اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, April 16, 2014

Sikap Anak Jantan: “Saya tak berunding” - Ramli

 

Ramli: Saya tak akan biar penceroboh Lahad Datu

Bekas ketua polis Sabah Datuk Ramli Yusuff berkata beliau akan terus menggunakan kekerasan ke atas penceroboh dalam kejadian di Lahad Datu pada tahun lepas, sekiranya masih berada di jawatan tersebut.

Ramli, 62 berkata beliau tidak akan membenarkan penceroboh berkenaan terus berada di kawasan tersebut dan akan mengarahkan pasukannya untuk menghapuskan individu berkenaan.

“Saya akan terus (mengarahkan orang saya) membunuh mereka. Tiada rundingan dalam soal keselamatan – jika disahkan bahawa mereka adalah penceroboh bersenjaya, kita hapuskan mereka.

“Saya tak berunding,” katanya, ketika ditanya mengenai tindakan yang akan diambilnya dalam situasi seperti itu.

Bekas pegawai kanan polis itu, yang menjawat jawatan ketiga paling tinggi dalam pasukan berkenaan sebelum bersara, berpendapat tiada tolak ansur dalam isu kedaulatan negara.

Dalam peristiwa tersebut, pihak berkuasa Malaysia bertindak ke atas penceroboh berkenaan pada 1 Mac, hampir tiga bulan selepas kumpulan berkenaan berada di Kampung Tanduo di Lahad Datu.

“Sepanjang pengetahuan saya, dalam isu keselamatan dalam negara, pesuruhjaya polis Sabah akan mengetuai operasi dan beliau menjaga keselamatan negeri,” katanya.

Ramli merupakan ketua polis Sabah sejak 2002 hingga 2004, selepas berkhidmat sebagai timbalan pengara Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman selama tujuh tahun bermula 1994.

Beliau kemudiannya menjadi ketua polis Pahang dan seterusnya pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman. 

No comments:

Post a Comment