Written By canang on Khamis, 10 April 2014 | 4/10/2014 07:32:00 PTG
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, hal yang sama dapat
dilihat pernah berlaku terhadap kejatuhan dan kegagalan kerajaan negara
luar, antaranya Greece.
"Percayalah lepas ini UMNO-BN mesti tumbang atas perlaksanaan GST. Biar
mereka suka seperti kera dalam parlimen sebab mereka ingat boleh ambil
lebih banyak lagi duit rakyat, sedangkan GST akan menyebabkan orang
miskin perlu juga bayar cukai. Malah cukai itu juga yang akan
menjatuhkan ia (kerajaan UMNO-BN)," katanya di ceramah Himpunan
Reformasi 2.0 di Jalan Kebun, Klang malam tadi. Isnin lalu Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.
Rang undang-undang itu diluluskan menerusi undi belah bahagi sebanyak
dua kali dengan undian kali pertama pembangkang memperoleh 81 undi
berbanding penyokong kerajaan mendapat 118 undi.
Undian kali kedua menyaksikan pembangkang kekal 81 undi, manakala penyokong kerajaan memperoleh 119 undi.
Rafizi mempersoal mengapa kerajaan tidak melaksanakan tiga jenis cukai
iaitu Cukai Pertambahan Nilai (Capital Gain Tax), Cukai Durian Runtuh
(Windfall Tax) dan cukai yang disifatkan 'cukai maha kaya' yang
dikenakan atas individu berpendapatan berbilion ringgit.
Ini katanya, tidak akan terlalu membebankan rakyat, terutamanya dari golongan berpendapatan rendah.
"Saya tanya menteri bahawa cukai diperlukan untuk tambah pendapatan
negara? Kita tak gaduh pasal naik jet atau perbelanjaan Rosmah. Kalau
soal untuk potong rasuah dan jangan membazir, sampai kiamat mereka
takkan berhenti.
"Saya beritahu mereka boleh tambah cukai, tetapi mengapa turut
mengenakan ornag miskin sedangkan ada cukai yang dikenakan terhadap
orang-orang kaya?
"Saya kata kepada menteri cukai boleh nak kutip cukai, tapi kutip pada yang kaya, jangan pada yang miskin," ujar beliau.
Oktober lepas, semasa pembentangan Bajet 2014 di Parlimen, Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan GST berkuat
kuasa 1 April 2015 pada kadar enam peratus, menggantikan cukai jualan
dan cukai perkhidmatan yang berkadar keseluruhan 16 peratus.
Dalam program yang sama juga, Ahli Parlimen Pandan membidas sistem
perundangan negara ini yang didakwanya terpaksa mengikut telunjuk
kerajaan UMNO-BN semata-mata atas kepentingan individu tertentu.
"UMNO-BN hidup dengan berbohong termasuklah isu cukai, musuh politik
dan sudah tentu isu Anwar juga diserang dengan pembohongan. Jangan kita
ambil mudah biarpun Anwar yang menjadi mangsa, hari ini hari beliau,
jika kita tak perbetulkan sistem kita, esok lusa hari saya atau Wan
Azizah.
"Jika kita betulkan sistem kehakiman kita supaya takut kepada Allah,
makan tahun depan atau esok akan menjadi hari anda semua. Berapa ramai
antara kita akan menjadi mangsa?," soalnya di hadapan hampir 300
pengunjung program berkenaan.
Malah di dalam pertuduhan yang dihadapi Ketua Umum PKR, Datuk Seri
Anwar Ibrahim, ujar Rafizi bukti-bukti yang kononnya ada kaitan dengan
Anwar adalah tidak konkrit.
Katanya amalam memfitnah sudah menjadi kebiasaan UMNO-BN yang gentar dengan Anwar sebagai musuh politik mereka.
"Segala fitnah terhadap Anwar termasuk kondominum, bilik dan katil,
saya beritahu sepanjang perbicaraan mahkamah, tidak pernah sekalipun
pendakwaraya mengemukakan bukti bahawa Anwar ada dalam kondominium itu.
"Dalam mahkamah tak bentang langsung bahawa Anwar ada di kondominum itu
atau tidak. Sama ada Saiful berada di kondo itu atau tidak. Orang tanya
takkanlah begitu? Bagaimana dengan video dan gambar Saiful itu? Memang
ada video dalam perbicaraan tapi ia tidak ada kena-mengena di dalam
kondo. Yang ada hanyalah video Saiful masuk lif, keluar lif. Tiada video
dalam kondo
"Yang paling saya lihat apabila dia keluar dari lif, tidak jalan
kangkang, jalan seperti biasa. Jika betul dia kena (liwat), dia jalan
dah...," katanya.
No comments:
Post a Comment