitter @najibrazak.
“Saya baru mendarat di Ankara (Turki) apabila mendapat khabar YB Karpal terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga beliau,” tulisnya.
Sementara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut bersedih dengan pemergian pemimpin veteran DAP itu yang turut menjadi peguamnya dalam kes Liwat II.

“Kami kehiangan sahabat; pejuang gigih keadilan Karpal Singh. Kami berbicara panjang melalui talipon jam 630 ptg semlm. Takziah buat keluarga,” kata Anwar di akaun Twitter @anwaribrahim.
Karpal merupakan salah seorang pemimpin yang menjayakan penubuhan gabungan pembangkang PR dianggotai DAP, PKR dan PAS selepas buat pertama kalinya majoriti tradisi dua pertiga Barisan Nasional (BN) dinafikan di Parlimen.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menulis di akaun Twitter @khalid_ibrahim: “Perkhabaran sedih. Negara kehilangan tokoh politik & peguam yang berwibawa. Takziah kepada seluruh keluarga mendiang Karpal Singh.”
Karpal meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak serta empat orang cucu lapor The Malaysian Insider  

No comments:

Post a Comment